Azmi Saat, vokalis kumpulan Caliph Buskers, meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterimanya ketika berurusan di sebuah bank di Bandar Sri Permaisuri baru-baru ini.
Kisah yang dikongsikan oleh Azmi Saat ini membuka mata ramai tentang pentingnya adab dan cara berkomunikasi ketika melayani pelanggan, terutamanya apabila melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU). Walaupun perkara yang berlaku kelihatan kecil, pengalaman tersebut memberi kesan besar kepada individu yang melaluinya.
Menurut Azmi Saat, dia datang ke bank berkenaan bersama isterinya dengan tujuan membantu mengaktifkan semula akaun online banking yang telah disekat kerana lama tidak digunakan.
Namun urusan yang pada awalnya kelihatan mudah itu bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan apabila cara komunikasi pegawai khidmat pelanggan yang melayani mereka dirasakan kurang sesuai.
Azmi menjelaskan bahawa isu yang dibangkitkannya bukan berkaitan dengan prosedur atau sistem keselamatan bank. Sebaliknya, ia lebih kepada cara komunikasi dan nada percakapan pegawai khidmat pelanggan ketika melayani mereka.
Menurut Azmi Saat, beberapa pertanyaan yang diajukan kedengaran seolah-olah meragui kemampuan mereka ketika melakukan urusan perbankan.
Ads
Antaranya ketika isterinya diminta memasukkan username dan kata laluan sendiri untuk akaun tersebut. Situasi itu menjadi sedikit janggal apabila beberapa soalan diajukan dengan nada yang dirasakan kurang menyenangkan.
Soalan seperti “Yeke ingat?” serta arahan yang disampaikan tanpa panduan yang jelas membuatkan situasi berkenaan terasa kurang selesa.
Dalam keadaan seperti itu, pelanggan mungkin berasa seolah-olah kebolehan mereka dipersoalkan walaupun mereka hanya cuba menyelesaikan urusan yang biasa dilakukan oleh mana-mana individu lain.
Bagi Azmi Saat, perkara tersebut bukanlah soal mahu dilayan secara istimewa. Apa yang diharapkan hanyalah layanan yang profesional dan beradab seperti pelanggan lain.
Tambahnya lagi, individu yang mempunyai masalah penglihatan mungkin memerlukan sedikit masa tambahan untuk bergerak atau menaip maklumat sensitif seperti kata laluan. Namun keadaan itu tidak bermakna mereka tidak memahami proses yang sedang dilakukan.
Ads
Pentingnya Sensitiviti Terhadap Pelanggan OKU
Melalui perkongsian tersebut, Azmi Saat berharap ia dapat menjadi peringatan kepada petugas barisan hadapan agar lebih peka terhadap sensitiviti pelanggan, khususnya golongan orang kurang upaya (OKU).
Bagi individu yang tidak dapat melihat, nada suara memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk persepsi terhadap seseorang yang sedang berinteraksi dengan mereka.
“Kalau nada kalian baik, maka baiklah persepsi kami pada kalian. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Perkara ini menunjukkan bahawa komunikasi bukan hanya bergantung kepada kata-kata, tetapi juga bagaimana ia disampaikan.
Profesionalisme Dalam Perkhidmatan Pelanggan
Azmi turut menegaskan bahawa sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, kemahiran berkomunikasi dengan nada yang sesuai sepatutnya menjadi asas ketika melayani pelanggan.
Profesionalisme dalam perkhidmatan pelanggan bukan sekadar mematuhi prosedur atau mengikuti sistem yang ditetapkan. Ia juga melibatkan sikap, empati dan cara seseorang berinteraksi dengan orang lain.
Dalam banyak keadaan, perkara yang paling diingati oleh pelanggan bukanlah proses yang dilalui, tetapi bagaimana mereka dilayan sepanjang urusan tersebut.
Sumber : Instagram Azmi Saat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Langit tidak selalunya biru, begitu juga dengan kehidupan. Bila nama manusia, pasti akan diuji. Setiap manusia sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini dengan berbagai-bagai ujian. Tambahan lagi di alam rumah tangga.
Jika sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kemelut melanda rumah tangga antara pelakon sensasi Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi santapan netizen.
Nampaknya ada hikmah atas apa yang berlaku. Terbaru, rezeki mencurah buat Nurul Shuhada apabila dia ditawarkan menjadi model untuk sebuah jenama fesyen muslimah terkenal.
Menerusi laman Instagram, seorang jurumekap dikenali sebagai Leeya berkongsi satu video menata rias wajah wanita berusia 29 tahun itu ketika menjayakan ‘photoshoot’ atau penggambaran bagi koleksi pakaian jenama tersebut.
“Shuhada Shukri for Bella Ammara. Please remember you are beautiful and powerful, Leeya sentiasa doakan Shu. Shu baru bukak benang jahit semalam so area situ tak boleh letak any product,” tulisnya.
Difahamkan, dua anak Shuhada iaitu Humairah dan Umar turut terlibat sama dengan menggayakan pakaian jenama berkenaan dipercayai bagi koleksi raya yang bakal diraikan dalam tempoh dua bulan lagi.
Dugaan dan ujian itulah yang membuatkan kita lebih memahami erti kehidupan. Dugaan dan ujian yang diberikan kepada kita adalah sebagai latihan dalam kehidupan. Moga Shu lebih positif, sabar, lebih cekal dan berani.
Tapi cantikkan bila Shu ni disolek sebegini…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, YG Entertainment dan MLD Entertainment agensi yang menjaga kumpulan Ikon dan Momoland telah mengeluarkan kenyataan bahawa Song Yun Hyeong Ikon dan Daisy Momoland sedang menjalinkan hubungan cinta! Tahniah dari remaja!
Menurut Soompi, agensi MLD Entertaimnet mengambil ini sebagai satu perkara serius setelah khabar angin ini tersebar luas di Korea. menurut sumber, pasangan ini pada awalnya, bertemu sebagai senior dan junior dalam industri hiburan, namun ia bertukar kepada hubungan cinta beberapa bulan lepas.
Tentu sekali, sebagai Idol, mereka tidak punya masa untuk dating. Tapi mereka akan cari peluang dan keluar dating seperti couple normal. Walaupun kedua-dua agensi telah mengeluarkan kenyataan, namun kenyataan YG tidak menyatakan bahawa mereka ini bercinta, malah hanya mengklasifikasikan hubungan mereka ini sebagai “teman rapat”.
“Mereka bertemu sebagai rakan namun hubungan itu tidak membawa kepada cinta,” kata kenyataan tersebut.
Hmmm korang rasa macam mana? Restu tak couple ni? Ke, akan jadi macam Jenkai? Hiks.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal dan tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa membuktikan pengaruhnya masih lagi berbisa apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka bermula pukul 3.00 petang semalam habis dijual dalam masa tiga jam sahaja.
Menariknya, tiket kategori zon Festival habis dijual hanya dalam masa empat minit.
Terharu dengan sambutan peminatnya di Malaysia, pemilik nama sebenar Rossa Roslaina Handiyani ini turut menyatakan keterujaannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan para peminatnya di negara ini.
“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat diri saya”
“Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,” kata penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat ini yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.
Dalam pada itu, bercakap mengenai konsert susulan kepada filem dokumentari ‘All Access to Rossa: 25 Shining Years’ yang ditayangkan bulan lepas merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment, sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan kariernya.
Selain itu, antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah seperti Nada Nada Cinta, Pudar, dan Hey Ladies, selain beberapa persembahan eksklusif lain.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjayakan konsert tersebut sebagai inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik seterusnya membantu Malaysia mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurutnya, Rossa adalah ikon seni yang disegani serta dihormati. Pihaknya yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminat beliau serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...