
Disebabkan terlupa makan sebelum melakukan persembahan, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz nyaris pitam selepas sesi temubual di belakang pentas.
Menerusi perkongsiannya di Instagram story @azirashafinaz, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan (32) berkata, dia dapat merasakan seluruh badannya kebas selain mengalami kesukaran untuk bernafas.
Artikel Berkaitan: Lagu Alamak Raya Lagi! Disalah Tafsir, Azira Shafinaz Minta Pendengar ‘Enjoy’ Sahaja
“BTS yang orang tak tahu. Selepas De Fam di temubual di belakang pentas, dah mula pening & rasa macam tak cukup oxygen” – Azira
“Seluruh badan saya jadi kebas dan saya tak dapat bernafas dengan baik. Saya ingatkan saya akan pitam” – Azira

“Nota untuk diri sendiri: Makan dulu sebelum buat persembahan” – Azira
Dalam perkongsian yang sama, Azira memuat naik gambarnya yang sedang dirawat oleh petugas pasukan perubatan.
“Tapi jangan terlalu risau, Alhamdulilah saya dah semakin baik sekarang” – Azira
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku kepada penyanyi dan pelakon tersebut dan Azira sempat memberitahu peminat supaya tidak terlalu risau kerana keadaannya sudah semakin baik.
Artikel Berkaitan: Gelagat Suami Elizabeth Tan ‘Promote’ Filem Sheriff Di Hospital Raih Pujian Netizen
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah Dapat Surat Tawaran Ke Kolej, Nak Kena Buat Apa Lepas Itu?

Kalau korang adalah antara pelajar yang baru je habis menduduki peperiksaan SPM 2017, hey, TAHNIAH!
Tamat juga beban kena bersengkang mata siang malam nak belajar kan hehe.
Ada sesetengah pelajar yang melihat masa cuti panjang ini sebagai peluang untuk mencari kerja part-time atau bercuti bersama kawan.
Namun, ada juga yang akan memasuki intake pelajar di kolej / universiti bermula bulan Januari ini. Wow, cepatkan!
Kebanyakan daripada universiti swasta di Malaysia membuka kemasukan pelajar sekerap tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mac dan September.
Ada pelajar yang tak mahukan break di antara SPM dan zaman universiti. Oleh itu, mereka telah menghantar permohonan sejak pertengahan tahun 2017 lagi dan ada yang telah mendapat berita gembira permohonan diterima.
So, bila dah dapat surat tawaran, sekarang korang nak kena buat apa pula?
Lawat Kampus Baru
Kadangkala, ada pelajar yang telah diterima masuk ke beberapa buah institusi pengajian swasta. Sebelum membuat keputusan untuk menerima salah satu tawaran, apa kata korang gunakan masa terluang ini untuk melawat ke kampus-kampus tersebut.
Bukan setakat nak OOTD di kampus je tau!
Pergi ke bangunan Student Affair untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perihal belajar di situ, yuran yang disediakan dan sebagainya. Walaupun korang pernah pergi ke acara Open Day mereka, kemungkinan ada beberapa perubahan pada sistem kolej / universiti yang telah berlaku.
Jangan Pula Datang Secara Tiba-Tiba
Boleh je untuk korang datang ke kampus secara tiba-tiba. Namun lebih baik jika menghubungi wakil Student Affair dan maklumkan kepada mereka tentang kehadiran korang terlebih dahulu.
Ini membantu jika ada soalan penting yang ingin ditanya kepada mereka. Contohnya, tentang tawaran biasiswa yang ada disediakan oleh pihak kolej / universiti.

Jangan Pinggirkan Career Centre
Sekarang ini, kebanyakan institusi pengajian swasta ada menyediakan pejabat Career Centre. Petugas di situ akan membantu pelajar memahami dengan lebih terperinci tentang senarai syarikat yang pernah mengambil pelajar daripada universiti tersebut untuk bekerja.
Jadi, senang untuk korang plan-out masa depan dengan lebih awal.

Lihat Pada Laman Web Universiti
We am sure, korang semua sudah mengunjungi laman web kolej / universiti pilihan berpuluh-puluh kali sebelum menghantar surat permohonan. Namun, pernah tak korang klik pada bahagian ‘Alumni Universiti’?
Di situ, pelajar boleh melihat senarai bekas pelajar dan pelbagai carta turut diletak sebagai sumber reference pengunjung laman web. Contohnya, carta pengambilan alumni sebagai pekerja, gaji purata yang alumni terima dan carta kecemerlangan akademik alumni semasa belajar di situ.

Borak Dengan Para Senior
Selain daripada advisor, antara insan yang wajar kamu borak bersama-sama ialah pelajar senior yang kini belajar di kolej / universiti. Seeloknya, berboraklah dengan senior yang mengambil kursus yang sama.
Kalau korang ambil kursus rekaan grafik, boraklah dengan pelajar rekaan grafik. Kalau ambil law, boleh borak dengan bakal majistreet dan peguam hehe. Lebih mudah untuk korang fahami apa yang perlu dilalui dari perspektif seorang pelajar yang lain.
Tapi, Masih Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana
Sebelum memohon, senaraikan kolej / universiti mengikut ranking kegemaran korang. Contohnya ranking dari 1 – 5. Jika ditawarkan untuk belajar di institusi 1, mudahlah untuk membuat keputusan kerana ia adalah pilihan pertama.
Namun, jika sampai sekarang masih tak tahu untuk menerima tawaran yang mana satu, salah satu faktor penting yang harus dipertimbangkan adalah yuran per semester dan jika kolej / universiti itu ada menawarkan biasiswa.
At the end of the day, it is all about the cash. Buat perbezaan kolej / universiti mana yang lebih berbaloi.
It IS about the money, Jessi J!
Okay Dah Buat Pilihan, Sekarang Nak Buat Apa?
Pertama sekali, klik pada portal pelajar atau link yang diberi dalam surat tawaran untuk menghantar jawapan balas ‘TERIMA’. Ada tau pelajar yang selalu terlupa untuk berbuat demikian sehinggalah tarikh akhir penerimaan kerana terlalu teruja!
Kemudian, lihat kepada bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank yang tertera sekiranya kolej / universiti memerlukan bayaran deposit / yuran awal.

Jangan tunggu lama-lama untuk mula melihat kursus menarik di kolej / universiti. Nanti bila dah last minute, baru nak cuak. Oops!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Gembira Lihat Perubahan Uqasha Senrose Sebagai Seorang Ibu” -Kamal Adli

Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Bimbang Penyerang Hanya Dipenjarakan 2 Tahun, Akan Bahayakan Nyawa Orang Lain Pula

“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
ARTIKEL BERKAITAN: Hawra Uqaira Pilihan Nama Buat Puteri Sulung Uqasha, Kamal Adli

“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Uqasha Senrose
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Akui Kesilapan, Ingin Bertemu Secara Peribadi” Imran Bard Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ellie Suriaty

Personaliti media sosial, Imran Bard baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya di Tiktok.
Menurut Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, beliau terpaksa mengambil masa untuk membuat permohonan maaf ini untuk menilai semula segala tindak tanduknya sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tiktok saya yang telah menyinggung perasaan Puan. Saya mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah”

“Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video saya sebelum ni, ia hanyalah parodi random”
“Imran, sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang saya sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video saya,” katanya.
Dalam pada itu, Imran turut mengakui kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat konten lebih lagi apabila melibatkan nama pihak lain.
“Walaubagaimanapun, saya mengakui kesalahan saya bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Saya hargai teguran Puan dan saya akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup,” terangnya lagi.

Selain itu, personaliti media sosial itu turut menyatakan hasrat untuk bertemu pelakon berkenaan untuk memohon maaf secara bersemuka.
“Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, saya berharap dapat berjumpa dengan Puan secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf saya secara bersemuka dan tertutup. Saya percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan saya dalam memperbetulkan keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi video Tiktok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar (54) meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memuat naik konten menggunakan namanya sehingga merosakkan reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

