
Nama Malaysia kembali mekar di pentas antarabangsa apabila beberapa atlet muda negara berjaya mengharumkan nama tanah air di Temasya Sukan Remaja Asia Bahrain 2025 (Asian Youth Games 2025 Bahrain) yang berlangsung dari 22 hingga 31 Oktober lalu.
Atlet taekwondo Pahang, Tiftany Sia May Sim, membuka langkah cemerlang apabila meraih
pingat gangsa bagi acara Poomsae individu wanita. Kejayaan ini sekali gus membuktikan kehebatan bakat remaja dalam arena sukan bela diri di peringkat Asia.Bukan itu sahaja, pasangan atlet muda Muhammad Amirul Danish dan Putri Zarra Arissa Mohammad Abdul Aziz turut berjaya menyumbangkan pingat gangsa dalam acara Teqball beregu campuran.
Sementara itu, Muhammad Amirul Danish terus membuktikan kehebatannya apabila bersama rakan sepasukan, Muhammad Rahmat, turut merangkul pingat gangsa bagi acara Teqball beregu lelaki
.Bagi kontinjen Malaysia yang diketuai oleh Chef de Mission, Farah Ann Abdul Hadi, seramai 114 atlet dan 42 pegawai telah membawa cabaran negara dalam 17 jenis sukan.
Temasya berprestij ini bukan sekadar medan persaingan sengit, tetapi juga menjadi platform memperkukuh
semangat kesukanan, persahabatan dan aspirasi melahirkan atlet pelapis berwibawa di peringkat antarabangsa.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.