
Mempunyai cahaya mata yang menghidap Cerebral Palsy Quadriplegia tidak menghalang seorang ayah ini membawa ‘anak syurga’-nya menyertai aktiviti lasak!
Wira Sudepja Rabu baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila menolak anak perempuannya, Nur Wadihan atau lebih mesra disapa Dihan, menggunakan kerusi roda khas sepanjang acara separuh maraton
Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) 2025.Sebuah video yang memaparkan kasih sayang dan ketabahan Wira menjadi tular di TikTok dan Instagram, menerima pujian ramai dan menjadi inspirasi kepada komuniti pelari serta orang awam.
Wira bukanlah pendatang baru dalam momen sebegini. Sebelum ini, beliau pernah menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM)
dengan menolak Dihan sepanjang 21km, menunaikan janji untuk menamatkan jarak penuh bersama anak kesayangannya itu.Lebih mengagumkan, Wira dan Dihan pernah menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas penyertaan mereka dalam acara duathlon menggunakan kerusi roda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Wira