Siapa tak kenal dengan pendakwah bebas dan sukarelawan Ustaz Ebit Lew. Tidak kira di ceruk mana sekali pun golongan susah itu berada, Ustaz Ebit tetap akan datang menjenguk.

ARTIKEL BERKAITAN : Sering Hulur Bantuan, Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu

Baiknya Ebit Lew Hadiahkan Kediaman Baru Buat Makcik Mangsa Banjir

Terbaru, Ustaz Ebit sanggup dan tidak ketinggalan melakukan kebajikan dengan menyalurkan sumbangan buat mangsa banjir yang kehilangan rumah.

IKLAN

Banjir besar yang melanda negara kita baru-baru ini telah menyebabkan ramai yang hilang harta benda. Jika korang masih ingat kisah seorang warga emas yang viral di segala platform medai sosial di mana rumah pusakanya yang hanyut akibat banjir yang melanda ibu negara yang lalu.Rumah pusaka yang sekian lama menjadi tempat berteduhnya, hanya tinggal tangga batu sebagai memori yang terpahat dalam ingatannya.

Baiknya Ebit Lew Hadiahkan Kediaman Baru Buat Makcik Mangsa Banjir

IKLAN

Warga emas yang berusia 76 tahun itu adalah Rohana Mahfuz. Baru-baru ini, penceramah dan dermawan Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kediaman yang baru demi mengembalikan semangat nenek tersebut. Ebit Lew mendedahkan melalui posting di Favebooknya, bahawa sudah sebulan wanita yang disapanya sebagai ‘nenek’ buntu bagaimana untuk membina rumah pusakanya.

IKLAN

“Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Setelah rumahnya hanyut banjir di Hulu Langat. Semuanya habis cuma tinggal tangga. Kami akan bina semula rumah. Menangis jer dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu sahaja saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga,” kata Ebit Lew.

Alhamdullah, Good job Ebit Lew.

BACA LAGI : “Superman Betul”, Netizen Terharu Ustaz Ebit Lew Hadiahkan 100 Tab Buat Pelajar Memerlukan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI