
Seorang tukang gunting rambut di India telah meraih perhatian pengguna media sosial apabila memotong rambut pelanggan menggunakan api.
Tidak seperti kebiasaan tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki berkenaan sebaliknya menggunakan api yang disembur pada rambut pelanggannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Puas Jadi Teratai & Tonjolkan Alter Ego Di Pentas TMSM4

Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dilihat sedang merapikan dan menggayakan rambut seorang lelaki.
Dengan reaksi muka bersahaja dan gerakan tangan pantas, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video dilihat berjaya menggayakan potongan rambut yang menarik untuk pelanggannya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang kagum melihat kebolehannya menggunakan alatan tersebut.
Bagaimanapun, ramai juga netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tindakan itu kerana dianggap berisiko menyebabkan api menyambar pelanggan lain.
SUMBER: India Times & platform X
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali Dayang Anisha, Suri Hati Putera Mateen Yang Jelita & Bijak

Semalam dengan rasminya anakanda Sultan Brunei dan Yang Di-pertua Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen ibni SultanHassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah rasmi bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan sekali lafaz dengan istiadat akad nikah diraja.
Seperti mana seantero dunia mengenali Putera Mateen, tetapi jangan lupa latar belakang Dayang Anisha juga bukan calang-calang.
ARTIKEL BERKAITAN : Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Sah Milik Dayang Anisha

Selain memiliki paras rupa yang jelita, Dayang Anisha atau juga dikenali sebagai Anisha Rosnah Isa-Kalebic berasal daripada latar belakang keluarga bangsawan.
Kenali Dayang Anisha!
1. Cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
2. Datuk Dayang Anisha pernah dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970.

3. Gadis berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari salah sebuah universiti tersohor di United Kingdom (UK)
4. Bergaya dan jelita! Majalah Esquire juga melaporkan Dayang Anisha merupakan pemilik jenama fesyen Silk Collective.

5. Beliau juga pengasas bersama Authentirary, sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pengalaman budaya di pelbagai bandar.
6. Abang Dayang Anisha, iaitu Danial Deen Isa-Kalebic merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen.

7. People Magazine melaporkan Putera Mateen dan Dayang Anisha dipercayai menjalin hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu. Pasangan itu dilihat bersama dalam beberapa acara umum termasuk perkahwinan Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
Sumber : Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warna Gelang Baru Oleh KKM, Hitam Berbelang ‘Special’ Untuk Golongan Antivaksin?

Jika dahulu, ramai akan merasa gentar sekiranya mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang mewajibkan mereka untuk kuarantin di rumah atau di pusat pengawasan Covid-19 (CAC).
Terbaru, ada satu lagi warna gelang terbaru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Gelang berwarna hitam berbelang ini dikhususkan untuk golongan antivaksin yang disekat oleh pihak kerajaan daripada bergerak bebas. Ini demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan orang ramai setelah negara melebihi kadar vaksinasi dewasa 90%.
Selain itu, secara tidak langsung, masyarakat akan sedar akan keberadaan golongan antivaksin di kawasan awam lalu menjauhi mereka.

Tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, gelang hitam berbelang adalah satu bentuk amaran kepada golongan antivaksin yang bukan saja memilih untuk tidak mahu divaksin. Malah ada dalam kalangan mereka yang menyebarkan berita palsu secara lantang di media sosial berkenaan proses vaksinasi lalu mempengaruhi kejiranan, ahli keluarga dan rakan lain.
Dengan adanya gelang ini, mereka tidak lagi boleh bergerak bebas seperti memasuki premis, dikenakan larangan dine-in dan larangan rentas negeri. Malah, KJ juga berkata ia akan. “menyusahkan hidup golongan antivaksin.” Fuh..
Dalam pada itu, ada yang mengesyorkan sekiranya aplikasi MySejahtera menyediakan label baharu seperti ‘Tidak Mahu Divaksin’ dan ‘Dikecualikan Vaksin’ bagi membezakan golongan antivaksin dan mereka yang tidak divaksin kerana masalah kesihatan.
Sumber : (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Covid-19 Melanda Singapura Lagi, Gelombang Baru Naik Hampir 2 Kali Ganda!

Gelombang baru wabak Covid-19 di Singapura dilaporkan membimbangkan, terutama dengan lonjakan kes hampir dua kali ganda.

Menteri Kesihatannya, Ong Ye Kung berkata kes COVID-19 tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang. Memetik laporan The Straits Times pada Sabtu, kementerian itu menganggarkan jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Sweden Isytihar “Bebas” Covid 19 Walaupun Dunia Bergelut Kenaikan Kes Omicron

Berikut, 15 info anda perlu tahu:
1-Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung berkata, kes Covid-19 di republik itu sedang berada pada permulaan gelombang.
2-Ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
3-Memetik laporan The Straits Times, kementerian berkenaan menganggarkan jumlah kes Covid-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
4-Tambah kementerian itu, purata kemasukan harian Covid-19 di hospital meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 minggu sebelumnya.
gajet covid-19
5-Purata harian kes unit rawatan rapi (ICU) kekal rendah iaitu tiga kes, berbanding dua kes pada minggu sebelumnya.
6-Ye Kung menegaskan, jika jumlah kes disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 itu meningkat sekali ganda, Singapura akan mempunyai 500 pesakit dalam sistem penjagaan kesihatannya dan ia masih boleh dikendalikan.
7-Bagaimanapun katanya, jika bilangan kes meningkat dua kali ganda untuk kali kedua,dan ia akan menjadi beban besar kepada sistem kesihatan hospital.
8-Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang di negara jiran itu.
9-Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkadaran gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 pada masa ini menyumbang lebih dua per tiga kes Covid-19 di Singapura.
10-Katanya, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1230, berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya.
11-Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 14.8 peratus. Bagaimanapun, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024.
12-Mengenai varian yang kini sedang menular, KKM telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024. Kedua-duanya dengan gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19.
13-Pihaknya akan terus memantau keadaan dan sistem kesihatan bersedia untuk sebarang lonjakan kes.
14-Orang ramai digalakkan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan, antaranya mengekalkan kebersihan diri yang baik.
15-Antaranya, mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat dan memakai topeng jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk di kawasan yang sangat sesak, atau apabila bergejala.

TANDA-TANDA COVID-19
- Demam berpanjangan
- Kelesuan bertambah teruk
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Bibir atau jari kebiruan
- Tidak boleh mengambil makanan atau minuman menerusi mulut
- Batuk, muntah, cirit-birit teruk serta kurang kencing.
- Pencegahan Covid-19 terutamanya dengan melindungi golongan berisiko tinggi sangat mustahak mengelakkan kematian!
Bagi korang yang berisiko tinggi, ambil tahu perkembangan ini sebab ia boleh menyebabkan jangkitan dan berkemungkinan meragut nyawa!
BACA LAGI : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor
Sumber : (1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

