Bahas Dalam Parlimen ‘Pengaruh Drama Korea Punca Remaja Bunuh Diri’ Terima Kritikan Netizen

Share

Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan masyarakat di Malaysia kini lebih gemar menonton drama Korea, khususnya bagi anak-anak muda.

Bukan hanya kerana para pelakon mempunyai raut wajah yang kacak dan menawan, ia juga adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan banyak teladan yang diperoleh menerusi hasil karya drama atau filem mereka.

Namun begitu, isu ini dibangkitkan dalam Parlimen apabila Senator Mohd Apandi Mohamad menegaskan bahawa pengaruh drama Korea menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.

Foto: The Cinemaholic

Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kerana terdorong dengan pengaruh k-drama. Ini kerana, katanya ada drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.

“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri. Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, berita yang telah dikongsi oleh Harian Metro ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan bersikap sarkastik dengan kenyataan itu.

Sebenarnya ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Jangan hanya sewenang-wenangnya menunding jari jika tidak dapat mengemukakan kajian yang telah dibuat terlebih dahulu.

Betul tak?

Sumber: (1)

IKLAN