Berita

Atlet Sepak Takraw Negara Tamatkan Pengajian Dengan Ijazah Kelas Pertama UiTM!

Share

Siapa sangka, di sebalik sibuk menggalas tugas sebagai tonggak pasukan Selangor Pistons dan atlet sepak takraw negara, Zuhri Muhammad Zain tetap berjaya cipta sejarah peribadi apabila menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Lebih manis, graduan berusia 24 tahun itu turut menerima ijazahnya dengan
kelas pertama.


Kejayaan tersebut bukan datang bergolek. Zuhri mengakui ia hasil daripada pengorbanan, disiplin serta semangat juang tinggi dalam membahagikan masa antara komitmen sebagai pelajar dan juga atlet profesional.

Sepanjang tempoh pengajian, Zuhri turut mencatat momen indah apabila membantu skuad negara meraih pingat emas di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.


Bukan itu sahaja, dia juga menjadi sebahagian tonggak utama yang membawa Selangor Pistons kembali bersaing di pentas elit STL 2024, sebelum menamatkan saingan di tempat ketiga pada

Champions Cup 2024.

Dedikasi yang ditunjukkan Zuhri jelas membuktikan atlet negara bukan sahaja hebat di gelanggang, tetapi juga mempunyai wawasan dan potensi besar dalam merencana masa depan mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti 

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Stadium Astro

Published by
Fath