
Astro, selaku Home of Live Entertainment, bakal membawa nadi hiburan tanah air ke Negeri Di Bawah Bayu menerusi Festival ULTRA5G U Mobile Cara U Sabah sebuah perayaan muzik dan budaya berskala besar yang menghimpunkan bintang-bintang terkemuka Malaysia dalam satu pengalaman hiburan live yang penuh gaya dan tenaga.
Festival ini menjanjikan pentas hiburan bertaraf premium dengan menampilkan segmen istimewa daripada program ikonik Astro seperti Gegar Vaganza, Big Stage, The Hardest Singing Show
serta Gempak Most Wanted Awards 2026. Setiap kemunculan diraikan bukan sekadar sebagai persembahan tetapi juga sebagai momen hiburan yang dikongsi bersama para peminat.Antara nama besar yang dijangka mencuri tumpuan di Jetty DBKK termasuk Noryn Aziz, Adira, Amir Masdi, Aisha Retno, Kaka Azraff dan Shahrul Kamal, serta dihoskan oleh Munabella.
Tidak terhenti di situ, Festival ULTRA5G U Mobile Cara U Sabah turut menghimpunkan barisan artis popular lain seperti Dolla, Akim, Syamel, Noh Salleh, Elica, K-Clique serta penyanyi kebanggaan Sabah sendiri, Stacy – menjadikan festival ini satu pertemuan eksklusif yang merangkumi pelbagai genre, generasi dan gaya muzik.
Selain persembahan pentas yang mendebarkan, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif di booth
Astro, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara artis, jenama dan komuniti setempat menjadikan festival ini lebih dekat, lebih peribadi dan lebih bermakna.Suasana festival boleh dinikmati sepanjang tiga hari penuh hiburan tanpa henti, dengan acara kemuncak bakal berlangsung di Jetty DBKK, Kota Kinabalu pada 7 dan 8 Februari, bermula jam 6.00 petang.
Paling menarik, kemasukan adalah PERCUMA untuk semua.
Jumpa anda di Festival ULTRA5G U Mobile Cara U Sabah; bertempat di Jetty DBKK, Sabah di mana muzik, bintang dan pengalaman live
bersatu.Untuk pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh, tingkatkan gaya hidup anda dengan Astro One pada harga serendah RM49.99 sebulan, lengkap dengan penstriman sehingga empat peranti serentak. Bagi yang sentiasa bergerak, nikmati hiburan bila-bila masa menerusi aplikasi sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.