Personaliti media sosial dan usahawan muda, Anes Ayunie Osman atau lebih dikenali sebagai Ayunie Osman, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi detik kejayaannya meraih sejuta ringgit pertama pada usia seawal 18 tahun.
Kejayaan luar biasa itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi, malah membuka ruang buat Ayunie Osman untuk kembali berbakti kepada tempat yang pernah membentuk perjalanan hidupnya sejak awal iaitu sekolah.
Raih Sejuta Pertama Tanpa Disangka
Menerusi satu perkongsian di Threads, Ayunie Osman mendedahkan bahawa rezeki yang diterimanya hadir tanpa dirancang. Pada usia yang masih muda, kejayaan tersebut menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya sebagai seorang usahawan.
Menurutnya, pencapaian itu bukan sekadar soal angka atau kemewahan, sebaliknya satu amanah yang perlu dikongsi bersama mereka yang pernah banyak berjasa dalam hidupnya.
Sumbang RM50,000 Kepada Sekolah Lama
Dalam satu foto yang dimuat naik, kelihatan Ayunie Osman menyerahkan cek cura bernilai RM50,000 kepada pihak sekolah pada tahun 2022 sebagai tanda penghargaan dan sumbangan zakat.
Sekolah tersebut merupakan institusi pendidikan yang memainkan peranan besar dalam membentuk jati dirinya, sekali gus mendorongnya untuk kembali menyumbang apabila berkemampuan.
“Allah bagi saya rezeki tak disangka-sangka. Umur 18 tahun saya dah capai sejuta yang pertama. Saya terus balik ke sekolah untuk sumbang zakat RM50k, bayar keperluan sekolah sebab banyak sekolah itu bantu saya,” katanya.
Ads
Bukan sekadar sumbangan material, Ayunie Osman turut menzahirkan rasa syukur atas hubungan erat yang masih terjalin bersama para guru sehingga ke hari ini.
“Semua cikgu-cikgu sekolah saya masih sayang dan masih hubungi saya,” tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut.
Menurut Ayunie, doa dan sokongan para guru menjadi antara faktor penting dalam perjalanan kejayaannya sebagai anak muda yang membina nama dalam dunia perniagaan.
Ads
Rezeki Membuka Peluang Untuk Orang Sekeliling
Kejayaan yang diraih turut membuka ruang buat Ayunie Osman untuk membantu rakan-rakan lama yang pernah berada dalam hidupnya suatu ketika dahulu.
“Kawan-kawan yang dulu tak rapat, sekarang ramai cari saya untuk apply kerja, malah jadi kawan. Setiap kali ada event, saya jemput mereka sebab rezeki kita berbeza,” jelasnya.
Baginya, setiap individu mempunyai laluan rezeki tersendiri dan kejayaan yang dikecapi wajar dikongsi bersama, terutamanya dengan mereka yang pernah melalui fasa kehidupan yang sama.
Ads
Ayunie Osman turut berkongsi pandangan matang tentang nilai menghargai asal-usul dan kenangan zaman persekolahan yang tidak mungkin dapat diulang semula.
“Sekolah adalah perkara yang tak boleh kita ulang memorinya, tapi kita boleh terus berbakti,” katanya penuh makna.
Perkongsian tersebut nyata mengundang pujian warganet yang melihat Ayunie Osman sebagai contoh anak muda berjaya yang tidak melupakan akar dan jasa orang sekeliling, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha dan memberi kembali kepada masyarakat.
Sumber : OHBULAN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sekali korang sudahpun berjaya menerima slot suntikan vaksin AstraZeneca
Seperti yang semua tahu, rakyat Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak semalam telah gigih ‘bertarung’ di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bagi menempah slot suntikan dos vaksin AstraZeneca masing-masing.
Biarpun begitu, proses yang memakan masa kira-kira sejam sebelum kesemua slot habis ditempah itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Ini berikutan gangguan teknikal yang menyebabkan laman web JKJAV tergendala disebabkan jumlah trafik pemohon yang terlalu ramai pada satu-satu masa.
Warganet membawa isu tersebut ke media sosial untuk mengadu mengenai kelemahan laman web tersebut yang dipercayai kurang efisien selain sistem tempahan satu hari bagi kesemua 5 buah negeri yang diakui ramai tidak rasional.
Setelah menerima ribuan aduan rakyat, badan bertindak imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi sebuah kenyataan malam tadi telah memohon maaf di atas gangguan teknikal yang berlaku dan segala kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai ketika mencuba membuat tempahan slot suntikan itu.
Untuk makluman, kesemua 1,261,000 dos vaksin yang ditawarkan habis ditempah.
Namun begitu, tinjauan REMAJA kepada aplikasi MySejahtera pada pagi tadi mendapati notifikasi slot suntikan dos vaksin secara tiba-tiba muncul!
Perkara ini turut dialami oleh beberapa lagi warganet yang yang mendapat notifikasi lambat itu. Kata mereka, sangkaan awal bahawa mereka gagal untuk mendapatkan slot ternyata meleset apabila tarikh temujanji baru saja didapati pada hari ini.
Guy I secured appointment for AZ vaccine 😭😭😭 pada siapa yg failed registration semalam try check MySejahtera maybe korang dapat. @day_rainee bring me luck today 💛 pic.twitter.com/89PzMJ5ipq
Sementara itu, ada juga pemohon yang mendapati mereka telahpun dijadualkan menerima suntikan dos di lokasi berbeza berbanding yang dimohon oleh mereka.
Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak JKJAV mahupun CITF berkenaan kelewatan sistem ataupun lokasi penerimaan vaksin tersebut, mungkin sekali ia berlaku akibat gangguan teknikal semalam ataupun terdapat kekosongan di hub berbeza yang perlu dipenuhi.
Berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenarkan bercuti di Langkawi selepas pulau peranginan itu dijangka dibuka kepada pengunjung pada September akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyatakan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin yang mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.
Gambar hiasan
Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin. Ini bermakna sebanyak 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.
Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pula perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi.
Jangkaan pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi dapat memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau lagenda itu.
Tidak dinafikan sektor pelancongan antara yang paling terkesan teruk dan kerana itu kita sering mendengar tentang penutupan hotel-hotel besar yang ada di Malaysia.
Gambar hiasan
Semoga dengan pemberian vaksin yang telah diberikan kepada rakyat mampu memberikan kehidupan seperti sedia kala. Ramai yang sudah tidak sabar untuk merentas negeri, bukan semata-mata untuk melancong tetapi ingin menziarahi keluarga yang sudah lama tidak ditemui.
Roti bakar di kopitiam memang no 1 dan tak ada tandingannya.
Jika ikut perkongsian Ziera Xiera ini roti bakar yang dihasilkan memang sebijik rupa dan rasanya macam dari kopitiam. Nak buat pun mudah 3 bahan saja, tapi syaratnya kena bakar guna ketuhar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.