
Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di pada jam 12.57 tengah, Jumaat lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercintanya sendiri menerusi hantaran di Instagram Story. Menurut Zaquan, mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024. Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.
BACA: Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!

Dalam pada itu, Zaquan memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.
“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okey. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.
“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Drama Korea Terbaru Yang Akan Ditayangkan Sepanjang Bulan Mei

Seperti biasa, setiap bulan pastinya peminat K-Drama menantikan drama-drama terbaru yang bakal ditayangkan.
Untuk bulan Mei ini, khabarnya ada lebih kurang 10 siri K-Drama terbaru yang akan ditayangkan.
So, let’s check this out!
1. Going Out

Berbeza dengan siri K-Drama yang lain, Going Out merupakan drama pendek tvN yang hanya mempunyai dua episod sahaja. Dijadual tayangannya pada 4 Mei, A Night Out atau Going Out dibintangi oleh Han Hye Jin, Kim Tae Hoon dan juga Kim Mu Kyung.
Mengisahkan tentang Han Jung Eun yang telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dengan Lee Woo Cheol dan dikurniakan seorang anak perempuan. Wool Cheol adalah seorang DJ di sebuah stesenr radio, sementara Jung Eun sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga serta anak perempuannya.
Suatu hari, ibu Jung Eun datang ke Seoul untuk membantu menjaga cucunya. Namun, keluarga mereka tiba-tiba mengalami sebuah tragedi dan mereka harus menghadapi kenyataan yang menakutkan.
2. Shall We Have Dinner Together?
Mengisahkan tentang Woo Do Hee, seorang wanita yang putus dengan kekasih yang masih dicintainya. Kim Hae Kyung, lelaki yang sudah penat untuk menjalinkan hubungan cinta. Mereka seorang yang suka makan, tetapi tidak suka pergi ke restoran secara bersendirian.
Suatu hari, ketika Hae Kyung dan Do Hee secara tidak sengaja bertemu di satu kedai makan, pelayan restoran tersebut menawarkan menu ‘couple’ dan menyuruh mereka untuk duduk bersama. Mereka pun buat seperti date makan malam bersama. Dari situlah hubungan persahabatan mulai terjalin.
3. Oh My Baby
Merupakan drama komedi romantis tvN yang dijadualkan tayang pada 6 Mei. Oh My Baby menceritakan tentang Jang Ha Ri, seorang workaholic yang tidak berminat untuk mencari pasangan walaupun sudah berusia.
Namun, dia berkeinginan untuk mempunyai anak, sehingga akhirnya Jang Ha Ri terlibat dengan tiga orang lelaki, iaitu Han Yi Sang seorang jurugambar bebas, Yoon Jae Young, doktor yang merupakan single parent dan Chong Kang Eu-Ddeum seorang pekerja junir di tempat Jang Ha Ri bekerja.
Bagaimana kisah selanjutnya, adakal Jang Ha Ri berjaya memiliki seorang anak? Nantikan drama lakonan Jang Na Ra, Park Byung Eun, Go Joon dan Jung Gun Joo ini.
4. Soul Mechanic
Berkisarkan tentang seorang psychiatrist bernama Lee Shi Joon yang bersemangat menjalankan tugasnya untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah hidup. Manakala, Han Woo Joo adalah seorang pelakon muzikal yang sedang naik dan sangat mencintainya kerjanya itu.
Satu hari, Lee Shi Joon dan Han Woo Joo dipertemukan dalam hubungan yang unik dan heartwarming.
5. My Unfamiliar Family
Mengisahkan tentang anak-anak yang menjadi seperti orang asing dengan kedua orang tua mereka, saat mereka semakin dewasa. Malah, mereka juga sepertinya sudah mendapatkan keluarga baru bersama dengan orang lain.
Setiap daripada mereka menyimpan rahsia yang sukar untuk dikongsi bersama keluarga sendiri, tetapi lebih terbuka untuk menceritakan kepada orang lain atau teman-teman.
6. Old School Intern
Dibintangi oleh Park Hae Jin, Kim Eung Soo dan Han Ji Eun, drama ini mengisahkan tentang Ga Yeol Chan yang membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana sering menerima arahan daripada pihak atasan yang kolot bernama Lee Man Shik.
Yeon Chan berjaya mendapat pekerjaan baru di perusahaan ramen dan meraih jawatan tinggi dengan usaha kerja kerasnya. Namun, suatu hari Yeol Chan harus kembali menghadap bekas bosnya itu yang menjadi pegawai senior di tempatnya bekerja.
7. Mystic Pop-up Bar
Diangkat dari webcomic popular berjudul Ssanggap Pocha, mengisahkan tentang pojangmacha atau tempat minum outdoor misteri yang hanya dibuka pada malam hari.
Pelanggannya terdiri daripada manusia yang hidup dan yang telah mati. Sambil minum dan menikmati hidangan lain, mereka mencurahkan isi hati dan berkongsi masalah yang dihadapi.
8. Team Bulldog: Off-duty Investigation
Berkisarkan tentang Jing Kang Ho, seorang detektif yang bercita-cita tinggi dan pantang menyerah dalam membongkar kes jenayah dengan pelbagai cara. Dia bertemu dengan Kang Moo Young, seorang pemberita daripada program penyiasatan televisyen.
Mereka pun bekerjasama dalam program tersebut untuk membongkap pelbagai kes yang belum diselesaikan.
9. The Moment
Dijadualkan tayangannya pada 25 Mei, The Moment mengisahkan tentang kehidupan orang-orang muda di industri modeling. Di mana, latar belakang seperti menjadi penentu nasib di masa hadapan dan menggapai impian adalah sebuah kemewahan yang tidak semua orang dapat merasainya.
Namun, Sa Hye Joon merupakan seorang model, Ahn Jung Ha seorang make-up artist dan Won Hae Hyo adalah seorang model dan aktor yang dapat membuktikan bahawa setiap kerja keras dan passion akan membuatkan mimpi menjadi kenyataan.
10. Wind and Cloud and Rain
Choi Chun-Joong (Park Si Hoo) adalah penilik wajah terbaik di Joseon. Dia dilahirkan dalam keluarga yang berprestij, tetapi keluarganya dibunuh. Dia dipandang rendah sebagai peramal, tetapi dia akhirnya menjadi orang yang paling berkuasa di Joseon. Dia menyedari nasib Joseon dan berusaha mengubahnya. Dia juga mengabdikan hidupnya untuk wanita yang dia cintai.
Nah, banyak drama baru yang bakal ditayangkan bulan ini. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MONSTA X Raikan Ulang Tahun Ke-10 Dengan Sumbangan Amal Atas Nama Peminat

Baru-baru ini, kumpulan K-Pop sensasi, MONSTA X menyambut ulang tahun satu dekad dalam industri hiburan dengan menunjukkan komitmen mereka terhadap kerja amal apabila tampil menghulurkan sumbangan di bawah nama peminat setia mereka, MONBEBE. Bagaimanapun, jumlah bantuan itu tidak diumumkan dan sumbangan berkenaan difahamkan akan digunakan untuk menyediakan set makanan, lauk-pauk serta barangan runcit bagi kanak-kanak yang berdepan isu kekurangan makanan menjelang cuti musim sejuk.
MONSTA X yang dianggotai oleh Shownu, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney, dan I.M dalam satu kenyataan memaklumkan langkah murni ini hadir seiring penghargaan mereka terhadap sokongan peminat sepanjang perjalanan sebagai anak seni.
“Sepuluh tahun ini menjadi lebih bermakna kerana kami melaluinya bersama para peminat. Sama seperti MONSTA X dan MONBEBE saling memberi kekuatan, kami berharap tindakan berkongsi ini juga dapat menjadi sumber kekuatan buat sesiapa yang memerlukan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, sejak beberapa tahun lalu, MONSTA X sememangnya aktif dalam kerja kebajikan. Pada 2020, kumpulan tersebut mula melakukan sumbangan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah yang terkesan akibat pandemik COVID-19, sekaligus membuka ruang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada masyarakat.
Selain itu, pada bulan Mac lalu, pelantun lagu ‘Love Killa’ dan ‘Dramarama’ itu meneruskan usaha kemanusiaan mereka dengan menyalurkan 100 juta Korea Won (kira-kira RM290,000) bagi membantu penduduk dan kanak-kanak di Gyeongnam serta Gyeongbuk yang terjejas akibat kebakaran hutan. Sumbangan tersebut menjadi antara bantuan besar mereka dalam usaha membantu mangsa bencana.
Lebih menarik lagi, MONSTA X turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada The Neighbors Honors Club, iaitu sebuah rangkaian penderma utama yang diuruskan oleh organisasi kemanusiaan Good Neighbors. Penyertaan itu mengukuhkan lagi reputasi kumpulan tersebut sebagai artis yang bukan sekadar aktif berkarya, tetapi juga memberi impak positif kepada komuniti.

Dalam perkembangan lain, MONSTA X bakal membuat kemunculan terbaru menerusi pelancaran single digital berjudul ‘Baby Blue’ pada 14 November ini, menandakan kemunculan pertama mereka selepas kira-kira empat tahun sejak album ‘The Dreaming’ pada 2021.
Sementara itu, sebagai penutup tahun 2025 yang lebih bermakna, MONSTA X turut dijadualkan membuat persembahan di ‘2025 iHeartRadio Jingle Ball Tour’ pada Disember ini, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan K-Pop yang terus relevan di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancangan Korea Produce 48 Umumkan 12 Trainee Cantik, Siapa Ahli Favourite Kamu?

Akhirnya, selepas tamat penggambaran Produce 48 pada 31 Ogos lalu, rancangan realiti itu telah mengumumkan 12 orang trainee yang bertuah dan terpilih secara rasmi.
Seperti kumpulan I.0.I dan Wanna One yang pernah ditubuhkan dulu, mereka juga mempunyai kumpulan yang dinamakan IZONE.

Daripada 20 orang peserta asal, hanya 12 orang je yang tinggal sekarang sebagai line up rasmi. Kebanyakan daripada mereka ini telah mendapat undian secara online yang tinggi dalam tempoh seminggu sehinggalah 31 Ogos lalu.
Hari ini, IZONE akan terbang ke Jepun untuk berkolaborasi dengan penerbit muzik J-Pop iaitu Yasushi Akimoto. Mereka juga dijadualkan akan membuat beberapa jadual promosi di Korea dan Jepun dalam masa terdekat.

Sementara itu, album debut mereka dijangka akan menemui peminat (termasuklah kami!) pada Oktober ini. Tapi sebelum tu, jom tengok siapa yang terpilih sebenarnya.
01
Lee Chaeyeon

Tempoh training setakat ini: 4 tahun 1 bulan
Hobi: Menonton drama dan belajar koreografi.
Kelebihan: Memukul orang, ouch!
02
Kim Minju

Tempoh training setakat ini: 2 tahun 10 bulan
Hobi: Berjalan seorang-seorang, ambil gambar dan suka menjadi dramatik.
Kelebihan: Meniru ekspresi haiwan seperti monyet dan zirafah serta bermain gitar.
03
Kim Chaewon

Tempoh training setakat ini: 11 bulan
Hobi: Menonton video dance cover, mendengar lagu ‘tangkap leleh’ dan menonton siri makan bernama Mukbang.
Kelebihan: Menyanyi dan menari.
04
Honda Hitomi

Tempoh training setakat ini: 4 tahun 2 bulan
Hobi: Menonton video masakan biskut.
Kelebihan: Menari, menyanyi dan cheerleading.
05
Kang Hyewon

Tempoh training setakat ini: 9 bulan
Hobi: Bermain piano dan menonton rancangan animasi.
Kelebihan: Bermain piano dan gitar.
06
Kwon Eunbi

Tempoh training setakat ini: 5 tahun 6 bulan
Hobi: Pergi ke restoran pencuci mulut dan suka berlari.
Kelebihan: Melakukan impersonation dan menari.
07
Yabuki Nako

Tempoh training setakat ini: 4 tahun 10 bulan
Hobi: Makan nasi.
Kelebihan: Mampu mengikat rambut dengan stail braid secara pantas.
08
Ahn Yujin

Tempoh training setakat ini: 1 tahun 4 bulan
Hobi: Shopping dan berjalan di GangNam
Kelebihan: Menyanyi girls hip hop dan bermain piano
09
Choi Yena

Tempoh training setakat ini: 3 tahun 5 bulan
Hobi: Bermain game dan menonton movie seorang-seorang. Hey samalah!
Kelebihan: Mempunyai skil untuk lakukan sesuatu dengan bibirnya. Ouh..
10
Jo Yuri

Tempoh training setakat ini: 9 bulan
Hobi: Bermain gitar, dram serta keyboard.
Kelebihan: Menyanyi, bermain instrumen muzik.
11
Miyawaki Sakura

Hobi: Melukis, membaca dan memuat naik video sendiri di akaun YouTube.
Kelebihan: Sangat popular di Jepun dan dikatakan paling popular di kalangan member 48G. Dia juga boleh tertidur di mana-mana saja.
Paling wow: Telahpun mempunyai 5 akaun kelab peminat di Instagram selepas diumum terpilih untuk Produce 48.
12
Jang Wonyoung

Tempoh training setakat ini: 1 tahun 2 bulan
Hobi: Lepak dengan unnie.
Kelebihan: Menyanyi girls hip hop.
Jadi, siapakah ahli Produce 48 paling korang suka dan rasakan comel?

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

