Barisan Trailer Hebat Comic Con 2018, Antaranya ‘Aquaman’ & ‘Godzilla: King of the Monsters’!

Share

Setiap tahun peminat komik dan adiwira pasti akan tertumpu ke acara paling dinantikan oleh mereka iaitu Comic Con. Dan antara highlight utama setiap kali San Diego Comic Con yang menampilkan pelbagai persembahan sains fiksyen, fantasi dan syurga buat nerd ialah pengenalan trailer filem akan datang yang dijangka menjadi blockbuster!

Dan semalam, nama-nama besar seperti DC dan Warner Bros. memperkenalkan trailer filem hebat mereka buat julung kalinya di Comic Con tahun ini.

Namun agak berbeza dengan tahun lalu, Marvel dan HBO tidak mengambil bahagian. Jadi tiada sebarang trailer daripada Marvel Cinematic Universe seperti tahun sebelumnya. Namun ia tidaklah menjadikan penantian para peminat filem superhero

dan sains fiksyen berkurangan kerana DC dan WB telah memberikan ‘hadiah’ yang cukup istimewa.

Terdapat dua trailer filem yang diperkenalkan oleh DC iaitu ‘Aquaman’ dan ‘Shazam’. Manakala natra trailer lain yang cukup tular di media sosial terutamanya di Twitter semalam ialah ‘Godzilla: King of the Monsters’ dan ‘Glass’ filem karya M. Night Shyamalan.

Selain itu DC turut memperkenalkan trailer bagi beberapa siri TV adiwira mereka dan antara yang paling menjadi bualan ramai ialah ‘Titan’, adaptasi Teen Titan ke live-action drama. Selain itu, trailer filem ‘Fantastic Beast: Crimes of Grindewald’ juga mendapat perhatian ramai!

Jom kita tengok trailer hebat yang diperkenalkan di Comic Con 2018

AQUAMAN

Karakter Aquaman mula diperkenalkan di dalam filem ‘Justice League’ sebelum ini. Kini, Jason Momoa kembali membawa watak Arthur Curry aka Aquaman di dalam filem stand alone pertamanya.

SHAZAM

Ini merupakan antara karakter superhero DC yang agak eksentriks kerana ia mengisahkan seorang kanak-kanak mendapat kuasa menjadi superhero yang dewasa!

Godzilla: King of the Monster

Meneruskan siri filem monster, ini merupakan filem kesinambungan seterusnya Godzilla yang bakal menampilkan beberapa monster baru!

ARTIKEL BERKAITAN: Aigoo, Tom Crusie Jadi Tetamu Jemputan Istimewa Running Man!

Fantastic Beasts: Crimes of Grindelwald

Filem kedua dari spin-off universe ‘Harry Potter’ ini diteruskan dengan Jude Law memegang watak sebagai Dumbledore yang muda dan Johnny Depp memegang watak sebagai ahli sihir misteri.

GLASS

‘Glass’ merupakan projek menarik daripada M. Night Shyamalan apabila dia menggabungkan universe

filem ‘Unbreakable’ dan ‘Split’ ke dalam filem ini. Muncul dengan pelakon hebat seperti Bruce Willis, James McAvoy dan Samuel L. Jackson.

TITAN

Ada twist terbaru di dalam adaptasi Teen Titan siri TV ini. DC nampaknya mengambil pendekatan lebih ‘dark’ dalam membawakan kisah adiwira muda yang penuh konflik peribadi ini.

Apakah filem yang paling dinantikan oleh kamu terutamanya filem superhero yang akan keluar pada tahun hadapan?

IKLAN