Ramai yang mungkin bersimpati melihat ratusan ikan paus ini sedang berhempas pulas diselamatkan selepas terdampar di Pantai Tasmania, Australia.
Dikhabarkan 275 ekor paus tanpa punca mengapa terdampar di pantai tersebut dan suku darinya sudah mati. Lebih menyedihkan lebih banyak yang akan mati walau saat ini ada 60 orang sukarelawan sedang berusaha menolak kembali haiwan besar ini ke laut.
Mengakui usaha menyelamatkan paus-paus ini amat sukar, bagi ahli biologi yang terlibat dalam usaha ini berkata, usaha menyelamat mesti diteruskan.
Walau paus sering mendarat di pantai Tasmania ini namun kali ini keanehan terjadi kerana jumlahnya sangat banyak hingga mencecah ratusan. Dan fenomena sebegini hanya berlaku kira-kira 10 tahun lalu. Kali terakhir ia terjadi pada tahun 2009 di mana 200 ekor ikan paus terdampar dan kali ini jumlahnya lagi besar.
Menurut Tim yang juga jurucakap bagi Program Pemuliharaan Maritim Tasmania yang datang ke pantai ini dua hari lalu, mereka menemukan tiga kelompkk jenis ikan paus di Macquarie Heads di hujung pulau Tasmania dengan kesukaran kapal melalui selain jalan masuk yang agak terbatas.
Ads
Di situ sahaja sekitar 200 ekor mamalia ini ditemui terdampar dan beberapa ratus meter dari lokasi itu ada 30 ekor lagi turut terdampar. Manakala bakinya ditemui terdampar di pendalaman di sepanjang Ocean Beach.
Mengapa paus boleh terdampar?
Di sebalik ramai tertanya-tanya bagaimana paus boleh terdampar di pantai dan berjuang untuk nyawa mereka, para ilmuan menyatakan sebab kukuh belum ditemui. Namun penghijrahan beramai-ramai melihatkan paus ini memang fenomena biasa di sekitar Australia.
Ketika penghijrahan, kawanan paus dalam sekitar 1000 ekor akan bergerak dalam kumpulan. Para peneliti menemui biasanya kawanan paus ini akan mengikut “pemimpin” mereka selain haiwan ini dikatakan memiliki hubungan sosial yang cukup kuat antara satu sama lain.
Ads
Jika “pemimpin” tersalah jalan, akan mengakibatkan begitu banyak paus terdampar di pantai.
“Mungkin disebabkan satu kesalahan dilakukan oleh satu atau dua ekor antara ribuan itu dan keraa mamalia ini memiliki hubungan sosial yang cukup kuat, ia akan menarik kawanan paus lain mengikut hingga terdampar begini,” kata Carlyon. Pada tahun 2018, lebih 200 ekor paus mati selepas seminggu terdampar di New Zealand.
Ads
Bagaimana cara ikan paus diselamatkan?
Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana ikan paus diselamatkan? Biasanya satu pasukan akan dibentuk seramai kira-kira 40 orang di mana mereka akan cuba mengapungkan kembali ikan-ikan ini. bIasanya satu alat digunakan untuk menarik ikan pausini dari pantai menuju ke perairan yang lebih dalam.
“Biasanya kami membantu paus di tempat tinggi dan kering di pantai. Ia usaha sukar tetapi ia perlu dilakukan juga,” kata seorang ahli biologi terlibat iaitu Kris Carlyon.
Jika paus-paus ini dapat ditarik ke perairan, maka usaha itu lebih mudah untuk menarik mamalia ini ke lokasi lautan lebih jauh. Namun arus yang kuat biasanya mengakibatkan usaha ini jadi sukar. Namun kami menggunakan perahu dengan mengikat paus ini dan menarik mereka ke tengah.
“Tapi satu yang menyedihkan saiz paus yang terlalu besar di antara tujuh meter selain berat sekitar tiga tan dan berada di lokasi agak menyukarkan membuatkan usaha ini jadi lebih sukar. Biasanya mamalia ini mampu bertahan antara tiga ke empat hari saja di daratan selain menemui ajal. Jika ia berlaku, ia sesuatu yang amat menyedihkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, banyak di antara mamalia yang terdampar ini “masih berjuang nyawa” kerana badan mereka masih terkena air dan tidak (mengikut arus yang menolak), Masa yang sama mereka turut meminta penduduk yang mengerumuni agar menjauhi lokasi penyelamatan kerana mempunyai tenaga mencukupi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru di India yang disuarakan oleh seorang ahli politik yang tewas iaitu Kapil Mishra bukan saja mengakibatkan terjadinya rusuhan, huru hara, pembunuhan malah umat Islam di India terus ditindas dengan zalimnya.
Dilaporkan puluhan maut,antaranya termasuk Ketua Konstabel Delhi, Ratan Lal manakala ratusan yang lainnya cedera.
Muslim menjadi mangsa dalam kekejaman di Delhi
Beberapa kawasan kejiranan muslim di Utara Timur New Delhi sengaja diserang, masjid dibakar malah umat Islam diserang dengan sengaja.
Jika kita melihat hanya orang awam menyerang antara satu sama lain, nampaknya pihak yang berautoriti iaitu pihak berkuasa polis yang sepatutnya mengawal kejadian turut sama bertindak memukul orang awam khususnya pelajar muslim. Lebih teruk pelajar dipukul ketika mereka sedang belajar di perpustakaan sekaligus menunjukkan sesiapa yang beragama Islam di India begitu dibenci ketika ini.
Dalam satu rakaman CCTV memperlihatkan polis Delhi menyerang dan mencederakan siswa di dalam ruang kelas mereka di Perpustakan Jamia Millia Islamia.
Dari rakaman yang disiarkan secara langsung oleh wartawan CJ Werlemen dilihat polis India sengaja memukul pelajar yang sedang belajar hanya kerana isu kewarganegaraan India yang anti Muslim.
Dalam pada itu, Menteri Penternakan, Susu dan Perikanan, Giriraj Singh yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkata, umat Islam di negara mereka seharusnya dihantar ke Pakistan ketika konflik negara bermula 1947 lagi.
Jelasnya hal sebegini tidak akan terjadi bila undang-undang kontroversi Citizenship Amendment Act (CAA) dan National Register of Citizens (NRC) dilakukan ketika konfrantasi itu lagi.
Mari doakan agar umat Islam di India sentiasa dalam peliharaan Allah taala.
Sumber : Pilarbangsa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dua atau tiga tahun ini, Remaja perhatikan sudah banyak jenama tidak kiralah tempatan atau antarabangsa mula memperkenalkan jualan harga runtuh Black Friday kepada pelanggan mereka. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Black Friday?
Adakah ia hanya hari di mana jualan dengan harga runtuh dijalankan sahaja? Bagaimana ia bermula dan kenapa ia sangat popular?
Secara amnya, Black Friday jatuh pada hari Jumaat selepas sehari sambutan Thanksgiving. Dan perayaan Thanksgiving ini sebenarnya salah satu perayaan yang disambut oleh warga Amerika Syarikat. Dan hari Thanksgiving ini pula disambut pada hari Khamis yang keempat pada bulan November. Jadi secara tidak langsung Black Friday jatuh pada keesokkan harinya.
Disebabkan itu juga tarikh sambutan Thanksgiving biasanya berbeza-beza setiap tahun.
Bilakah Istilah Black Friday Mula Digunakan?
Menurut History.com, penggunaan pertama istilah Black Friday bukanlah merujuk kepada pesta jualan murah. Ia telah mula direkodkan pada 1869 sebagai istilah kepada keruntuhan pasaran harga emas di Amerika Syarikat. Kemudian beralih kepada era 1950-an, istilah ini mula muncul kembali. Polis di Philadephia menggunakan ‘Black Friday’ untuk menggambarkan keadan kacau bilau yang berlaku selepas hari Thanksgiving.
Ini berlaku apabila pengguna dari kawasan luar bandar membanjiri kawasan bandar bersempena dengan perlawanan American Football antara Tentera Darat & Tentera Laut. Disebabkan kesesakan itu, polis terpaksa bekerjasa pada waktu yang lebih lama dan mengawal keselamatan. Kes kecurian juga meningkat, menambah lagi sakit kepala mereka.
Lama kelamaan istilah ini mula dieksploitasi oleh pemilik gedung jualan dan menukarkan konotasi negatif kepada sesuatu yang lebih baik. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan ‘Black Friday’ bagi melakukan jualan harga runtuh kepada pelanggan. Malah pada hari ini, musim jualan ini diteruskan semalam beberapa hari sehinggalah pada hari Isnin, dikenali sebagai Cyber Monday.
Dan pada hari ini, Black Friday merupakan hari membeli belah paling sibuk di Amerika Syrarikat, malah mungkin juga di seluruh dunia.
Kontroversi Black Friday
Di mana ada jaulan murah dengan harga tidak masuk akal, di situlah ada kekacauan terutamanya bila jumlah barangan yang ditawarkan dalam kuantiti terhada. Pada tahun 2008, lebih dua ribu pelanggan menunggu di luar gedung Wal-Mart sejak jam lima pagi. Selepas ia dibuka, pengunjung menyerbu masuk secara melulu hingga meruntuhkan pintu masuk.
Apa yang menyedihkan, seorang pekerja Wal-mart berusia 34 tahun meninggal dunia akibat dirempuh dan dipijak. Malah mereka juga enggan beredar walaupun dimaklumkan tentang kejadian malang itu dengan alasan mereka sudah beratur sejak jam lima pagi.
Pada tahun 2010 di Wisconsin, AS pula, seorang wanita ditahan pihak berkuasa selepas mengacukan pistol kepada orang ramai. Dia ditahan diluar Toy’R’Us dan dikatakan memotong barisan. Selepas disuruh keluar barisan dia berang dan mengeluarkan sepucuk pistol. Pada tahun sama, seorang sukarelawan gedung Toys For Tots ditikam oleh seorang pencuri, manakala di Indianapolis seorang wanita ditahan selepas bertikam lidah dengan pengunjung lain.
Kami di Remaja berharap kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita. Baru-baru ini telah muncul kes ‘tumbuk’ berebut sneakers di KLCC, harapnya pada Jumaat ini tidak akan berlaku lagi. Selamat ber-shopping guys!
Jom serbu Black Friday sale!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya perbuatan “bodoh” dua pemuda yang dilihat sengaja memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin basuh memerangkap diri sendiri.
Perbuatan kejam tidak masuk akal yang berjaya dirakam melalui CCTV di kedai dobi berkenaan menyaksikan perbuatan kejam dua pemuda yang dengan selamba menangkap seekor ibu kucing bunting yang sedang berehat di bawah meja berkenaan.
Tanpa ada perasaan belas dengan haiwan bunting itu, seorang darinya dilihat menjinjit kucing berkenaan ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi, mengambil pakaiannya dan kemudian berlalu pergi mendapat kecaman luar biasa dari orang ramai yang mahu perbuatannya itu dihukum.
Tindakan seorang lelaki yang sengaja menjinjit kucing di bawah meja itu dan terus memasukkan kucing bunting ke dalam mesin pengering
Bukan itu saja, Persatuan Haiwan Malaysia sudah membuat laporan polis berkaitan kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan yang tidak berdosa ini.
Dalam satu kenyataan, Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.
Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.
Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.
Ingatan buat orang ramai khususnya para remaja, adakalanya kita menyangka perbuatan itu boleh membuat hati kita riang tertawa tetapi natijah di sebalik perbuatan kejam ini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.