Astro X MLBB M6 Carnival: Kemeriahan Dunia Hiburan & E-Sukan Penuh Aksi Menarik, Fnatic Onic Muncul Juara M6 Championship

Share

Berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2024 baru-baru ini, acara terunggul sempena kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 telah diadakan di KL Sports City, Bukit Jalil, menarik minat peminat e-sukan di Malaysia.

Sebagai rakan media rasmi, Astro membawa jenama sebagai Home Of Entertainment Experience, Astro turut membawakan Astro Showcase dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan pentas oleh Naim Daniel, Hael Husaini, The LIMA, Nadeera serta ramai lagi selain sesi beramah mesra.

Personaliti dan pempengaruh media sosial, Shah Zakaria, turut hadir memeriahkan acara Astro X MLBB M6 Carnival.

Personaliti media sosial, Shah Zakaria hadir memeriahkan Astro X MLBB M6 Carnival.

Beliau berkata, “Seronok best! Salah satu sebab utama nak masuk percuma. Bukan setakat itu, pengunjung yang datang pun boleh enjoy dengan showcase daripada Astro dan paling menarik ada banyak booth

untuk korang main game.”

Beliau menambah, “Untuk peminat-peminat Mobile Legends, salah satu sebab utama anda kena hadir adalah ini showcase untuk M6 Carnival dan siap ada pertandingan MLBB World Championship.”

Personaliti media sosial Shah Zakaria ketika ditemui REMAJA.

“Korang boleh tengok semua pertunjukkan booth yang menarik. Lagi satu, kat sini juga ada konsert dengan barisan penyanyi yang cool!”

Shah Zakaria juga menasihati golongan remaja yang berminat dalam bidang e-sukan untuk meneruskan minat mereka sambil menekankan kepentingan pendidikan.

Sementara itu, penyanyi dari rancangan realiti ‘The Hardest Singing Show’, Putera Muhammad, menyokong acara seperti ini dan berpendapat ia dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai e-sukan.

Beliau berkata, “Saya nampak e-sukan kini semakin berkembang dengan baik. Kalau dulu, e-sukan ini orang buat sebagai hobi saja tapi sekarang siap ada tournament di peringkat antarabangsa lagi.”

Putera Muhammad ketika ditemui REMAJA di Astro X MLBB M6 Carnival.
Putera Muhammad di Astro X MLBB M6 Carnival.

Dalam kejohanan MLBB M6 Championship di Axiata Arena, pasukan dari Filipina, Fnatic Onic Philippines (FNOP), muncul sebagai juara.

Impian pasukan negara, Selangor Red Giants, berakhir apabila mereka tewas 3-0 kepada pasukan Indonesia, Team Liquid.

Walaupun begitu, usaha para pemain Selangor Red Giants itu harus dipuji kerana mereka telah menjuarai beberapa kejohanan lain sepanjang tahun ini.

Fnatic Onic muncul sebagai juara kejohanan MLBB M6.

e-Sukan kini mendapat sokongan kukuh daripada kerajaan kerana potensinya dalam memajukan negara di peringkat global.

Sokongan ini membuka peluang kepada atlet muda untuk mencipta nama dan memajukan industri permainan video serta teknologi di Malaysia.

Dengan kerjasama ini, e-sukan dijangka terus berkembang dan menjadi sektor penting dalam ekonomi negara pada masa akan datang.

Pasukan Malaysia, Selangor Red Giants tewas 3-0 kepada pasukan Indonesia, Team Liquid.

Selain itu, Astro X MLBB M6 Carnival ini dihangatkan dengan kehadiran peserta program realiti kecergasan, Maskulin ‘Who’s Your Bro’ seperti Ikmal Amry, Hakimi Noordin, Theebaan G, dan pengulas program tersebut, Hariz Hamdan, di booth Astro yang turut menawarkan promosi Astro One.

Pada hari terakhir, aktiviti di sekitar acara turut dimeriahkan dengan kehadiran personaliti GOXUAN yang popular seperti Joe, Maq, YYY, Kryston serta Isha, Hazeeq Dean, Idan Aedan dan Daniel Cheang.

Pada sebelah petang, perlawanan akhir kejohanan MLBB M6 Championship berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE