Kumpulan ikonik K-Pop, BIGBANG akhirnya disatukan kembali selepas sekian lama, bersempena ulang tahun ke-20 mereka sejak debut. Apa yang lebih istimewa, kali ini mereka dikhabarkan bakal membuat persembahan besar-besaran di pentas utama festival muzik terkenal dunia, Coachella 2026.
Menerusi sebuah perkongsian oleh pihak penganjur Coachella Valley Music and Arts Festival baru-baru ini mengumumkan barisan artis yang bakal menghiasi festival tahun depan. Namun, kemunculan nama BIGBANG sebagai salah satu barisan artis nyata mencuri perhatian para peminat muzik di seluruh dunia, lebih lagi ia akan menjadi penampilan rasmi mereka setelah beberapa tahun mendiamkan diri.
Dalam pada itu, ahli kumpulan iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung bakal bersatu semula di bawah nama BIGBANG dijadualkan membuat persembahan pada 12 dan 19 April 2026 sekaligus mengimbau semula perjalanan muzik mereka sepanjang dua dekad.
Menurut wakil agensi, YG Entertainment dalam satu kenytaan kepada OSEN berkata pihaknya telah meluluskan penggunaan nama BIGBANG.
“Kami meluluskan penggunaan nama kumpulan BIGBANG selepas menerima permintaan daripada pihak Coachella dan juga para anggota yang terlibat”
Sekadar info, kali terakhir BIGBANG tampil dengan projek rasmi adalah pada tahun 2022 menerusi lagu Still Life. Pada tahun lalu pula, Taeyang dan Daesung sempat tampil sebagai artis jemputan dalam lagu baharu G-Dragon berjudul Home Sweet Home.
Sementara itu, di media sosial reaksi para peminat apabila YG Entertainment memutuskan untuk membenarkan penggunaan nama rasmi kumpulan turut meraih komen positif selain ada yang sudah berteka-teki tentang konsep dan kejutan apa yang bakal dipersembahkan oleh BIGBANG di festival muzik terbesar dunia itu.
Terdahulu, selepas G-Dragon berpindah ke Galaxy Corporation, YG juga telah menyerahkan sepenuhnya hak tanda dagangan bagi nama pentas penyanyi rap itu iaitu “G-Dragon” dan “GD.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali selebriti Hollywood menyarungkan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, pasti mereka kelihatan cantik dan out-worldly!
Salah satu pakaian ‘sopan’ yang popular di kalangan mereka adalah Cheongsam. Sopanlah apabila bahagian dada ditutup rapi tidak seperti kebiasaan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, jom kita lihat 8 selebriti yang kelihatan cantik dalam sarungan Cheongsam.
Anne Hathaway
Di dalam filem One Day lakonannya bersama Jim Sturgess.
Jessica Chastain
Di karpet merah Critics Choice Movie Awards 2015 dalam persalinan Antonio Berardi.
Miley Cyrus
Okay, Miley mungkin tak menyarungkan Cheongsam tradisional but the effort does count, kan? Dia memilih jaket dan skirt daripada Pucci.
Grace Kelly
Grace Kelly menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes pada tahun 1956.
Emma Watson
Mudanya! Emma Watson di karpet merah tayangan filem Wimbledon pada tahun 2004.
Jennifer Anniston
Jennifer Anniston sering mencetuskan trend fesyen melalui watak Rachel di dalam siri FRIENDS.
Nicole Kidman
Nicole Kidman beraksi di dalam filem Australia arahan Baz Luhrman. Nicole merupakan salah seorang pelakon Hollywood yang sering memilih sarungan Cheongsam.
Taylor Swift
Okay fine, ini bukanlah Cheongsam biasa yang kita selalu tengok. Namun, rekaan dress Zuhair Murad untuk karpet merah Grammy’s 2012 ini diilhamkan daripada gaya oriental untuk disarungkan oleh Taylor Swift.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri hiburan Malaysia semakin berkembang dengan kelahiran bakat-bakat baru yang tumbuh bagaikan cendawan.
Namun begitu, masih ada remaja yang berpotensi menyertai bidang glamor ini tidak tahu macam mana nak mulakan langkah pertama mereka.
Untuk korang yang berbakat dan meminati bidang modeling atau lakonan, Glitz Talent Hub telah pun menyediakan platform yang merupakan ruangan paparan profil personaliti laman web Glitz.my.
Laman web ini akan mengumpulkan bakat-bakat individu yang ingin menyerlahkan diri dan dikenali terutamanya kepada industri yang sedang mencari talent. Manalah tahu ada pihak-pihak tertentu yang tertarik dengan personaliti dan bakat korang kan?
Tak kiralah macam mana bentuk badan korang, tinggi, rendah, gemuk atau kurus, apa yang paling penting adalah bakat yang diutamakan.
Bagi yang berminat menyertai Glitz Talent Hub, korang boleh mendaftar dengan yuran sebanyak RM150. Foto dan informasi ringkas korang akan dipaparkan pada laman web tersebut. Selain itu, korang juga akan mendapat kemeja T Glitz, comcard yang dibuat khas bersaiz A4 dan majalah pilihan percuma.
Sesi fotografi (casting) Glitz Talent Hub dibuka pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 2 petang kecuali hari Jumaat pada jam 3 petang. Dapatkan info terkini di Facebook Glitz My dan Instagram @glitz my. Sebarang pertanyaan sila whatsapp 014-9835243..
All the best gaiss!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Halloween Kills kembali menemui penonton di pawagam dengan memaparkan aksi lebih tragis dan ‘seram’ yang bakal membuatkan korang berasa resah sepanjang menonton.
Mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa yang masih hidup pada tahun 1978, namun terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan Michael Myers yang kembali mengganas.
Pada babak awal filem ini terdapat sedikit ‘recap’ tentang apa yang berlaku di Haddonfield ketika 40 tahun yang lalu. Jadi kami rasa jika penonton yang tidak pernah menonton siri ini masih boleh memahami jalan cerita dengan baik dan tidak akan ‘lost’ di pertengahan jalan cerita.
Menyingkap sifat ingin membalas dendam kepada Michael Myers yang telah membunuh ramai ahli keluarga mereka, namun satu demi satu menjadi korban. Dan… mereka juga dibunuh secara tragis. Tidak hairanlah jika filem ini hanya sesuai ditonton oleh individu berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Bagaimana agaknya jika tempat tinggal korang sering berlaku pembunuhan misteri. Mesti seram kan? Ini yang ditunjukkan dalam Halloween Kills, apabila masyarakat di Haddonfield menuntut kebebasan dan ingin menghancurkan Michael Myers.
Persoalannya, adakah mereka mampu menewaskan pembunuh kejam itu? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam ok?
Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober ini.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Annie ALLDAY PROJECT tampil menjelaskan isu e-mel universiti selepas peminat menghubunginya secara peribadi, sekali gus menekankan kepentingan privasi dan saluran komunikasi yang sesuai.