Berita

Bangun Sendiri Tanpa Jam Loceng, Anzalna Nasir Kongsi Pengalaman Solat Tahajjud -“Itu Jemputan Daripada-Nya”

Share

Aktres dan usahawan jelita, Anzalna Nasir berkongsi pengalaman peribadi yang cukup menyentuh hati apabila mengakui sering terjaga di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.

Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, perkara berkenaan bukan satu kebetulan sebaliknya tanda kasih sayang Allah SWT yang memanggilnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya.


“Saya jauh daripada sempurna. Tapi entah bagaimana, Allah selalu bangunkan saya untuk solat Tahajud tanpa jam loceng. Itu bukan kebetulan, tapi jemputan daripada-Nya untuk saya bercakap dengan Dia.

“Hati saya rasa sebak dengan rasa syukur.

Walaupun saya banyak kekurangan, Dia tetap mengizinkan saya hadir di hadapan-Nya pada saat paling sunyi di malam hari.

“Besarnya rahmat dan kash sayang daripada Yang Maha Pengasih,” tulisnya panjang di media sosial.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang turut meluahkan rasa kagum serta mendoakan agar Anzalna terus kekal istiqamah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath