Atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, berdepan detik sukar apabila tangan kanannya terpaksa dipotong susulan kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya yang menimpanya baru-baru ini.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan.

Atlet Angkat Berat Negara, Muhammad Hafizuddin Roslin Hilang Tangan Kanan Akibat Kemalangan

Menurut beliau, Hafizuddin telah selesai menjalani pembedahan. Bagaimanapun, tangan kanannya tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaan pada salur darah dan sistem saraf di bahagian tersebut yang menyebabkan kedua-duanya tidak lagi berfungsi.

Amputasi Dilakukan Demi Menyelamatkan Nyawa

Jelas Ayub, keputusan untuk memotong tangan kanan atlet berusia 22 tahun itu dibuat atas saranan pasukan perubatan bagi memastikan nyawanya dapat diselamatkan.

Ads

Terdahulu, Hafizuddin atau lebih mesra disapa Udin dipercayai terbabas daripada motosikal sehingga mengalami beberapa kecederaan serius, termasuk patah tulang tangan kanan serta kecederaan pada bahagian bahu kanan dan kepala.

Atlet Angkat Berat Negara, Muhammad Hafizuddin Roslin Hilang Tangan Kanan Akibat Kemalangan

Susulan insiden tersebut, beliau turut ditidurkan bagi membolehkan rawatan intensif diberikan sebelum menjalani pembedahan.

Ads

Pernah Cipta Rekod Kebangsaan Dan Sukan Komanwel

Untuk rekod, Udin merupakan antara atlet angkat berat negara yang mencipta pencapaian membanggakan apabila meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Malah, beliau turut mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara snatch menerusi angkatan seberat 162 kilogram, sekali gus memecahkan rekod terdahulu dan melakar rekod baharu Sukan Komanwel dalam kategori berkenaan.

Ads

Semoga Hafizuddin diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses pemulihan.

Atlet Angkat Berat Negara, Muhammad Hafizuddin Roslin Hilang Tangan Kanan Akibat Kemalangan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Stadium Astro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads