Terbaru, kumpulan sensasi dunia hiburan K-Pop dari generasi kedua, INFINITE mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah dunia bersempena ulang tahun mereka yang ke-15 dan paling menarik, Malaysia termasuk dalam senarai!
Kumpulan yang terkenal menerusi lagu ‘Before The Dawn (BTD)’ ini akan memulakan konsert jelajah dunia pada akhir tahun 2024 dan tahun 2025. Menerusi perkongsian di aplikasi X rasmi INFINITE, mereka telah mengeluarkan tarikh dan lokasi terpilih termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut perkongsian yang sama, INFINITE akan membuat persembahan di Mega Star Arena di Kuala Lumpur pada 22 Februari 2025. Selain Kuala Lumpur, antara destinasi lain di Asia yang dikunjungi oleh kumpulan ini adalah Seoul, Taipei, Macau, Jakarta, Singapore, Yokohama,dan Hongkong.
Dalam pada itu, selepas 11 tahun, konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary Concert’ ini juga merupakan konsert pertama kali di Malaysia sejak tahun 2013. Kali terakhir mereka beraksi di Stadium Negara untuk konsert jelajah ‘One Great Step’.
Sebelumnya, pada awal tahun ini, ketua kumpulan SungGyu telah mengadakan konsert selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur untuk jelajah solonya ‘LV3: Let’s Vacay’. Selain itu, penyanyi WooHyun juga akan membuat persembahan di EX-8, Subang Jaya pada 26 Oktober ini.
INFINITE mula muncul sebagai satu kumpulan pada tahun 2010 dan mula dikenali menerusi lagu-lagu ikonik mereka seperti ‘Be Mine’, ‘The Chaser’, ‘Nothing’s Over’ dan ‘Destiny’. Mereka juga popular dengan koreografi yang mencabar dan memikat selain persembahan yang mengasyikkan!
Sehingga kini, masih belum banyak butiran terperinci mengenai konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary’ tetapi menerusi maklum balas daripada peminat, mereka pasti akan mempersembahkan semua lagu terbaik yang telah membentuk kerjaya INFINITE selama 15 tahun sebagai artis K-Pop.
Ads
Susulan itu, butiran tambahan, termasuk harga tiket dan pelan tempat duduk juga akan diumumkan tidak lama lagi. Kalau korang para peminat tidak mahu melepaskan peluang, jangan lupa untuk tunggu maklumat lanjut dan bersedia untuk merayakan ulang tahun ke-15 INFINITE bersama secara langsung pada Februari akan datang!
Sekadar info, INFINITE sebelum ini dianggotai tujuh (7) anggota iaitu Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol, L, Sungjong dan Hoya tetapi pada 30 Ogos 2017, Hoya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan dan bergerak mula bergerak solo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Nora Danish baru-baru ini mendedahkan bahawa niatnya untuk mula memakai tudung sebenarnya telah lama wujud. Ia susulan penampilan terbarunya yang dikatakan sudah berhijab.
“Sebenarnya, saya sudah lama pasang niat hendak bertudung, tetapi belum ada kekuatan itu”
Dalam pada itu, Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) enggan mengesahkan perkara itu, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan dirinya kekal istiqamah.
Kredit: Instagram Nora Danish
“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung)”
“Saya takut hendak beritahu sudah bertudung sepenuhnya sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.
“Apa yang mampu saya kongsi, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya”
Kredit: Instagram Nora Danish
Tambahnya, sebagai wanita yang mencecah usia 42 tahun, dia ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik dan keputusan ini bukan paksaan daripada mana-mana pihak.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya”
Sebelum ini, Nora Danish mencetuskan tanda tanya peminat melalui perkongsian di Instagram apabila tampil berhijab.
Sumber: Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihatkan keadaan virus corona yang semakin ‘mengganas’ di China dan seluruh dunia dengan bilangan kes kematian yang semakin meninggat memang boleh buat kita kemurungan seharian.
Mana taknya, menurut Astro Awani setakat hari ini jumlah keseluruhan yang terkorban akibat virus berbahaya tersebut 907 di seluruh dunia..Allahu…!
Tapi, ini bukan bermaksud korang langsung tak boleh pergi bercuti dan mengehadkan segala aktiviti liburan. Bagi korang yang memang sejenis beli tiket penerbangan yang awal tak kan nak ‘burn’ je tiket tu kan?
Nah Remaja kongsikan tip yang perlu korang utamakan,
1. Pemeriksaan kesihatan
Pastikan anda mendapat nasihat pakar kesihatan sebelum memulakan percutian. Paling penting dapatkan suntikan vaksin yang berkaitan. Jangan lupa pastikan bekalan ubat-ubatan anda juga lengkap semuanya.
2. Hand sanitizer
Pastikan hand sanitizer atau gel pembersih tangan ini sentiasa dibawa untuk memastikan tangan korang sentiasa bersih. Ia dianggap barang paling penting yang perlu ada dalam poket atau beg bimbit anda.
3. Topeng muka
Berada di tempat yang sesak seperti lapangan terbang, stesen bas atau lokasi-lokasi lain yang mempunyai ramai orang boleh memberi pelbagai risiko kepada kesihatan anda. Jadi pastikan anda membeli dan memakai topeng muka yang betul.
4. Elak bersentuhan
Pastikan anda tidak bersentuhan dengan mereka yang tidak sihat atau mengalami selsema, batuk atau demam. Risiko untuk dijangkiti wabak ini amat tinggi sekiranya tidak berjaga-jaga terutama ketika berada di tempat awam.
5. Makanan
Elak mencuba makanan yang tidak masak. Lebih baik anda memasak sendiri walaupun sekadar hidangan ringkas. Paling penting elak mencuba makanan yang anda tidak tahu bahan-bahannya.
Tapi jangan pulak tiket korang tu ke China, cari nahas namanya tu.Hiks!
Sumber: Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan cekodok pisang yang mak korang buat kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Bahan-bahan :
1. 5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2. 2 sudu makan marjerin
3. 5 sudu makan gula pasir
4. 1 sudu teh soda bikarbonat
5. 1 sudu teh garam
6. 2 cawan tepung gandum
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Sumber Resepi & Foto : Cik Pooja via ilham media
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...