
Walaupun sering dilabel sebagai lembut oleh netizen, dua orang cahay mata kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan imej sebenar bapa mereka.
Dalam satu sesi soal jawab bersama Remaja, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra atau lebih dikenali sebagai Cess, mendedahkan bahawa bapa mereka bukanlah seperti yang ramai sangka.
BACA LAGI: “Qadejah Memang ‘Gifted’ Tapi Saya Tak Mahu Dia Terlalu Bangga” – Datin Shahida
Bercerita lanjut mengenai kehidupan keluarga, Ammar turut berkongsi nasihat yang sering diberikan oleh bapanya.
“Jelasnya, dalam sebuah keluarga, sudah tentu akan ada turun naik emosi.
“Ayah cakap dalam hidup ini, bukan sentiasa bahagia bila kita dah berkeluarga. Mesti ada masa kita bergaduh, bergembira, bersedih.
“Kalau nak ada keluarga yang aman dan untuk jangka lama, selamanya, memang kita kena melalui semua tahap-tahap kekeluargaan,” katanya lagi.
Apa yang lebih menarik, kedua-dua beradik ini juga sudah merancang untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga yang dibina oleh Datuk Seri Aliff Syukri.
Menurut Qadejah pula, mereka telah pun membahagikan tanggungjawab dalam bidang perniagaan masing-masing.
“Kami ada pembahagian. Contoh dalam rumah ini kita kena bahagikan dua, satu Ammar punya bahagian dan satu lagi saya.
“Ammar jadi resort, saya jaga produk. Macam itulah, kita kongsi,” ujar Qadejah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.