Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung pengunduran kumpulan De Fam daripada program realiti, The Hardest Singing Show (THSS) atas masalah kesihatan.
Menjadikan isu tersebut lebih panas apabila kumpulan trio wanita tersebut tampil membuat persembahan di acara pembukaan kedai fizikal Apple di The Exchange TRX seminggu selepas pengumuman tersebut dibuat.
“Saya mendapat nasihat doktor agar berhenti membuat persembahan di THSS. Kalau boleh saya mengharapkan agar semua dapat menerima keputusan De Fam ini.
“Saya telah berjumpa dengan ahli De Fam dan kami bertiga sudah berbincang dan sepakat untuk menarik diri. Perkara ini juga sudah dimaklumkan dengan pihak produksi Astro. Malah saya juga mempunyai surat pengesahan doktor yang menasihatkan agar tidak menyertai pertandingan itu.
“Biarlah apa yang berlalu kepada saya hanya diketahui oleh diri saya sendiri, pasukan saya dan pihak Astro sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Pelancaran Viu Original, Nafsu.
Ads
Susulan masalah kesihatan tersebut, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti mengambil pendekatan untuk berehat sejenak buat masa ini sebelum memulakan penggambaran pada Ogos depan.
Sebelum ini, De Fam membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripadaTHSS selepas lima minggu bersaingan dalam program realiti nyanyian itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepada peminat filem Disney, tentunya sangat kenal dengan lagu Circle Of Life yang merupakan lagu soundtrack filem tersebut.
Namun, tentu ramai yang tertanya-tanya apakah perkataan awal lagu tersebut yang kedengaran sangat asing sekali.
Tahukah korang yang sebenarnya bait-bait tersebut adalah bahasa yang wujud di dunia dan mempunyai maknanya sendiri.
Untuk pengetahuan, ayat-ayat tersebut adalah Bahasa Zulu yang berasal dari Afrika.
‘Nants inyonyama bagithi baba sithi uhm ingonyama, nan ingonyama bagithi baba sithi uhhmm ingonyama ingonyama siyo nqoba ingonyama ingonyama nengw enamabala’
‘Here comes a lion, father Oh yes it’s a lion. Here comes a lion, father Oh yes it’s a lion A lion we’re going to conquer A lion A lion and a leopard come to this open place,’ berikut merupakan terjemahan Bahasa Zulu kepada Bahasa Inggeris.
Ternyata lirik tersebut sangat kena dengan jalan cerita The Lion King yang mengisahkan perjalanan hidup Simba di mana dia kehilangan ayahnya di usia muda dan bagaimana dia kemudiannya diangkat menjadi raja. Deep sungguh!
Sementara itu, dalam dokumentari, The Making Of Lion King, pengarah filem, Rob Minkoff mengakui bahawa lagu tersebut adalah elemen penting dalam filem tersebut.
“Lagu itu ditulis oleh composer warga Afrika Selatan, Lebo M. Kami terangkan kepadanya tentang jalan cerita Lion King dan dia terus melakukan magisnya.
“Ia sangat mengagumkan. Bila dia terjemahkan lirik tersebut dalam Bahasa Inggeris, kami tahu yang lagu itu adalah penggerak utama file mini,” katanya.
Oh wow! Siapa sangka ayat yang selama ini kita sangka tidak mempunyai maksud sebenarnya adalah mempunyai makna yang sangat mendalam. Memang sangat kreatif orang yang tulis lagu ini!
Sumber: Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri muzik Korea digegarkan dengan berita ahli kumpulan Red Velvet, Joy yang telah dilaporkan bercinta dengan penyanyi Crush. Sebelum ini, timbul khabar angin tentang hubungan cinta mereka dan kini Crush dan Joy disahkan sedang hangat dilamun cinta.
Menurut laporan eksklusif daripada Sports Chosun, Joy dan Crush telah jatuh hati ketika mereka bekerjasama di ‘Mayday’ pada Mei 2020.
Kedua-duanya berkawan rapat selepas kerjasama itu dan baru-baru ini perasaan itu bertukar dalam menjalin hubungan cinta.
Pihak pengurusan Crush, P-NATION menjelaskan bahawa mereka sedang meneliti laporan berita ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah memperoleh info terkini.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Itulah perumpaan paling tepat untuk menggambarkan mendiang Chadwick Boseman yang popular menerusi watak King T’challa a.k.a Black Panther. Biarpun telah meninggal dunia pada tahun lalu akibat kanser, nama baik Chadwick masih diangkat sebagai salah seorang selebriti berjiwa besar kepada industri seni dan kepada masyarakat secara amnya.
Terbaru, alma mater Chadwick iaitu Howard University baru saja mewujudkan program biasiswa bernilai USD5.4 juta demi memberikan penghormatan kepada jasa mendiang.
Biasiswa yang digelar sebagai The Chadwick A. Boseman Memorial Scholarship itu melibatkan bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang yang akan mengikuti jurusan di bawah fakulti Howard’s College of Fine Arts (juga dikenali sebagai Chadwick A. Boseman College of Fine Arts) selama 4 tahun.
Ulas isteri mendiang iaitu Taylor Simone Ledward-Boseman, beliau terharu dengan kasih sayang dan usaha yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak seperti Howard University untuk memperingati jasa serta sumbangan mendiang.
Malah baru-baru ini, universiti itu juga telah berkolaborasi dengan platform penstriman popular, Netflix untuk melancarkan biasiswa baharu kepada empat pelajar yang memilih major dalam teater muzikal, lakonan, pentadbiran seni teater dan tarian.
Netflix juga adalah produksi terakhir yang sempat berkerjasama dengan Chadwick sebelum beliau meninggal dunia; iaitu menerusi filem Da 5 Bloods dan filem Ma Rainey’s Black Bottom.
Menariknya, ramai sebenarnya selebriti Hollywood lain yang mempunyai misi sama untuk menyumbang semula kepada masyarakat setelah mereka popular dan hidup dalam kemewahan.
Contohnya seperti pelakon, Alec Baldwinyang muncul dengan Biasiswa Alec Baldwin untuk New York University (NYU) khas buat pelajar tempatan serta antarabangsa di NYU yang memerlukan bantuan kewangan dan memiliki bakat, skil, dedikasi dan mempunyai misi menjadi seorang anak seni yang lebih baik.
Pelakon Hong Kong, Bruce Leejuga tidak terlepas daripada memberikan sumbangan biarpun sudah tiada. The Bruce Lee Foundation Scholarship diberikan kepada pelajar peringkat sarjana muda untuk menjadi individu yang lebih baik. Biarpun ia hanya bernilai USD1000 saja, ramai pelajar yang memohonnya dengan menghantarkan esei kepada pihak penyelia.
Pemain terkenal bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan bergabung tenaga dengan isterinya menerusi Michael & Juanita Jordan Scholarshop. Dana sebanyak USD5000 diberikan kepada pelajar yang berasal dari Chicago yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli United Negor College Fund. Pasangan itu juga telah memperkenalkan program biasiswa Jordan Brand Wings yang memberikan bantuan kewangan penuh.
Tidak ketinggalan ialah pengacara terkenal, Oprah Winfreyyang menghulurkan empat bentuk biasiswa di bawa Oprah Winfrey Endowed Scholarships Program kepada pelajar tahun pertama di Morehouse College yang cemerland dan memerlukan. Bagi melayakkan diri sebagai pemohon, pelajar perlu melakukan program komuniti servis dan menepati gred lepasan GPA/SAT yang ditetapkan.
*
Ingin sekali REMAJA melihat budaya yang saya diwujudkan di Malaysia dalam kalangan penggiat seni tanah air. Alangkah menarik jika lebih ramai dapat menyumbang semula ke arah pembinaan generasi baharu dalam bidang akademik. Mungkin ia akan berlaku tidak lama lagi, mana tahu kan?
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.