Jujurnya, dah lama sebenarnya kita menantikan pengakhiran bahagia untuk pasangan penyanyi, Syameel dan Ernie Zakri.
Iyalah, sejak duet mereka berdua menerusi Aku Cinta, ramai yang mengharapkan bahawa dua penyanyi berbakat ini akan membawa hubungan mereka dari sekadar rakan duet kepada pasangan sebenar, in real life!
Amboi amboi.. nampaknya harapan dan doa kalian bertukar realiti semalam apabila Symaeel dan Ernie dijodohkan menerusi majlis pertunangan tertutup.
Alhamdulillah gaiss! Kami sangat gembira apabila melihat mereka berdua telah ke fasa seterusnya.
Satu lagi perkara yang mencuri tumpuan ramai adalah pakaian yang digayakan oleh Ernie Zakri. Potongan kurung moden yang dipadankan dengan skrit selisih hadapan itu sememangnya cukup cantik digayakan oleh Ernie.
Penulis bertanyakan kepada pereka fesyen di sebalik pembikinan persalinan tersebut.
Kata wakil duo itu iaitu Zeed Jamel, persediaan bermula hanya 4 minggu sebelum majlis semalam.
Ads
“Sebenarnya kami pun diberitahu lambat dan perancangan ini berlangsung kurang dari sebulan. Mulanya, kami duduk dahulu dengan Ernie seperti biasa untuk berbincang mengenai rekaan dan konsep.
“Jujurnya, agak stres juga memandangkan kita masih dalam musim wabak Covid-19 dan ia menyukarkan kerja pemilihan material. Seperti biasa, fasa perincian dan sulaman pada baju mengambil masa yang paling lama. 2 minggu pasukan AMAZE gigihkan diri untuk ‘tambour beadwork saja.
“Manakala, proses fitting berlangsung hanya beberapa hari sebelum majlis semalam,” jelas Zeed yang turut mewakili Amar Madfie.
Ads
Konsep Tradisional Moden Jadi Pilihan Ernie
Ramai yang tampil memuji potingan kurung moden berwarna kelabu tersebut kerana ia klasik namun longgar pada masa yang sama. Bagi AMAZE, keselesaan perlu diutamakan untuk acara pertunangan kerana klien mereka akan duduk lama semasa acara tersebut.
“Warna kelabu Pantone Raindrops dipilih oleh Ernie sendiri. Kurung moden ini bersulam tebuk renda penuh perincian, dengan potongan high collar bagi menutupi leher.
“Kami padankannya dengan skirt yang turut disulam dan diperincikan. Ramai yang menyukai material shantung silk ini kerana ia nampak eksklusif – sesuailah untuk konsep moden tradisional.
“Bagi finishing touch pula, kami memilih selendang chiffon sebagai kerudung. Ia disulam dan dilisu pada sebelah bahagian saja manakala sebelah lagi dibiarkan meleret,” tambahnya lagi.
Ads
Haa, ini baru untuk majlis pertunangan tau. Dah detail seperti ini. Tak sabar pula penulis untuk menunggu rekaan baju Ernie Zakri untuk majlis akad nikah dan resepsi akan datang. Eh cepat betul kita dah berangan untuk mereka!
Apapun, REMAJA tertanya-tanya juga sekiranya AMAZE akan sekali lagi menjadi pilihan Ernie untuk majlis yang akan datang.
“Kami ada berbincang, tetapi masih dalam fasa permulaan. Kami hanya menunggu kata putus daripada Ernie. Sekiranya AMAZA jadi pilihan empunya badan, barulah kami akan teruskan dengan perancangan tersebut.”
Filem Mission Impossible 7 yang dibintangi oleh aktor terkenal Hollywood, Tom Cruise terpaksa menunda penggambaran mereka setelah beberapa kru produksi dan pelakon Mission Impossible 7 didapati positif Covid-19. Perkara ini telah membuatkan ketakutan Tom Cruise sejak lima bulan yang lalu menjadi kenyataan..
Sumber: Deadline. Mission Impossible Fallout
Penggambaran ini membabitkan lebih kurang 60 pekerja itu terpaksa dihentikan selama 14 hari untuk kuarantin dan ianya juga telah menyebabkan Tom Cruise untuk mengkuarantinkan dirinya juga. Beliau juga dinasihatkan untuk mengawasi dirinya jika beliau mempunyai sebarang gejala, mengelakkan kontak rapat dengan yang lain, dan dia juga dilaporkan telah berdiri hanya beberapa meter dari kru yang telah dijangkiti daripada wabak tersebut.
Sumber: Variety. Mission Impossible Fallout
Kejadian ini juga berlaku ketika di set penggambaran sewaktu babak di kelab malam bersama empat orang penari dan 10 pekerja yang kemudiannya disahkan positif Covid-19.
Hal sebegini telah menjejaskan proses penggambaran mereka dan kira-kira 60 orang kru produksi termasuk pelakon filem ini terpaksa melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Penggambaran filem Mission Impossible 7 ini juga telah dijadualkan untuk memulakan semula penggambaran mereka pada 14 Jun ini, dan bakal ditayangkan di layar perak pada 22 Mei tahun hadapan.
Cruise yang juga merupakan seorang penerbit filem ini dan pelakon utama sebagai Ethan Hunt, dikatakan menjalani penggambaran ini bersama 60 orang kru Warner Bros Studio di Leavesden, Hertfortshire, kira-kira 25 meter dari barat laut London.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas petinju terkenal yang memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah di Ultimate Fighting Champion, Khabib Nurmagomedov telah melancarkan rangkaian telekomunikasinya sendiri yang dipanggil Eagle Mobile.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh jejaka berusia 32 tahun ini dalam satu hantaran Instagramnya.
Dia berkata, “Kejujuran dan tanggungjawab adalah prinsip ketika saya membina kerjaya sukan. Hari ini saya bersia dia untuk melangkah dan saya bersedia untuk memberitahu anda berita yang sudah lama saya persiakan selama ini.
“Tidak lama lagi saya dan pasukan saya akan melancarkan sebuah operator rangkaian mudah alih yang diasaskan berdasarkan prinsip yang saya pegang selama ini.
Setakat ini ia meliputi kawasan Moscow dan rantau ini sahaja. Ini hanya permulaan rancangan kami adalah lebih besar jadi jangan lupa untuk nantikan dan menjadi antara pemilik pertama kad sim ini. Percayalah, semuanya lebih baik dari yang anda sedari.”
Pengendali rangkaian mudah alih tersebut dinamakan Eagle Mobile kerana ia sempena gelaran Khabib semasa aktif digelanggang tinju iaitu ‘The Eagle’.
Terdahulu mengikut laporan Essentially Sport, Khabib memiliki sumber kekayaan bernilai $30 juta hasil dari pertarungan yang disertainya Ketika bersama UFC.
Sumber & Gambar : Instagram Khabib
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Nina Kho Siew Ching atau lebih dikenali sebagai Nina KSC, berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran di China.
Menurutnya, mereka memberikan layanan sangat berbeza mengikut status seseorang dalam produksi.
Tambah aktres berusia 33 tahun itu, pelakon yang memegang watak utama akan diberikan keistimewaan luar biasa berbanding pelakon dan kru lain yang terlibat.
“Di China, mereka beri layanan berbeza ikut watak. Kalau pelakon utama, disediakan bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh pelakon lain.
“Pihak penerbit, pengarah dan pelakon utama akan menerima makanan dalam kotak mewah dengan lapan jenis lauk. Bungkusan pun lebih cantik.
“Manakala untuk kru lain, mereka hanya diberi bungkusan biasa,” katanya kepada Remaja.
Mengimbas kembali satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Nina turut berkongsi bagaimana dua orang kru produksi pernah dimarahi gara-gara menumpang keretanya untuk pulang ke tempat penginapan.
“Pernah saya mahu tumpangkan dua kru balik ke tempat penginapan. Tapi mereka dimarah dan dihalau, sedangkan kereta saya besar. Mereka juga tinggal di hostel berdekatan hotel saya.
“Individu yang marah itu sentiasa cakap lemah-lembut dengan saya dan beri layanan baik. Tidak sangka dia boleh marah kru produksi dengan teruk,” ujarnya.
Walaupun diberikan layanan baik sebagai pelakon, Nina secara peribadi tidak selesa dengan suasana bekerja di China. Katanya, budaya kerja di Malaysia jauh lebih mesra dan adil.
“Di Malaysia, kita layan semua orang sama rata. Tiada yang lebih tinggi atau rendah. Kita siap berkongsi segala perkara.
“Saya memang tak selesa dengan suasana di sana. Tak seronok bila berada dalam persekitaran begitu,” kongsinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!