Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique mencuri perhatian warganet selepas dilihat membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang jurusolek bernama Zulyasrani telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika MK dan rakan duetnya, Meerfly sedang didandan.
Apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila MK dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya sebelum naik ke pentas.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan MK yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Trend minuman Bubble Tea kebelakangan ini semakin mencanak populariti di kalangan remaja SEMUA orang.
Satu per satu stor minuman Bubble Tea muncul dengan ciptaan minuman baru yang kelihatan hampir sama, semuanya masih mempunyai bubble pada dasar botol minuman. Tetapi hakikatnya, pembeli mudah untuk menentukan perbezaan rasa pada kesemua minuman Bubble Tea.
How is that even possible, REMAJA masih mencari jawapannya.
Cuma apa yang tak berapa nak menarik adalah apabila akaun Public Health mengeluarkan notis penting berkenaan kesan negatif dalam bentuk infografik pada hari ini, sekiranya kita terlalu obses mengambil minuman Bubble Tea.
Menurut pakar di Public Health Malaysia, “segelas Brown Boba Milk (500ml) boleh mengandungi 92 gram gula iaitu TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding kandungan gula di dalam 320 ml tin minuman Coca Cola.”
Bagi secawan minuman Bubble Tea pula, ia dilaporkan mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi berbanding Brown Boba Milk iaitu sebanyak 20.5 sudu kecil gula ataupun 102.5 gram gula.
Suka atau tidak, kita semua perlu mengakui bahawa pengambilan apa-apa jenis jenama minuman Bubble Tea bukanlah pilihan paling sihat. Jika diambil sekali-sekala, kemungkinan efeknya tidaklah terlalu ketara pada diet kita. Namun jika sudah diambil setiap hari, you do the math.
Sudah tentu, pengambilan air mineral yang telah ditapis adalah pilihan terbaik.
Namun kadangkala lidah kita pun ingin merasa nikmat minuman manis. Jadi apa pilihan yang boleh kita ambil? REMAJA cadangkan 3 jenis minuman ini yang mudah disediakan dan paling penting, menjaga kesihatan.
Smoothie Buahan / Sayuran
Pilihan terbaik adalah dengan menyediakan smoothie sendiri kerana kebanyakan smoothie yang dijual di stor mempunyai purata 11 ke 15 sudu kecil gula.
Jika memasukkan buahan beku, pilihlah buahan yang paling kurang kandungan lactose-nya. Campurkan juga dengan pilihan seperti bayam, beri, pisang, pic, tembikai, tomato, yogurt kosong dan ais.
Iced Tea
Jangan campur adukkan teh ais korang ni dengan teh ais dalam minuman kotak tahu! Sebaiknya, sediakan sendiri iced tea seperti Apple Cinnamon Tea, Mint Tea atau Berry Tea. Biarkan saja beg teh di dalam botol berisi air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
Jika ingin menambah perisa, masukkan sedikit air soda ke dalamnya.
Susu Rendah Lemak
Pilihan susu rendah lemak memang pelbagai di pasaran. Namun, ada pilihan baru yang korang boleh cuba seperti Marigold HL Low Fat Kurma Milk.
Penuh dengan kebaikan, REMAJA bukannya mewar-warkan ini secara omong. Tetapi kami tertarik dengan kebaikan vitamin A, B1, B3, B6, B12, C ,D3, E dan Asid Folic di dalamnya. Ia juga tinggi kalsium tetapi rendah lemak berbanding jenama susu lain.
Penambahan kurma pula memberi kelebihan fibre dan antioksidan. Bagi korang yang mempunyai tekanan darah rendah pun boleh mengambilnya kerana kurma adalah sumber tenaga dan zat besi yang bagus.
Netizen di Twitter pun nampaknya menyukainya!
Tak salah kalau kita nak cuba rasa 3 minuman baru ini.
Jika masih nak mencuba minuman Bubble Tea juga, kurangkan pengambilannya. Selain itu, korang sebagai pembeli pun boleh request pengusaha Bubble Tea untuk mengurangkan kandungan seperti gula dan susu. Boba itu pun dah manis, cukuplah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diketahui oleh peminat Blackpink, Lisa akan membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo tak lama lagi.
Terbaru, Lisa telah melancarkan video teaser untuk lagu baru solo berjudul Rockstar yang bakal dilancarkan pada 28 Jun ini.
Walaupun hanya teaser, Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal telah membuktikan popularitinya apabila video itu telah berjaya meraih lebih 5 juta tontonan di YouTube dan lebih 63 juta tontonan di Instagram Reels dalam waktu yang singkat.
Kredit: X PopBase
Berdasarkan video yang dimuat naik, Lisa dilihat telah merakam muzik video Rockstar di Thailand termasuk salah satu kawasan pasar paling sibuk yang terletak di Yaowarat Road.
Kredit: X PopBase
Menurut laporan, anggota Blackpink itu telah membayar sebanyak 20,000 Baht iaitu bersamaan lebih kurang RM2560 kepada semua pemilik kedai di situ supaya mereka menutup perniagaan buat sementara waktu bagi penggambaran muzik video Rockstar. Difahamkan, terdapat ratusan kedai yang beroperasi di Yaowarat Road.
Sekadar info, ini merupakan solo terbaru Lisa selepas keluar dari YG Entertainment. Kini, Lisa telah bernaung di bawah syarikat muziknya sendiri iaitu LLOUD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang bintang TikTok yang berusia 16 tahun di India dilaporkan telah membunuh diri dan dipercayai berpunca daripada masalah tekanan mental.
Sehubungan dengan itu, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara itu.
Menurut Astro Awani, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.
Aplikasi seperti TikTok dikatakan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.
Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan, Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. Dan akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera.
Secara keseluruhannya, 59 aplikasi China telah pun diharamkan, termasuk aplikasi permesejan popular WeChat.
India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih daripada 120 juta pengguna.
Aplikasi tersebut berhadapan dengan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China. Walau bagaimanapun, TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing menafikan dakwaan tersebut.
Sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi semua yang dilakukan haruslah ada batasnya. Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri untuk menerima baik buruk serta padah setiap kelakuan.