Ini bukan biashe-biashe. Ini melibatkan perjalanan melebihi 6000 kilometer dengan – err – berjalan kaki.
Hanya berbekalkan 36 kilogram makanan di dalam beg galasnya dan dengan memakai kasut terbaik, lelaki Inggeris berusia 30 tahun, Ash Dykes telah mencabar dirinya untuk satu misi yang dianggap ‘gila’.
Dia ingin menjadi orang pertama yang berjalan sepanjang terpanjang di Asia iaitu sungai Yangtze.
Antara pemandangan sungai Yantze yang sempat diambil oleh kru National Geographic bersama Ash semasa merentas China.
Untuk pengetahuan korang, sungai Yangtze terletak di negara China dan juga merupakan sungai ketiga terpanjang di dunia. Sungai ini AMATLAH panjang, sehinggakan ia mampu mengalir merentasi 6 buah bandar di China iaitu Chongqing, Shanghai, Yibin, Jingzhou, Luzhou dan Panzhihua!
Justeru, Ash dengan kerjasama saluran National Geographic telah merakamkan pengalaman dirinya berjalan sepanjang 6,437 kilometer. Cabaran ini memerlukan kira-kira 8 juta langkahan kaki dari pergunungan Tibet sehingga ke persisiran pantai di Laut China Timur dekat Shanghai.
Ads
Pergh, jarak dari Kuala Perlis ke Johor Bahru pun baru mencapai 805 kilometer. Ash mencabar dirinya untuk berjalan kaki 8 kali ganda daripada jarak utara-selatan Semenanjung Malaysia!
Ia membuatkan kami tertanya-tanya, siapakah Ash Dykes ini sebenarnya?
Ashley Philip Dykes dilahirkan pada 1 November 1990 dan merupakan seorang atlet sukan ekstrem, pengembara, penulis buku, penceramah motivasi dan merupakan pemegang rekod Guinness Book of Records sebanyak tiga kali. TIGA kali!
Kali pertama Ash menempah rekod dunia adalah pada tahun 2014 apabila dia menjadi individu pertama yang berjalan secara solo merentas Mongolia. Pada tahun 2016, dia telah merentas kepulauan Madagaskar pula (termasuk ke dalam hutan tebal dan mendaki 8 buah gunung) dalam masa 155 hari.
Ads
Jadi, tidak hairanlah apabila Ash sanggup untuk berjalan sehingga 6,437 kilometer di China pada kali ini.
Lagi beberapa pemandangan sepanjang ekspedisi Ash.
Sebagai seorang atlet sukan ekstrem, tahap fizikalnya berada pada kondisi terbaik.
Mantap dengan ‘6 packs’ pada bahagian abdomen dan keseluruhan badan yang ingin dimiliki oleh ramai lelaki, Ash sudah biasa mencabar diri sehingga titisan peluh terakhir.
Bagaimanapun, cabaran di China pada kali ini bagi Ash lebih daripada sekadar memperolehi satu lagi rekod dunia.
Sepanjang ekspedisi 352 hari berjalan di sungai Yantze, dia telah menemui pelbagai puak masyarakat tempatan China, hidupan liar dan macam-macam cabaran selain fizikal.
“Saya dihentikan oleh polis, diikut rapat oleh serigala dan berdepan dengan bencana seperti tanah runtuh.
“Apabila saya melihat semula perjalanan saya di sungai Yantze, sebenarnya cabaran berjalan itu bukan lagi misi utama saya. Ia telah membuka mata saya melihat keindahan alam, keunikan budaya dan keramahan masyarakat di sini. Ini adalah faktor yang memberi saya semangat untuk tiba ke Shanghai,” katanya.
Ash bersama masyarakat tempatan di China..
Korang boleh menonton ekspedisi Ash Dykes ini menerusi dokumentari 2 episod berjudul Walking the Yantze with Ash Dykes di saluran National Geographic. Episod pertamanya telahpun disiarkan semalam dan episod kedua pula akan menyusul pada 27 Oktober ini.
Namun, korang masih boleh menantikan siaran ulangan episod pertama ya. Seriously, this is one heck of a documentary which you need to watch.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir sebulan selepas insiden oscar yang mengemparkan dunia, kerjaya Will Smith dilihat terus menjunam.
Insiden Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-94, Will Smith yang berjalan ke pentas sebelum melempang Chris Rock semalam mungkin boleh memberi kesan kepada kerjaya lakonannya.
Malang terus menimpa Will Smith, selepas disingkirkan daripada Akademi, disenarai hitam daripada Oscar selama satu dekad dan pembatalan beberapa filem, terkini Will dilanda masalah lagi satu projeknya menerima nasib yang sama..
Terbaru, menurut laporan CNET, Netflix dilaporkan telah membatalkan perancangan Bright 2, dan walaupun infomasi itu masih belum disahkan, mungkin selamat untuk mengatakan laporan itu tepat.
Will Smith dan rakan pelakonnya, Joel Edgerton sepatutnya mengulangi peranan mereka dalam sekuel Netflix Bright, dengan Loius Leterrier dikhabarkan di arahkan oleh sutradara David Ayer.
“Sumber mengatakan, sekuel Bright akan memfokuskan pada hubungan aneh antara polis veteran lakonan Smith dan rakan kongsi Orcnya, lakonan Edgerton, tetapi berlatarbelakangkan global.
Will menerajui Bright sebagai detektif LLAPD yang bekerja di kawasan Los Angeles di mana manusia tinggal bersama makluk mistik. Dia sepatutnya dijangkakan menghidupkan kembali wataknya dalam sekuel tersebut.
Satu sumber mengatakan Bloomberg ia tiada kaitan dengan insiden buruk yang berlaku di pentas Oscar 2022, namum sukar untuk mempercayai alasan itu memandangkan persiapan sekuel telah pun dibuat selama bertahun-tahun dan ia dibatalkan secara tiba-tiba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Itulah serangkap lirik lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow yang dapat digambarkan buat penyanyi popular yang juga anggota kumpulan K-Pop BigBang, T.O.P pada masa ini, apabila bakal menyertai perjalanan ke angkasa lepas pada tahun hadapan bersama SpaceX, syarikat aeroangkasa milik individu kedua terkaya dunia, Elon Musk.
Menerusi satu perkongsian di Instagram dearMoon, T.O.P menzahirkan keterujaannya apabila dipilih menjadi salah seorang penumpang bertuah.
“Sebagai seorang artis Korea, saya berharap projek dearMoon akan memberi inspirasi kepada dunia. Saya mahu memberi harapan kepada orang ramai dan membuat mereka yang mempunyai impian berfikir bahawa tiada apa yang mustahil.”
“Saya amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek dearMoon. Saya sentiasa berfantasi mengenai angkasa lepas dan bulan sejak kecil lagi.
“Apabila dimaklumkan saya terpilih sebaga salah seorang kru, saya amat teruja. Saya mahu kembali ke Bumi sebagai artis dengan inspirasi baharu. Saya tidak takut untuk mengembara ke bulan dan tidak gentar dengan pengalaman baharu ini,” katanya.
Selain itu, perjalanan ke angkasa lepas berkenaan merupakan sebahagian daripada dearMoon iaitu projek pelancongan angkasa lepas dan seni yang dirancang oleh Yusaku Maezawa, bilionair serta pengasas pusat beli-belah atas talian terbesar Jepun, ZozoTown.
Starship yang dibina oleh SpaceX dilaporkan bakal melakukan perjalanan mengelilingi bulan selama enam hari sebelum kembali ke Bumi. Bagaimanapun belum ada pengumuman bilakah projek dearMoon ini bakal dilaksanakan memandangkan prototaip Starship yang dibangunkan oleh SpaceX untuk menerokai bulan dan planet Marikh mash belum berjaya terbang ke orbit.
Selain T.O.P, tujuh lagi artis yang tersenarai adalah penerbit dan DJ terkenal Amerika Steve Aoki, personaliti YouTube Tim Todd, pereka tari Czechia Yemi Ad, jurufoto Ireland Rhiannon Adam, jurufoto Britain Karim Ilya, pembikin filem Amerika Brendan Hall serta aktres India Dev Joshi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Legenda perfileman Hollywood, Robert Redford yang terkenal di depan dan belakang kamera dengan kerjaya merentasi enam dekad, meninggal dunia awal pagi Selasa di kediamannya di Utah pada usia 89 tahun. Berita ini disahkan jurucakapnya, sekaligus menutup tirai kehidupan seorang ikon yang meninggalkan pengaruh besar dalam dunia seni dan aktivisme.
Menurut kenyataan Ketua Eksekutif firma publisiti Rogers & Cowan PMK, Cindi Berger, Redford menghembuskan nafas terakhir ketika tidur di rumahnya di Sundance, Utah—tempat yang amat dicintainya—dikelilingi insan tersayang. Punca kematiannya tidak dinyatakan.
Robert Redford, yang dilahirkan sebagai Charles Robert Redford Jr pada 18 Ogos 1936 di Santa Monica, California, mula mencipta nama dalam filem klasik Barat Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) bersama Paul Newman. Penampilannya yang karismatik menjadikan beliau antara pelakon lelaki paling ikonik era tersebut.
Selepas lebih dua dekad memukau layar perak, Redford beralih ke dunia pengarahan dan berjaya memenangi Oscar. Beliau kemudian menubuhkan Festival Filem Sundance, yang kini menjadi platform terbesar dunia bagi mengangkat bakat pengarah filem bebas. Nama “Sundance” sendiri diambil daripada wataknya dalam filem klasik, sekaligus menunjukkan betapa besar cinta Redford terhadap seni dan industri ini.
Selain dunia perfileman, Redford juga dikenali sebagai aktivis alam sekitar. Beliau memperjuangkan pemeliharaan landskap semula jadi di Utah, tempat beliau menetap hingga ke akhir hayat. Semangat cintakan bumi ini menjadikan beliau bukan sahaja seorang pelakon hebat, tetapi juga individu yang peduli terhadap masa depan generasi akan datang.
Dalam kehidupan peribadi, Redford pernah berkahwin dengan Lola Van Wagenen dan dikurniakan empat anak, namun seorang meninggal dunia ketika bayi. Pada 2009, beliau mengahwini artis Jerman, Sibylle Szaggars, yang kekal di sisinya hingga akhir hayat.
Pemergian Robert Redford adalah kehilangan besar buat dunia hiburan. Namun, legasinya—daripada filem ikonik, Festival Sundance hingga perjuangan alam sekitar—akan terus menjadi inspirasi. Bagi generasi muda hari ini, kisah hidup Redford membuktikan bahawa kejayaan sejati bukan hanya tentang glamor, tetapi tentang bagaimana kita meninggalkan kesan baik untuk dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!