Sempena tahun baru 2021, lagu kebangsaan Australia akan memiliki versi baharu yang mana sebaris ayat dalam lagu tersebut ditukar bagi melambangkan Orang Asli Australia yang telah lama menetap di negara tersebut.
Pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Scott Morrison itu mengejutkan ramai pihak namun diterima baik oleh seluruh wakil kerajaan. Dengan perubahan ini, Perdana Menteri mengharapkan agar ia berjaya mencipta semangat kebersamaan di anatara seluruh rakyat negara itu.
Untuk pengetahuan semua, Orang Asli Australia telah menetap dan menjadikan negara itu ‘rumah’ mereka sepuluh ribu tahun sebelum ia dijajah oleh pendatang berkulit putih pada kurun ke-18.
Ads
Lagu kebangsaan Australia dinyanyikan dalam bahasa Eora oleh Olivia Fox yang merupakan gadis berketurunan orang asli. Sumber Gambar: BBC
Bait lirik dalam lagu kebangsaan yang ditukarkan adalah dari ‘For We Are Young And Free’ kepada ‘For We Are One And Free’ melambangkan kebersamaan dan negara itu bukanlah muda sebaliknya telah lama didiami oleh Orang Asli. Awal Disember tahun lalu, buat pertama kalinya kumpulan ragbi negara itu menyanyikan lagu kebangsaan di dalam bahasa asli iaitu Eora.
Ads
Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Australia telah melakukan usaha yang lebih dalam mengangkat dan memperakui sejarah Orang Asli dalam mana-mana majlis kebudayaan dan juga politik.
Masuk bulan Rejab, ini amalan dianjurkan ulama dan pesanan Hazwani Helmi untuk persediaan Ramadan yang sering diingatkan kepada umat Islam agar tidak memandang ringan salah satu daripada bulan haram yang dimuliakan ini. Ketibaan bulan Rejab bukan sekadar pertukaran kalendar Hijriah, sebaliknya menjadi titik permulaan latihan rohani sebelum melangkah ke bulan Syaaban dan seterusnya Ramadan.
Bulan Rejab termasuk dalam empat bulan haram yang dimuliakan Allah SWT. Justeru, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah, menjaga adab serta lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan pertuturan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Bulan Haram Yang Dimuliakan Allah SWT
Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Pada bulan-bulan ini, umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan maksiat, mengawal hawa nafsu dan mempertingkatkan amalan kebaikan.
Para ulama menjelaskan bahawa pahala amalan soleh akan dilipatgandakan pada bulan Rejab, dan begitu juga dosa bagi mereka yang lalai serta tidak menjaga batasan. Oleh itu, bulan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai ruang muhasabah diri dan proses pembersihan hati.
Pesanan Hazwani Helmi Tentang Malam Pertama Rejab
Perkara tersebut turut dikongsikan oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi atau nama penuhnya Nur Hazwani Afiqah Helmi menerusi satu hantaran di laman Threads. Dalam perkongsian tersebut, Hazwani menekankan kepentingan menghidupkan malam pertama bulan Rejab kerana ia tergolong sebagai antara malam yang mustajab doa.
Menurut Hazwani, para ulama menganjurkan agar umat Islam memperbanyakkan taubat, istighfar dan doa pada malam pertama Rejab. Pandangan ini selari dengan pendapat Imam Syafie yang menyebut bahawa antara malam yang mustajab doa ialah malam pertama bulan Rejab.
“Tak lama lagi kita nak masuk bulan Rejab, antara bulan haram (mulia) dalam kalendar Islam. Ulama anjurkan taubat, istighfar dan banyakkan doa pada malam pertama Rejab,” tulisnya.
Amalan Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Rejab
Selain amalan pada malam pertama, umat Islam turut digalakkan untuk mengawal dosa dan memperbanyakkan amal kebaikan sepanjang bulan Rejab. Amalan-amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah melatih jiwa untuk memasuki Ramadan dengan lebih bersedia.
Antara amalan yang disarankan oleh para ulama ialah memperbanyakkan puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis serta puasa ayyamul bidh. Amalan berpuasa ini mendidik kesabaran, menenangkan jiwa dan membantu tubuh menyesuaikan diri sebelum ibadah puasa Ramadan.
Sumber foto hiasan : weforum https://www.weforum.org/agenda/2020/04/covid-19-what-you-need-to-know-about-the-coronavirus-pandemic-on-25-april/
Doa Persediaan Menuju Ramadan
Hazwani juga menggalakkan umat Islam untuk membiasakan diri membaca doa yang masyhur menjelang Ramadan, iaitu:
Allahumma barik lana fi Rajab wa Sha’ban wa ballighna Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Doa ini mencerminkan harapan agar diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik serta keupayaan rohani untuk bertemu dan menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan.
Latihan Awal Untuk Ramadan Berkualiti
Perkongsian Hazwani Helmi ini secara tidak langsung membuka mata ramai, khususnya golongan remaja, bahawa persediaan menuju Ramadan tidak bermula secara mendadak. Sebaliknya, ia perlu dilatih lebih awal melalui pengisian rohani, kawalan diri serta usaha memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
Dalam dunia yang sarat dengan hiburan dan gangguan digital, bulan Rejab hadir sebagai peluang untuk memperlahankan langkah, bermuhasabah dan kembali kepada tujuan hidup yang sebenar. Sesungguhnya, Ramadan yang berkualiti lahir daripada hati yang telah dilatih sejak Rejab lagi.
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra, mencuri perhatian warganet apabila secara terbuka menyatakan pendiriannya untuk tidak berkahwin pada usia muda.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, remaja yang baru berusia 15 tahun itu meluahkan bahawa dia kini selesa dengan kehidupannya bersama keluarga tanpa memerlukan sebarang komitmen besar dalam hidup seperti perkahwinan.
“Saya akan duduk rumah ini sampai 30 tahun.
“Saya tak nak kahwin. Baik saya duduk dengan abah, tak payah bayar bil api air. Kalau saya nak baju, saya minta mama,” katanya jujur.
Qadejah turut menjelaskan bahawa perancangannya adalah untuk hanya mendirikan rumah tangga selepas usia 40-an kerana ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu.
“Kenapa saya perlu duduk dengan orang lain kalau saya ada mama dan abah? Saya lebih rela tinggal di sini, belajar dan capai impian dulu.
“Kalau nak kahwin pun tunggulah umur 45 tahun nanti,” jelasnya lagi.
Tambah Qadejah, dia tidak perlukan lelaki untuk membiayai kehidupannya memandangkan bapanya mampu menyediakan segala keperluan yang diinginkan.
“Saya tak rugi pun. Malah saya untung sebab tak perlu keluar duit sendiri.
“Saya tak akan minta lelaki yang saya tak kenal untuk tanggung saya. Kalau nak apa-apa, saya minta dengan abah saja,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang belum pernah melihat pek MILO istimewa ini, where have you been?!
Bermula Ogos lalu, peminat minuman MILO dan peminat K-drama telahpun berkongsi keinginan yang sama buat julung-julung kalinya.
REMAJA sebelum ini pernah melaporkan mengenai perlantikan pelakon Park Seo-joon sebagai ‘Sahabat MILO’ baharu justeru menyertai barisan ikon-ikon Malaysia yang pernah bergabung tenaga dengan jenama minuman coklat berkhasiat itu.
Park Seo-joon.Beg jinjing yang dikeluarkan secara khas sempena perlantikan Park Seo-joon bersama MILO ini.
Seperti yang kami jangkakan, kemunculan wajah pelakon Itaewon Class itu pada pek minuman stik MILO telah mencetuskan fenomena pada jualan yang diterima MILO.
Dengar cerita, sampai ada yang menjual semula pek stik itulah!
Nampaknya, ramai betul yang menyertai Seo-joon untuk mendapatkan kebaikan MILO yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan gabungan vitami serta mineral penting.
Semua kandungan tersebut bukan sahaja enak diminum semata. Malahan, ia juga membantu memberikan lebih tenaga bagi kita semua melangkah lebih jauh.
Untuk pengetauan korang, pek minuman stik dengan wajah Park Seo-joo ini terdiri daripada beberapa variasi termasuklah MILO with Whole Grain Cereal, MILO 3-in-1, MILO Original dan MILO Less Sugar bagi korang yang inginkan minuman dengan 25 peratus kurang gula
Setiap satu pilihan ini membekalkan kandungan tinggi serat, tinggi kalsium dan paling penting – hehe – sedap diminum!
Khabarnya, Nestle Malaysia Berhad kini sedang merancang lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik membabitkan Park Seo-joon untuk merancakkan kempen ini.
Nak tahu apakah ia? Kenalah tunggu!
Sambil itu, cubalah nasib korang untuk mendapatkan pek minuman stik MILO ini sementara ia masih di pasaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!