Berita

Azrel Ismail Hargai Tindakan Profesional Founder KLFW Mohon Maaf Selepas Isu Team Kena ‘Halau’

Share

Pelakon Azrel Ismail sebelum ini meluahkan rasa kurang senang selepas mendakwa pasukannya telah diminta meninggalkan sebuah acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 yang berlangsung di Esplanade, KLCC Park.

Bagaimanapun, isu tersebut nampaknya tidak berpanjangan apabila pihak KLFW segera mengambil tindakan, malah pengasas acara berkenaan dikatakan sendiri menghubungi Azrel dan datang menemuinya bagi memohon maaf.

Menerusi perkongsian terbaharu di Threads, Azrel Ismail mengakui cukup menghargai cara isu berkenaan ditangani selepas beliau menyuarakan perkara tersebut.

“But credit where it’s due — after I highlighted the issue to the KLFW team, the founder personally texted me and came to see me straight away just to apologise. I truly appreciate that.”

Menurut Azrel, situasi tersebut sebenarnya bukanlah satu perkara besar sekiranya dia hadir ke pertunjukan fesyen itu sekadar sebagai tetamu untuk menikmati acara.

Namun, kehadirannya kali ini melibatkan content commitment, menyebabkan dia perlu membawa pasukan bagi memastikan kandungan yang dipersetujui dapat dihasilkan dengan baik.

Azrel turut menjelaskan sekiranya hadir atas kapasiti peribadi, dia sendiri tidak memerlukan pasukan yang ramai dan berkemungkinan hanya membawa seorang pembantu peribadi.

Sebaliknya, apabila melibatkan tugasan dan komitmen menghasilkan kandungan, aspek kualiti serta kehadiran pasukan menjadi perkara yang perlu diberi perhatian.

“Honestly, benda ni bukanlah a big deal kalau I datang just to enjoy the show. I wouldn’t even bring a whole team, probably just one PA.

“But this time memang ada content commitment, so of course I’m very particular about the quality and having my team there to deliver the work properly,” jelasnya.

Azrel Ismail Dakwa Team Kena ‘Halau’

Terdahulu, Azrel Ismail menarik perhatian selepas meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa pasukannya telah dihalau ketika menghadiri acara melibatkan KLFW x Suria KLCC.

Menurut pelakon itu, dia sebenarnya bukanlah individu yang terlalu gemar menghadiri pertunjukan fesyen, namun memilih untuk hadir pada hari berkenaan kerana mempunyai komitmen bersama pihak terlibat.

“Honestly, aku memang tak berapa minat pergi fashion show. Hari tu pun sebab ada commitment dengan KLFW x Suria KLCC.

“Unfortunately, team aku kena halau sebab one of the female representatives tak aware kami datang untuk content,” tulisnya.

Susulan kejadian itu, Azrel mengingatkan pihak penganjur supaya lebih peka terhadap senarai tetamu serta tujuan kehadiran mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

 

Baginya, sama ada sesuatu kehadiran itu melibatkan kolaborasi ataupun tidak, setiap individu sewajarnya dilayan dengan hormat dan tidak dinilai berdasarkan andaian semata-mata.

“Collaboration or not, please respect people & do your work properly. Jangan simply assume,” tegasnya.

Azrel Ismail Hargai Cara KLFW Selesaikan Isu

Walaupun lantang menyuarakan rasa tidak puas hati pada awalnya, Azrel tidak menafikan usaha pihak KLFW memperbetulkan keadaan selepas isu tersebut dibawa kepada perhatian mereka.

Malah, tindakan pengasas KLFW yang menghubunginya secara peribadi dan terus datang bertemu untuk memohon maaf mendapat penghargaan daripada pelakon berkenaan.

“Anyway, thank you to the founder of KL Fashion Week for personally reaching out and handling it professionally. Really appreciate it,” katanya.

Perkongsian terbaharu Azrel Ismail itu sekali gus memperlihatkan bahawa isu berkenaan telah ditangani secara profesional antara kedua-dua pihak.

Komunikasi Dan Coordination Penting Dalam Acara

Dalam masa sama, insiden tersebut turut menjadi peringatan mengenai kepentingan coordination dan komunikasi dalam sesebuah acara, khususnya apabila melibatkan tetamu yang hadir atas urusan kerja dan mempunyai deliverables yang perlu disempurnakan.

Situasi seperti ini juga menunjukkan pentingnya pihak yang mengendalikan acara mengetahui lebih awal kapasiti setiap tetamu yang hadir, terutama apabila kehadiran mereka melibatkan komitmen kandungan dan memerlukan sokongan pasukan.

Bagi pihak tetamu pula, penyelarasan yang jelas boleh membantu memastikan tugasan dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan perjalanan acara. Dalam kes ini, perkara yang pada awalnya menimbulkan rasa kurang senang akhirnya dapat diselesaikan selepas pihak KLFW mengambil maklum mengenai situasi sebenar.

Tindakan pengasas KLFW untuk menghubungi dan bertemu sendiri dengan Azrel Ismail bagi memohon maaf turut mendapat penghargaan daripadanya, sekali gus menutup isu tersebut secara profesional.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Darwisy