10 Terbaik Dunia Bagi Program Profesional Perakaunan, Dua Pelajar UiTM Tersenarai. Bangga!

Share

Dunia pendidikan tinggi Malaysia mencatat satu warkah gembira apabila  dua pelajar Universiti Teknologi Mara ( UiTM) tersenarai antara 10 pelajar terbaik dunia dalam program profesional perakaunan.

Kepada pelajar lain yang pernah atau sedang mengambil bidang perakaunan di kolej dan universiti, pastinya korang pernah terdengar mengenai peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) .

Dengar je dah tahu, ACCA dan CAT ini bukanlah kertas yang mudah.

Namun itu tak dijadikan sebagai halangan oleh Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid ini.

Kejayaan Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2) amat bermakna buat anak berbangsa Melayu dan Malaysia.

Pada yang sama, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr. Noraini Ahmad turut merakam ucapan tahniah di laman sosialnya

Tahniah kepada dua pelajar dari Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid yang turut tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam program profesional perakaunan.

Saya amat bangga dengan pencapaian para pelajar kita, bukan sahaja di dalam negara, malah di mata dunia

Untuk info, UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.

Tahniah buat Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid. By the way guys, kalau korang belajar dengan tekun dan usaha pasti akan berjaya dan jadi terbaik. Semoga, apa yang korang pelajari dan pengalaman yang diperolehi menjadi bekal untuk menembusi pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.

IKLAN