Pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ayda Jebat sebelum ini yang terpaksa meninggalkan cahaya mata sulungnya, Ana Nayla atas tuntutan kerja di Taiwan bagi menjalani sesi pengambaran mempromosi negara itu memaklumkan akan turut membawa bayi dan keluarganya ke sana, pada waktu akan datang.
Selain itu, penyanyi lagu popular Temberang itu juga menyifatkan Taiwan adalah negara yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga selain memberitahu negara berkenaan adalah mesra muslim dan pelbagai lokasi menarik yang wajib dikunjungi.
“Pertama kali ke Taiwan, saya pergi bersama suami. Tetapi Insya-Allah, kali kedua nanti kita akan pergi bersama keluarga dan anak saya. Banyak lokasi-lokasi baharu yang saya mahu kunjungi selain lakosi yang saya telah jejak sebelum ini untuk membawa baby.
“Ada juga yang tanya kepada saya, Taiwan ini family friendly tak dan sesuai ke untuk membawa keluarga. Ya, sangat sesuai kerana banyak tempat yang menarik seperti pusat beli belah, taman tema, serta tempat nature mereka amatlah cantik.
“Jadi, anda semua boleh menikmati pemandangan dan sebagainya sewaktu di sana. Sebelum ini saya pergi semasa musim sejuk, jadi pada kali ini saya ingin pergi ke sana pada musim yang lain pula,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi dia dan suaminya yang juga hos, Nabil Mahir akan membuat persediaan awal dari segi kelengkapan puteri kesayangan mereka dan melakukan perancangan yang rapi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila melancong mahupun ke mana-mana sahaja.
“Sejujurnya, bukan sahaja pergi melancong tetapi jika keluar seketika pun banyak barang anak yang saya bawa. Penuhlah berbeg-beg. Sewaktu kami melancong dalam Malaysia pun banyak juga barang yang perlu dibawa.
“Bagi saya, kalau nak pergi jauh kita perlu rancang betul-betul. Alhamdulillah, apabila bayi saya sudah besar ini, kurang sedikitlah barang yang kami bawa,” ujarnya panjang.
Ads
Sebelum ini, perkongsian Ayda di media sosial menjadi perhatian apabila dia suami dilihat menangis kerana terpaksa meninggalkan anak mereka atas urusan kerja tersebut.
Menerusi video dikongsikan itu, Ayda dan Nabil tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang untuk ke Taiwan selama 12 hari.
Ads
Sekadar informasi, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu, Salam Taiwan 2023 dan melantik aktres jelita, Ayda Jebat sebagai Duta.
Menerusi slogan ‘Destinasi Sensasi Mesra Muslim’, sebuah video promosi Salam Taiwan 2023 akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.
Selain itu, suami tercinta bintang itu yang juga pelakon dan pengacara, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, sekaligus menyerlahkan detik-detik manis serta romantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, persatuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Chungnam (CNU), Korea Selatan telah meraih perhatian apabila meminta maklumat peribadi dan meminta tanda tangan akur janji daripada peminat kumpulan terkenal, AESPA untuk festival universiti yang akan diadakan pada hujung Oktober ini.
Difahamkan, pada 21 Oktober lalu, persatuan mahasiswa CNU telah memuat naik pengumuman menerusi akaun rasmi mengenai festival CNU 2024 “ACCESSIO: Soaring” dan memaklumkan bahawa jadual penampilan AESPA adalah pada hari ketiga iaitu 30 Oktober.
Dalam pada itu, wakil persatuan mahasiswa universiti tersebut juga turut memberitahu jika mana-mana pihak ingin mengambil gambar atau merakam video persembahan AESPA, mereka perlu membuat permohonan sah dan izin, perjanjian yang ditandatangani, dan perjanjian pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pemohon.
Dilaporkan, permohonan tersebut dibuka bermula 21 sehingga 23 Oktober, namun pihak persatuan mahasiswa CNU menyatakan mereka akan menapis permohonan dan hanya individu tertentu sahaja yang bakal dipilih seterusnya keputusan akan dimaklumkan pada 24 Oktober.
Susulan itu, hal tersebut telah mendapat kritikan ramai pihak terutama peminat AESPA kerana ada yang berpendapat persatuan mahasiswa bukanlah entiti sah berdaftar seperti bank atau organisasi kerajaan yang berhak mengumpul data dan maklumat peribadi.
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kesahihan dan kelayakan persatuan mahasiswa universiti berkenaan dalam mengumpul maklumat peribadi tanpa borang kebenaran tambahan.
Walau bagaimanapun, pihak persatuan mahasiswa CNU berkeras bahawa sebarang peranti rakaman yang tidak diluluskan adalah dilarang sama sekali kecuali telefon bimbit.
Tambahan, mereka juga mengharamkan penggunaan tripod, makanan, tempat letak kaki dan ‘selfie stick’, dan memberi amaran jika mana-mana individu gagal mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikeluarkan daripada acara itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Jang Geun Suk baru-baru ini berkongsi bahawa dirinya telah didiagnosis penyakit kanser tiroid pada tahun lalu dan selamat menjalankan pembedahan dengan hasil yang lebih baik.
Hal tersebut pernah dinyatakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu melalui video di Youtube peribadinya yang bertajuk ‘Hai Ini Jang Geun Suk, Ada Yang Ingin Saya Akui’.
Difahamkan, video tersebut telah dirakam dan dimuat naik dua(2) minggu selepas Geun Suk selesai menjalankan pembedahan dan menyatakan dia tidak mahu berkongsi hal tersebut lebih awal kerana tidak mahu membuat para peminat risau dengan keadaannya.
Kredit: Youtube Jang Geun Suk
Dalam pada itu, agensi Jang Geuk Suk, Craft 42 Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berbunyi,
“Pelakon Jang Geun Suk telah didiagnosis penyanyi kanser tiroid pada Oktober lalu. Selepas mendapatkan konsultasi dengan doktor. Geun Suk segera menyelesaikan sebahagian aktiviti yang dijadualkan.”
Tambah mereka di dalam sebuah kenyataan, “Dia juga sudah menjalankan pembedahan pada bulan Mei dan kini berada dalam keadaan yang baik.”
Sementara itu, Geun Suk berkata, “Saya sudah selesaikan semuanya dengan baik dan keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. Sekarang, saya juga akan lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan dengan menjalankan ujian secara rutin (3 bulan sekali) untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.”
Dalam perkembangan terkini, Jang Geun Suk kembali dalam siri original terbaru Netflix 16 episod yang sudah pun ditayangkan sejak 6 Ogos berjudul ‘The Influencer’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!