Nampaknya negara jiran kita, Thailand terus memberi kelonggaran kepada masyarakat awam untuk berkunjung ke negara mereka, selepas merancang membuka semula Bangkok kepada pengunjung yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Industri pelancongan antara penyumbang pendapatan terbesar buat negara itu, maka dengan sekatan perjalanan yang dikenakan sepanjang tempoh pandemik ini, ia telah memburukkan keadaan ekonomi Thailand.
Justeru itu, dengan pembukaan semula Bangkok ini, ia sebagai salah satu usaha yang diambil oleh kerajaan bagi menyelamatkan industri pelancongan mereka yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Ads
Menurut Astro Awani, pihak berkuasa pelancongan Thailand memaklumkan, bermula 1 Oktober depan, penggembara asing yang sudah menerima dos lengkap COVID-19 dibenarkan melawat Bangkok dan empat daerah lain tanpa perlu dikuarantin selama dua minggu di hotel.
Selain itu, lima kawasan termasuk Wilayah Chiang Mai, Chon Buri, Phetchaburi dan Prachuap Khiri Khan dijangka mengikuti model sandbox, yang dilaksanakan di Phuket sejak Julai lalu.
Ads
Jika di luar negara kebanyakkannya sudah membuka sempadan negara buat pelancong luar, tetapi rakyat Malaysia masih menantikan untuk diberi kelonggaran merentas negeri. Dengarnya keputusan bakal diumumkan minggu ini. Sama-sama kita nantikan..
Baru-baru ini terdapat cadangan pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas dibolehkan mendaftar sebagai pengundi.
Bagaimanapun, pihak pembangkang meminta agar cadangan tersebut ditukar kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
Ini berikutan untuk memberikan hak sama rata kepada semua rakyat kuasa untuk mengundi memandangkan ada yang masih tidak mendaftrar sebagai pengundi walaupun sudah layak.
Malah, difahamkan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan kali pertama bagi meminda had umur pengundi kepada 18 tahun juga bakal dibacakan di Parlimen, semalam.
Susulan itu, netizen khususnya belia memberikan pandangan mereka mengenai perkara tersebut. Ada yang memberikan sokongan namun ada juga yang membangkang.
Mungkin ada kebaikan yang kita boleh dapat melalui pindaan ini. Melalui cara ini, remaja kita akan lebih bertanggungjawab pada masa akan datang. Siapa tahu kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan pendidikan sangat penting pada zaman sekarang. Yelah sijil-sijil korang itulah modal untuk kita mendapat perkerjaan yang diidamkan.
Sumber Gambar Hiasan : Pexels
Jika di Malaysia dulu, ada budaya sesetengah jurunikah suka bertanyakan beberapa soalan kepada bakal pengantin lelaki seperti surah asas dan beberapa soalan berkaitan perkahwinan namun lain pula apa yang berlaku di India ini.
Menurut laporan Tribune India, satu majlis perkahwinan di Mahoba, India dibatalkan selepas pengantin lelaki gagal menghafal sifir dua. Difahamkan, pengantin perempuan sendiri yang membatalkan majlis perkahwinannya.
Memetik laporan itu, pengantin lelaki berkenaan telah tiba di dewan perkahwinan bersama ‘baraat’ atau rombongan pihak lelaki. Namun, pengantin perempuan yang ragu-ragu dengan kelayakan akademik bakal suami, meminta pengantin lelaki menyebut sifir dua sebelum kalungan bunga dapat ditukarkan.
Sumber Gambar Hiasan : Pexels
Rasa Ditipu
Pertukaran kalungan bunga adalah tanda bermulanya upacara perkahwinan.
Sebelum ini, pengantin perempuan mengesyaki keluarga pihak lelaki telah menipu berkenaan tahap pendidikan pengantin lelaki.
Selepas pengantin lelaki gagal dalam ujiannya, pengantin perempuan terus bangun dan meninggalkan dewan perkahwinan tersebut, lapor Times Now News. Media tempatan melaporkan ahli keluarga pengantin perempuan cuba memujuknya tidak berbuat demikian namun dia bertegas dia tidak akan mengahwini lelaki yang tidak tahu asas matematik.
“Keluarga pengantin lelaki tidak memberitahu kami dengan tepat tentang tahap pendidikannya. Mungkin juga dia tidak pernah ke sekolah,” kata sepupu pengantin perempuan kepada Tribune India.
Perkahwinan tersebut telah diatur oleh kedua-dua keluarga dan bukan atas permintaan pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki. Selepas insiden berkenaan, kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk memulangkan segala hadiah perkahwinan.
Itulah pentingnya kejujuran dalam perhubungan ini, lagi-lagi dalam perkahwinan. Penulis syak lah, pengantin perempuan ni mesti cikgu mata pelajaran Matametik ni…tapi kalau korang pun nak ke kahwin dengan lelaki tak ada pelajaran?
Ramai di antara kita sering makan dan minum di dalam kenderaan. Terutama bagi perjalanan jauh atau terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.
Jika ada lebihan makanan, kita biasanya akan membuangnya ke dalam tong sampah untuk mengelak lipas memasuki kereta. Namun sebahagian dari kita pula agak “sayang” membuang baki air mineral yang baru diminum separuh atas alasan mahu minum lagi. Ruang meletak botol air pula biasanya hanya boleh meletakkan dua botol sahaja dan jika ramai di dalam kenderaan, kita akan meletakkan botol air berdekatan gear.
Namun tindakan ini jelas mengundang bahaya tanpa sedar kerana ada ketika, kita perlu menghentikan kenderaan bila berlaku kecemasan. Ada masa botol air akan bergolek ke bahagian bawah kaki terutama di bahagian brek, minyak dan clutch. Jika tersekat terutama di bawah brek, ini bahaya mengundang.
Baca perkongsian bermanfaat ini.
Setiap hari media banyak membincangkan berkaitan kegagalan menggunakan tali pinggang keledar dan carseat untuk kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian, hari ini, mari kita berbicara mengenai botol air.
Kebanyakkan kenderaan, tidak kiralah sama ada transmisi automatik atau manual dan kecerunan bahagian lantai kenderaan berdekatan dengan pedal klac, brek dan minyak, meningkatkan risiko untuk kemalangan.
Menurut permerhatian, banyak pemandu Malaysia yang mengabaikan kekemasan kenderaan. Kalau di ikutkan semua kita nak sepahkan dalam kereta. Kasut, botol air, sampah, tool dan sebagainya. Terutama pemandu lori dan bas, kebanyakkan dari mereka meletakkan botol air di ruangan kaki.
Daripada aspek keselamatan, perbuatan meletakkan botol air 'ikut suka' ini boleh menyebabkan kematian. Botol tersebut boleh bergolek ke sana sini jika tidak diletakkan dengan betul sama ada di dalam plastik bersama dengan barang lain ataupun di dalam cup holder.
Sebagai contoh, jika kenderaan mula hilang kawalan, botol tersebut, sama ada yang bersaiz 250 ml atau 1.5 liter, atau pun lain-lain bekas minuman boleh tersangkut di bawah pedal brek. Tak kira bagaimana kuat sekalipun anda pijak pedal brek tersebut, ianya tidak membantu kerana tekanan yang amat tinggi diperlukan untuk membuatkan botol tersebut pecah.
Jika pemandu kereta berjaya menekan pedal brek sehingga menyebabkan botol tersebut pecah sekalipun, ianya akan melewatkan waktu yang sepatutnya untuk kesan menekan brek itu memperlahankan atau menghentikan kereta sepenuhnya. Setiap milisaat amat penting apabila kita berbincang mengenai kemalangan jalan raya.
Sekiranya kereta anda tidak mempunyai cup holder, mungkin anda patut membeli cup holder (third party) atau meletakkan botol air pada tempat yang mana ianya tidak akan bergolek ke sana-sini ketika pemanduan dibuat. Sekiranya kereta anda ada built-in cup holder, maka gunakannya sebaik mungkin.
—- SARANAN —-
Saya sarankan kita mengambil berat berkaitan ini untuk mengelak malapetaka di hari mendatang. Sediakan cup holder dan buang sampah serta botol yang tidak digunakan dengan lebih kerap.
Sampaikan pesanan ini kepada suami, abang, kakak, emak, ayah, kawan2 jika sayangkan mereka. Sumber : ilzanno sharky
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.