“#BabynumberTWO” Pelakon Elvina Mohamad Umum Hamil Cahaya Mata Kedua

Share

Tahniah buat Elvina & suami!

Aktres jelita, Datin Elvina Mohamad bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi apabila pelakon itu berkongsi dirinya kini sedang berbadan dua.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah popular Takdir Cinta Dhia itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: “3rd Child, First Boy” Titip Kesyukuran, Syafiq Yusof Timang Cahaya Mata Ketiga

Dalam hantaran tersebut dilihat keluarga kecilnya ceria bergambar berlatar belakang mercu tanda taman tema Disneyland di Tokyo, Jepun.

Suami dan anak sulungnya turut kelihatan bahagia memegang perut Elvina yang semakin menampakkan bentuk ‘baby bump’.

“Kami tidak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO,” coretnya ringkas.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menzahirkan keterujaan selain mendoakan yang baik-baik buat Elvina dan bayi yang dikandungnya itu.

Sekadar informasi,, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Haniff Borhan pada tanngal 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulungnyta, Karl Mateen.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Elvina Mohamad


IKLAN