Siapa sahaja tidak kenal dengan figura komposer terkenal, David Foster yang saban kali memenangi anugerah Grammy tahun demi tahun. Bagi mereka yang meminati legenda industri seni ini pastikan anda rebut peluang untuk menyaksikan beliau secara langsung bulan Ogos ini tau!
Penganjuran Konsert Eksklusif David Foster and Friends di jangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa apabila buat julung kalinya akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2023 (Isnin).
Penampilan khas dan eksklusif oleh Penyanyi Nombor 1 Tanah Air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut akan bergandingan bersama David Foster dijangka akan mengamatkan suasana panggung Mega Star Arena.
Ads
Konsert “David Foster & Friends” ini merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project di mana sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan bagi manfaat pendidikan pelajar di menara gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.
Turut menampilkan Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine Hope McPhee, Loren Allred adalah rakan-rakan David Foster yang akan turut menemani pemuzik terkenal David Foster dalam konsertnya. Wowwww… memang level international betul!
Ads
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditemui ketika sidang media baru-baru ini turut mengekspresikan rasa terujanya untuk berkolaborasi dengan David setelah hampir 9 tahun berkongsi pentas bersama.
“Jujur bagi saya, ianya umpama mimpi untuk berpeluang bergandingan dengan David dan rakan artis internasional yang lain.
“Saya sendiri terkejut ketika dimaklumkan oleh pihak beliau bahawa David sendiri memilih saya untuk menjadi wakil Malaysia di konsertnya. Rasa macam kecil sangat diri ini tapi akan saya manfaatkan peluang ini untuk membawa nama baik negara sebaiknya,” ujar beliau kepada pihak media.
Ads
Dilaporkan bahawa konsert ini bakal mengukuhkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan memperkuatkan hubungan di antara Malaysia dan negara luar di samping memperkasa usaha Yayasan Prihatin Nasional untuk menganjurkan konsert amal antarabangsa berskala besar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Yahoo, Yayasan Prihatin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aksesori dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Daripada barang kemas, jam tangan dan rantai leher, semuanya menjadi keutamaan buat mereka yang pentingkan gaya.
Kalau diberi pilihan untuk memilih hadiah istimewa, sudah pasti aksesori tersebut menjadi antara koleksi impian mereka.
Untuk korang yang masih mencari pilihan aksesori eksklusif dan menarik, berikut kami senaraikan antara jenama antarabangsa yang sentiasa menampilkan koleksi menawan untuk memenuhi citarasa korang.
1. Hearts On Fire dari Amerika Syarikat
2. Stephen Webster dari Great Britain
3. Pandora dari Denmark
4. Les Georgettes dari Perancis
5. Tous dari Sepanyol
6. Time Zone
Butik jam tangan Habib yang menyediakan jenama eksklusif antarabangsa seperti Ice Watch dari Belgium.
Kalau korang nak lihat dengan lebih jelas antara koleksi-koleksi hebat mereka, jenama barangan kemas HABIB buat pertama kalinya mengadakan pameran dan penjualan HABIB International Brand Showcase di ruang legar, pusat membeli belah The Curve yang kini sedang berlangsung sehingga 3 November nanti.
Dahulunya, korang mungkin menganggap jenama HABIB hanya untuk membeli barangan kemas, berlian dan batu permata. Tapi kini, korang juga boleh memiilki lebih banyak pilihan dan alternatif.
Paling utama, terdapat barangan yang harganya hanya sekitar RM100-RM200 dan mengikut kemampuan korang. Kalau dengar HABIB mesti ramai yang takut nak masuk sebab mahal kan? Nah, itu semua tidak benar. Korang boleh datang sendiri ke pameran ini untuk melihat sendiri apa yang kami katakan ini.
Kalau ada yang tengah sibuk nak buat persiapan kelengkapan perkahwinan, haa sesuai sangat la tu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dekati al-Quran dan Allah tak akan tinggalkan diriMu. Malah sikap suka berkongsi ilmu difahaminya dengan rakan belajar lain merupakan rahsia kejayaan Nurul Iman binti Ahmad Yusof sehingga dirinya dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
dalam satu temubual yang disiarkan di e-warta Majlis Amanah Rakyat baru ini, amalan membaca 1 Juz Al-Quran sehari merupakan rahsia kejayaan yang dikongsikannya. Bekas pPelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas ini telah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM 2018 dengan pencapaian cemerlang semua A dengan 10A+ dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam satu majlis yang dianjurkan MARA semalam.
Nurul Iman mendapat 10 A+ dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi MRSM
Nurul Iman, 19, turut berkongsi sedikit rahsia kejayaan 10A+ selepas menerima anugerah tersebut di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.
Katanya, “Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya rezeki di luar jangkaan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta guru-guru MRSM yang sentiasa memberi sokongan penuh ketika membuat persiapan untuk menghadapi SPM”
Beliau turut menyatakan bahawa amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari adalah salah satu elemen penting dalam persediaannya sebelum peperiksaan SPM.
Ujarnya, “Apa yang boleh saya kongsikan disebalik kejayaan saya ini ialah amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari ketika bulan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Menjaga solat lima waktu dengan mengejarkan solat di awal waktu adalah perkara harus kita jaga untuk mendapat kekuatan.”
“Surah kegemaran saya ialah Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. Saya akan membaca surah al-Waqiah setiap pagi selepas waktu subuh dan surah al-Mulk sebelum tidur,” katanya lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa dirinya sendiri rajin bertanya kepada guru-guru di dalam kelas apablia tidak memahami sesuatu perkara yang diajarkan.
Tambahnya lagi, “kita juga perlu rajin mengajar dan berkongsi ilmu kepada rakan-rakan kerana ianya merupakan satu proses untuk mengukuhkan lagi tahap pemahaman ilmu”
Kini, Nurul Iman telah melanjutkan pengajian di Kolej MARA Banting dalam bidang International Bacalaueratel selama 2 tahun. Beliau berharap agar dapat pergi ke tahap yang lebih jauh dan berjaya di masa yang akan datang.
Beliau telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berakhir penantian buat aktres, Datin Atikah Suhaime apabila dia selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada petang Sabtu.
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 5.17 petang.
Teruja dengan kehadiran puteri pertamanya, Atikah turut berkongsi nama indah yang dipilih buat si kecil iaitu Lyla Mulan Teh.
“Alhamdulillah. Anak mummy yang cantik. Lyla Mulan Teh. Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada bayi.
“Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil,” tulisnya dalam Instagram.
Pelakon kelahiran Singapura itu juga memuat naik video momen pertama kali melihat wajah puterinya.
Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, dia mengumumkan kehamilannya selepas video mukbang yang memaparkan dirinya kelihatan lebih berisi menarik perhatian ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Atikah Suhaimie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!