
Nama Ara Aziz mungkin masih baharu dalam kalangan masyarakat, namun remaja berusia 14 tahun ini sudah membuktikan kecemerlangan luar biasa apabila menduduki 16 kertas peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada usia muda.
Lebih menarik, Ara merupakan anak kepada pengarah dan pelakon terkenal, Azizi M. Osman. Walaupun masih di usia remaja, Ara kini bersedia melangkah ke peringkat universiti selepas menamatkan semua peperiksaan tersebut.
Berkongsi kepada Remaja, Ara berkata dia baru sahaja menamatkan 13 daripada 16 kertas peperiksaan dan kini berbaki tiga kertas lagi sebelum menamatkan keseluruhan IGCSE.
Mengulas tentang rahsia kejayaan, Ara turut berkongsi pesanan buat rakan sebaya yang ingin mencontohi usahanya.
“Semua orang boleh buat. Cuma kena fokus dan percaya dengan diri sendiri. Jangan cepat rasa tak boleh,” ujarnya dengan penuh semangat.
Selain cemerlang dalam akademik, Ara juga mempunyai impian besar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, khususnya dalam cabang
neurology (kajian tentang otak) atau psychology(kajian tentang minda dan perasaan).Menurutnya, minat mendalam terhadap cara manusia berfikir dan bagaimana otak berfungsi menjadi pendorong utama kepada cita-cita tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.