
Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa syukur apabila anak sulungnya, Ammar Ahyan, berjaya memperoleh Lesen Memandu Percubaan (P) selepas lulus ujian memandu di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menerusi satu hantaran di TikTok, Aliff tidak dapat menyembunyikan keterujaannya dan menyifatkan kejayaan Ammar sebagai sesuatu yang membanggakan.
Dalam video sama, Ammar sendiri tampil meluahkan rasa gembira dengan pencapaian terbarunya itu.
“Saya rasa sangat gembira, bersyukur dan bangga dengan diri sendiri,” katanya.
Lebih mencuit hati, Ammar secara spontan menyebut bahawa bapanya telah menempah sebuah kenderaan sebagai hadiah untuknya, sekali gus mengundang reaksi lucu dalam kalangan wargamaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.