Bangga Bawa Bendera, Olimpik Iktiraf Lelaki DAN Wanita Sama Kuat & Penting

Share

Namun, tidak semua negara memilih untuk meletakkan atlet lelaki dan wanita sebagai pembawa bendera.

 

Acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam bukan saja merekodkan sejarah baharu dari segi upacara dan persembahan keseluruhan yang sentimental, menyentuh hati serta berbeza.

Satu perkara yang membezakan Tokyo 2020 dengan acara pembukaan edisi terdahulu adalah pada pemegang bendera setiap negara yang bertanding.

Buat julung kalinya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggalakkan setiap delegasi meletakkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita sebagai pembawa bendera negara masing-masing.

Sudan
Yu Mengyu & Loh Kean Yew mewakili Singapura.
Barbuda.

Jika sebelum ini, setiap negara akan memilih sama ada seorang atlet lelaki atau wanita sebagai pembawa bendera; dan peluang lebih kerap diberikan kepada atlet lelaki. Kali ini, IOC berpendapat sudah masanya untuk Olimpik memberikan peluang sama rata tanpa mengira jantina, usia atau sukan yang diwakili oleh atlet tersebut.

Keputusan ini dilihat sebagai satu perkembangan positif memandangkan 49 peratus jumlah atlet yang akan bertanding di Tokyo 2020 terdiri daripada atlet wanita. Ini sekaligus merupakan satu pengiktirafan buat mereka.

Mireia Belmonte & Saúl Craviotto mewakili Sepanyol.
Hannah Mills & Mohamed Sbihi mewakili Great Britain.
Cecilia Carranza & Santiago Lange mewakili Argentina.
Jessica Rossi & Elia Viviani mewakili Itali.

Hampir kesemua delegasi menyokong keputusan IOC ini dan meletakkan dua orang atlet sebagai pembawa bendera.

Ini termasuklah Malaysia yang memilih pemain badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pasangan yang mengemudi perarakan masuk negara ke dalam Stadium Olimpik Tokyo semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Skuad Malaysia Segak & Cantik Dalam Persalinan Ilham Hang Tuah – REMAJA

Biarpun begitu, ada juga negara yang mengekalkan hanya seorang saja pembawa bendera (sama ada atlet lelaki atau wanita). Ini menjadikan negara-negara ini lebih ‘stand out’ berbanding majoriti negara lain. Antaranya ialah Ethiopia yang diwakili oleh perenang Abdelmalik Muktar.

Ethiopia.

Dua buah negara Afrika bersebelahan iaitu Congo yang diwakili oleh pelari pecut wanita Natacha Ngoye Akamabi dan Democratic Republic of Congo juga hanya memilih seorang saja pembawa bendera.

Menariknya, ketiga-tiga negara ini mewakilkan seorang saja pembawa bendera WALAUPUN delegasi mereka terdiri daripada atlet lelaki dan wanita.

Natacha Ngoye Akamabi mewakili Congo.
Democratic Republic of Congo.

On another hand, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) mewakilkan seorang pembawa bendera kerana kesemua atlet yang dihantar mereka adalah lelaki.

Emiriah Arab Bersatu.

Bagi mana-mana atlet, peluang menjadi pembawa bendera di kejohanan sukan sebesar Sukan Olimpik ini adalah satu penghargaan yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup saja.

Kecualilah kalau mereka ialah atlet sukan taekwando Tonga, Pita Taufatofua yang pernah menjadi pembawa bendera sebanyak tiga kali di Sukan Olimpik Rio 2016, Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

BACA LAGI : Belum Sempat Jayakan Upacara Pembukaan Olimpik, Pengarahnya DIPECAT! – REMAJA

IKLAN