Aktres jelita, Datin Elvina Mohamad bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi apabila pelakon itu berkongsi dirinya kini sedang berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah popular Takdir Cinta Dhia itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Dalam hantaran tersebut dilihat keluarga kecilnya ceria bergambar berlatar belakang mercu tanda taman tema Disneyland di Tokyo, Jepun.
Suami dan anak sulungnya turut kelihatan bahagia memegang perut Elvina yang semakin menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Ads
“Kami tidak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menzahirkan keterujaan selain mendoakan yang baik-baik buat Elvina dan bayi yang dikandungnya itu.
Ads
Sekadar informasi,, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Haniff Borhan pada tanngal 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulungnyta, Karl Mateen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut dan nampak remeh tapi jangan terkejut kalau dikatakan mungkin ramai remaja di luar sana yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.
Juga disebut mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Perkara Yang Diperlukan Mandi Wajib
1. Keluar sperma atau air mani
2. Hubungan seksual (Persetubuhan)
3. Terhenti keluarnya darah haid
4. Terhenti keluarnya darah nifas
5. Melahirkan
6. Meninggal Dunia
Langkah Dan Cara Mandi Wajib
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
VIDEO CARA MANDI WAJIB YANG RINGKAS
Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.
Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua remaja diluar sana. Ingat ye kalau mandi wajib tak betul semua ibadah yang dilakukan juga tidak sah.
Wallahu’alam
Sumber : Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Via : Sirap Limau
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang baru K-pop sering menjadi perhatian peminat hiburan dan ada kalanya, mereka terlebih dahulu mendapat perhatian sebelum membuat debut secara rasmi kepada umum.
Terbaharu, pelatih baru syarikat pengurusan Big Hit Entertainment berjaya mencuri perhatian warganet apabila videonya dikongsi di media sosial. Sebaik sahaja videonya tular, para peminat bingkas ‘menjadi detektif’ dan cuba mencari identiti bintang baharu itu. Hasilnya, remaja berwajah pan-asian ini rupanya memang memiliki darah kacukan Amerika dan Jepun.
Menurut carian yang dilakukan warganet, pelatih yang menggunakan nama pentas JJ (Jayjay) itu dilahirkan pada tahun 2006 dan berasal dari Hyogo, Jepun. Bukan hanya memiliki wajah tampan, JJ juga khabarnya berbakat besar dalam bidang tarian.
Walaupun belum melakukan debut secara rasmi, namun JJ sudah mendapat sokongan dan perhatian peminat sedunia. Tambahan pula apabila dia dikelolakan oleh Big Hit Entertainment yang juga bertanggungjawab membawa nama BTS ke peringkat antarabangsa, ramai berharap agar JJ serta grup baharunya kelak akan menerima peluang yang sama.
Wah, belum apa-apa lagi dah ramai penyokong. Tak sabar nak tunggu debut JJ. Hiks!
Sudah hampir dua minggu kita memulakan tahun 2018 dan rasanya masing-masing tengah sibuk mengejar azam baru sebab takut tak tercapai pula nanti.
Macam mana dengan azam korang tahun lepas? Dah tercapai ke belum? Kalau belum, jangan risau. 2018 kan ada. Hehe..
Seperti biasa, masuk saja tahun baru mesti macam-macam azam yang korang buat kan. Berikut merupakan antara 7 azam popular setiap tahun.
1. Nak kurus!
Sumber foto: Instagram Kilafairy
Azam cliché setiap tahun. Bila dah sarung seluar pun sendat, baju ketat dan naik tangga sikit dah mengah, memang wajib la jawabnya untuk korang teruskan azam nak kurus ni. Tapi, jangan hangat-hangat tahi ayam ok?
2. Simpan duit
Sumber foto: Google
Umur dah semakin meningkat, dah mula rasa nak menyimpan untuk masa depan pula. Simpan duit nak kahwin, beli rumah dan janji tak nak boros lagi.
3. Luangkan bersama orang tersayang
Sumber foto: Instagram Neelofa
Sibuk sangat bekerja kadang-kadang sampai tak ada masa bersama insan tersayang. Jadi, azam baru ni boleh la kot kalau nak curi masa sikit untuk luangkan masa bersama keluarga.
4. Cari boyfriend/girlfriend
Sumber foto: Instagram Fazura
Sebelum ni bukan kata tak ada pasangan, tapi dah masuk tahun baru ni kekonon nak cari bf/gf yang betul-betul serious dalam relationship. Tak mau buang masa dah. Gitcheww!
5. Travel
Sumber foto: Instagram Anzalna
Ada yang simpan hasrat nak travel satu dunia, ada juga yang nak habiskan round satu Malaysia dulu. Tak kisah la mana-mana, tapi tahun baru ni atleast sekali kena travel ke tempat baru.
6. Tambah berat badan
Sumber foto: Instagram Maya Karin
Siapa kata semua orang nak kurus? Ini masalah bagi mereka yang mempunyai berat badan terlalu rendah. Kurus sangat pun tak cantik kan?
7. Amalkan gaya hidup sihat
Sumber foto: Google
Badan dah cantik, kalau tak fit pun tak guna juga. Betul tak? So, ramai la yang berazam nak mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimana caranya? Dengan menyertai setiap fun run yang ada.
Acara larian ni pun dah jadi satu trend anak muda. Paling hampir adalah ILLUMI RUN yang akan berlangsung Sabtu (13 Januari) ini di Selangor Turf Club. Bukan je untuk fit, tapi kalau korang join event sebegini, boleh tambah ramai kenalan tau nanti.
Jumpa sana k?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.