Kalau korang tak nak kena ‘belasah’, jangan sakitkan hati Colleen Augustin – just saying.
Usaha dan minat menjadi pendorong kepada atlet remaja perempuan berusia 21 tahun ini untuk meraih pingat emas pada Kejohanan Terbuka Asia yang berlangsung di Bangkok Thailand, semalam.
Atlet seni bela diri campuran (MMA) itu berjaya menewaskan lawannya dari Khazakhstan, Nurzhamal Sadykova untuk perlawanan divisyen straweight menerusi TKO (technical knockout) pada pusingan kedua.
Ads
Kemenangan ini secara tak langsung menjadikan Colleen wanita Malaysia PERTANA yang pernah memperoleh pingat emas dalam kejohanan bertaraf antarabangsa anjuran IMMAF-WMMAA itu.
Ads
#Respect
Melalui perkongsiannya di akaun Instagram, dia mengakui tak dapat menahan sebak semasa berdiri di atas podium dan mendengar lagu Negaraku berkumandang.
Tambah manis lagi apabila ramai penonton Malaysia yang turut menyanyikannya secara kuat dan penuh bangga.
“Ia betul-betul menyentuh hati saya kerana saya menjadi sebab lagu kebangsaan dimainkan untuk seluruh Asia mendengarnya,” kata Colleen yang juga aktif dalam sukan Muay Thai, kickboxing, Brazilian Jiu-jitsu dan Spartan Race.
Ads
Dia menyambung dengan mengucapkan terima kasih kepada,”MASMMAA kerana memberi peluang untuk saya mewakili negara. Kepada semua penaja yang membantu saya selama ini, kepada jurulatih, rakan sepasukan dan keluarga, terima kasih.”
Congrats girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nasib tidak menyebelahi Firdaus Rahmat apabila dia disingkirkan dari pentas Big Stage musim ke-5 semalam, sekaligus membantutkan perjalanan penyanyi muda tersebut untuk maju ke pentas akhir pertandingan nyanyian tersebut.
Meskipun markah yang diberikan oleh juri terhadapnya lebih tinggi berbanding Putera Muhammad, beliau terpaksa akur dengan takdir penyingkirannya dek kerana markah rendah dari undian penonton di rumah.
Sungguhpun majoriti peminat beliau mempersoalkan sistem penyingkiran pertandingan nyanyian itu , juri tetap Aina Abdul dan Ajai masih kekal dengan pendapat mereka berkaitan isu terbabit.
“Saya tak jangka yang Putera akan menyanyi sebegitu rupa. Manakala berbalik pada Firdaus, kami dah banyak kali tekankan untuk pergi kepada kekuatan tersendiri individu tersebut,
“Kita taknak bandingkan mereka berdua kerana jelas sekali ‘beribu tiang’ perbezaan tersebut, maka ianya akan jadi tidak adil di situ,” jelas Ajai ketika sidang media semalam.
Ahli kumpulan Exists itu juga mengakui bahawa dirinya sendiri tidak terfikir bahawa kedua-dua peserta berbakat tersebut akan melakukan persembahan sebegitu rupa.
Manakala, Aina Abdul yang selama ini turut memberikan pernilaian markah kepada peserta Big Stage musim ke-5 turut mengakui bahawa dirinya agak terkejut dengan persembahan yang dipamerkan oleh Putera Muhammad semalam.
“Saya agak ralat melihat persembahan Putera hari ini ini. Sama ada ianya ingin dilabel sebagai ‘favouritisim’ sekalipun tapi kita harus akui bahawa dia sentiasa berada di kedudukan Top 3 setiap minggu,
“Tetapi seperti yang saya cakap sebentar tadi bahawa rezeki tidak akan salah alamat dan mungkin kita juga boleh mula consider the fact yang Putera sentiasa memberikan persembahan terbaik beliau setiap minggu,” komen penyanyi terkenal tersebut.
Persembahan duet Putera Muhammad bersama Ara Johari.
Pemenang Anugerah Juara Lagu bagi kategori vokal terbaik ini turut bersetuju dengan kemahuan penonton dan melabelkan Firdaus Rahmat sebagai seorang peserta yang berpontensi tinggi namun perlu mengambil masa lebih untuk menunjukkan taringnya kepada mereka di luar sana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Astro Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend sukan berbasikal seperti yang ramai ketahui telah mencapai populariti luar biasa pada tahun ini. Bukan hanya di kalangan remaja Malaysia, malah golongan selebriti juga tidak terkecuali daripada menyertai grup kayuhan masing-masing.
Salah seorang selebriti yang dilihat cukup aktif berbasikal ialah pengacara, pelakon dan penyanyi, Alif Satar.
Justeru, ramai peminatnya yang baru ingin berjinak-jinak dengan sukan berbasikal ini kerap bertanyakan kepada Alif mengenai kos pembelian basikal.
Kadangkala kita terdengar kos basikal sahaja dikatakan boleh mencecah puluhan ribu Ringgit! Betul ke?
“Alif dulu pun beli second hand bike je. Alif ambil basikal (jenis) Boardman daripada Nabil Jefri. Dia masa tu dah tak nak pakai dan nak upgrade ke basikal lain. Aku beli RM2,500 je bro! Dengan kasut entah apa-apa aku beli, tapi aku nak kayuh basikal.
“Kita start small, and then gradually, slowly (beralih ke basikal dan aksesori yang lebih mahal dan memberi impak kelajuan).
“Kecualilah kamu betul-betul meminatinya dan mempunyai duit sehingga RM70,000 untuk dilaburkan pada sebuah basikal. Go ahead,” nasihatnya.
Alif juga menyatakan rasa teruja memiliki sebuah basikal hanya boleh difahami oleh mereka yang meminati sukan ini. Minat tersebut menjadikan mereka ibarat kanak-kanak kecil yang suka membandingkan basikal masing-masing.
Antara negara paling berkuasa untuk revolusi industri 4.0 ini. Bidang teknologi negara China semakin bergerak maju dan patut dicontohi.
Bertujuan mencegah jenayah di China,kini negara yang sangat besar dengan populasi manusia telah ‘revolusi tandas’ yang mana ia dilengkapi dengan sistem yang canggih.
Digelar tandas pintar, pengguna tidak dibenarkan menggunakan atau berada dalam tandas lebih daripada 15 minit.
Tandas pintar ini telah pun disediakan di sekitar bandar Shanghai sebanyak 150 buah. Ia merupakan salah satu pengenalan dalam usaha China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk diimplementasi dalam rutin harian setiap individu di sana.
Memetik laporan SCMP, setiap tandas mempunyai pengesan infra merah yang boleh mengesan keberadaan penggguna sekali gus merekod tempoh masa pengguna di dalam tandas.
Selain sistem berkenaan, tedapat sensor yang akan mengumpul maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air berdasarkan tempoh seseorang berada di dalam tandas.
Sekiranya pengguna ‘meluangkan masa’ lebih dari 15 minit, satu mesej penggera akan dihantar kepada pekerja yang mengendali bahagian itu untuk tindakan susulan. Kami tidak dapat pastikan apakah tindakan susulan yang dibuat kepada pengguna yang melebihi masa.
Sebelum ini, China sudah mengimplementasi tandas awan di sana dengan sistem pengecaman muka untuk tisu tandas. Setiap pengguna akan diberikan sebanyak 40-80 sentimeter tisu tandas selepas wajah diimbas.
Bagus kerajaan China buat revolusi tandas, bila la teknologi ini boleh la diaplikasikan di Malaysia juga baru la tak segan nak masuk tandas awam…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.