Bahaya ‘Overdose’ Vitamin, Risiko Saraf Deria Boleh Rosak

Share

Banyak kebaikan jika korang mengambil vitamin kerana ia mampu memberikan nutrisi tambahan untuk badan. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika gaya pemakanan tidak di titik beratkan.

Foto Via Pexels

Namun, pengambilan vitamin ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.

Pusat Racun Negara melalui perkongsian di akaun Facebook rasminya ada menjelaskan berkenaan perkara ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Dos vitamin yang sesuai

Dos vitamin yang sesuai adalah berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada jantina, umur, dan juga mengambil kira jika individu tersebut sedang hamil, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan yang tertentu.

Terlebih dos (‘overdose’) vitamin boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengambil dos yang lebih banyak daripada keperluan harian dan untuk jangka masa yang panjang.

Walaupun badan kita dapat mengeluarkan semula kebanyakan amaun vitamin larut air (‘water-soluble’) seperti vitamin C yang diambil secara berlebihan, tetapi badan mengekalkan vitamin larut lemak (‘lipid-soluble’) seperti vitamin A, yang boleh menjadi toksik.

Jadi, jika anda mengamalkan pengambilan vitamin tambahan, ambillah mengikut dos yang disarankan. Sumber vitamin yang terbaik adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Oleh itu, manfaatkan vitamin dengan dos yang betul dan bukannya membuat rawatan yang tidak mendapat pengesahan daripada doktor.

Sumber: Pusat Racun Negara

 

IKLAN