
Bumi berdepan situasi getir apabila ada berita yang tersebar luas mengenai sebuah asteroid bersaiz bangunan Burj Khalifa yang akan melintasi Bumi. Ada juga menambah dengan mengatakan ia berpotensi akan berlanggar dengan Bumi esok?

Serius la apa yang akan berlaku pada bumi?
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan ‘asteroid pembunuh’ yang bakal berselisih dengan bumi pada Sabtu, 15 Februari, sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).
Bagaimanapun menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi pada jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi, dimana pergerakkan itu tidak akan menyentuh bumi.

“Tiada bahaya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Pertembungan asteroid seterusnya dijangka berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 selepas asteroid Apophas bersaiz 300 meter menghampiri bumi, namun ia tidak menghentam bumi seterusnya menyebabkan kemusnahan.

So kita sebagai seorang Islam mari la berdoa di hari Jumaat ini agar tiada apa yang buruk akan berlaku pada bumi ini esok…
Sumber: AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada Harapan Nak Melancong, Thailand Tidak Akan Buka Pintu Sempadan Sehingga 2021

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya bila agaknya kerajaan mula membuka pintu sempadan untuk kita ke luar negara. Namun begitu, rentetan daripada situasi COVID-19 yang melanda dunia, negara Thailand nampaknya tidak akan membuka pintu sempadan bagi pelancong antarabangsa sehinga tahun 2021.

Menurut Timbalan Gabenor bagi Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya, masih belum ada perbincangan bila sempadan negara Thailand akan dibuka bagi tujuan pelancongan ketika membincangkan dalam mesyuarat mingguan nasional COVID-19.
Tambahnya lagi, kerajaan Thailand sangat berhati-hati untuk membuka semula sempadan negara dan mensasarkan Thailand tidak akan menerima kedatangan pelancong sekurang-kurangnya sehingga tahun 2021.

Hal ini memberi tekanan hebat kepada industri pelancongan Thailand dan menjelang sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina nanti juga mungkin akan terjejas kerana tiada kemasukan daripada pelancong luar.
Khabarnya, buat masa sekarang kerajaan Thailand hanya membenarkan individu seperti diplomat, pegawai Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli perniagaan, pelabur, kru filem, filem asing, petugas pameran dan pemegang visa Thailand Elite.
Walau bagaimanapun, setiap individu dari luar negara yang memasuki Thailand perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

Hm, kalau ada yang dah mula berangan-angan nak ke Thailand tu, simpan dulu harapan korang tu ya. Hiks!
Namun begitu, kami rasakan ini adalah satu tindakan yang bijak. Biarpun, ia memberi kesan kepada industri pelancongan, tetapi setidak-tidaknya ini sebagai salah satu cara untuk mencegah wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Sumber: thethaiger.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Promosi Diskaun Menarik Yang Korang Boleh ‘Grab’ Sempena Hari Malaysia Esok

Seperti biasa bila tiba sambutan hari istimewa di negara kita, banyak promosi diskaun yang menarik ditawarkan, terutamanya makanan dan minuman di restoran-restoran terkenal.
Sempena Hari Malaysia yang bakal disambut esok (16 September), ada beberapa promosi menarik yang boleh korang nikmati. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Xing Fu Tang

Promosi beli 2 percuma 1 sempena Xing Fu Tang’s Malaysia Day Special Deal! untuk beberapa minuman pilihan. Promosi ini berlangsung bermula 14 September sehingga 27 September 2020.
2. Texas Chicken

Set 2 ketul ayam goreng (original/spicy) bersama dengan minuman dijual dengan harga RM7.90 sahaja. Harga asal adalah RM14.90 dan promosi ini hanya sah pada 16 September 2020 di semua cawangan Texas Chicken kecuali Genting Highlands dan gateway@klia2.
3. A&W

Set hidangan Chicken Burger bersama kentang goreng bersama minuman dengan hanya berharga RM9.90 sahaja. Promosi sah bermula sekarang sehingga 30 September 2020 di semua cawangan A&W seluruh Malaysia
4. Godiva

Dapatkan 3 pilihan terdiri Softserve/Chocolixir Hot Chocolate/Self Treats dengan harga hanya RM63. Promosi sah bermula 10 sehingga 20 September 2020 dan hanya boleh didapati di cawangan Genting Highlands Premium Outlets
5. The Coffee Bean & Tea Leaf

The Coffee Bean & Tea Leaf menawarkan seleksi minuman terpilih dengan harga hanya RM6.30. promosi berlangsung pada 15 dan 16 September 2020 dan minuman terpilih adalah Passion Fruit, Peach Jasmine flavored Cold Brew Sweet Teas & Sparkling Cold Brew Teas
6. Wall’s Ice Cream

Dapatkan Malaysia Day Edition Ice Cream Mug edisi terhad hasil rekaan Loka Made secara percuma dengan setiap pembelian dua aiskrim Wall’s 750ml sehingga stok masih ada. Promosi ini hanya sah di AEON, AEON Big dan Giant
7. Burger King

Menawarkan Family Feast Set Meals untuk 4 orang makan pada harga RM20 sahaja. Promosi bermula sekarang sehingga 30 September 2020.
8. KFC

Sempena Hari Malaysia, KFC menawarkan diskaun RM6.30 dengan pembelian minimum RM25. Bagi mendapatkan diskaun ini, korang perlu menggunakan kod promo (MERDEKA63) dan hanya sah digunakan menggunakan aplikasi serta laman web rasmi KFC.
9. Auntie Anne’s

Promosi yang berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan ini, bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2020 menawarkan pembelian 2 jenis perisa Auntie Anne’s Stix dengan harga RM10 sahaja. Sah disemua cawangan kecuali KLIA2
Jangan lepaskan peluang, jom grab promosi ni sempena hari cuti esok. Hiks!
Sumber: Penang Foodie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Pakaian Kontinjen Sukan Olimpik Paris 2024, Negara Mana Paling Stylo!

Pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.
Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Puas Hati Baju Kontinjen Malaysia Buruk! Rakyat Malaysia Serlahkan Kreativiti Re-Design Baju Di Media Sosial
Jom kita lihat rekaan pakaian dari 10 buah negara lain, stylo tak?
Perancis

Menandatangani kontrak dengan jenama Le Coq Sportif untuk atlet Olimpik dan Paralimpik, Perancis mengambil tema warna biru dan rona-rona pada benderanya. Nampak elegan dan eksklusif kan?
Kanada

Nampak gah dan bertenaga, itu yang terpacul di fikiran penulis bila menatap pakaian atlet Olimpik Kanada ini. Mahu atletnya berbangga di atas podium, Kanada mengambil inspirasi corak daun maple dengan menggunakan material yang menyerap peluh. Lawa kan?
Amerika Syarikat

Mendapat kerjasama dari label terkenal Ralph Lauren, team Olimpik Amerika Syarikat tampil bergaya dengan busana yang ikonik diinspirasikan daripada bandar tuan rumah Paris yang dinamik dan bertenaga. Palet rona palet merah, putih dan biru daripdaa bendera pula menyatakan kekitaan dan semangat berpasukan.
Sekadar info, Ralph Lauren bertanggungjawab mereka pakaian untuk temasya itu sejak Olimpik Beijing 2008 lagi.
Sepanyol

Jenama Joma melancarkan koleksi pakaian rasmi yang akan dipakai oleh atlet Sepanyol di Olimpik Paris 2024.
Mengampil warna merah dan kuning daripada bendera sebagai warna utamanya, Joma turut menggunakan fabrik mesra alam seperti poliester yang dikitar semula dan kapas organik serta menggunakan teknik pewarna tanpa bahan kimia.
Afrika Selatan

Hijau dan kuning daripada benderanya menjadi warna asas pakaian atlet Olimpik dari Afrika Selatan. Rekaan eksklusif itu sebagai menampilkan beberapa mercu tanda negarannya, flora, fauna dan alam semula jadi yang terdapat di landskap Afrika Selatan.
Jepun

Jepun tidak hanya menampilkan pakaian yang indah buat atletnya, ia khabarnya dilengkapi ciri untuk menyekat kamera inframerah.
Jenama besar, Asics dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan rekaan yang tidak hanya eksklusif, malah selesa dan stailo.
Pakaian yang mengambil rona asas merah dan putih daripada benderanya itu diinspirasikan oleh Perancis sebagai pusat matahari terbit dengan menggunakan 34 peratus bahan kitar semula.
Korea Selatan

Mereka khas pakaian seragam terdiri daripada sejumlah 13 item, The North Face of Eternity Outdoor menyediakan busana yang ringan dan boleh bernafas yang sekali gus membantu atlet negara itu mempamerkan prestasi terbaik.
Menggunakan bahan kitar semula botol PET pada sesetengah helaian, ia menampilkan rona putih, biru, merah dan hitam pada benderanya.
Thailand

Stailo habis! Thailand menampilkan pakaian atlet Olimpik Paris 2024 yang sangat menawan.
Atlet badmintonnya, Sapsiree Taerattanachai, menggayakan rupa baharu pakaian yang menampilkan warna biru, putih dan merah.
Australia

Ringkas tapi nampak smart, boleh dikatakan busana atlet Australia ke Olimpik Paris 2024 ini sangat menyerlahkan identiti tanah air mereka!
Dilancarkan Mac lalu, Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) dan ASICS, rakan kongsi kasut mengetengahkan skema warna hijau dan emas, cetakan Orang Asli dan corak anak panah yang dikenali sebagai Japonism yagasuri.
Great Britain

Team Great Britain telah mendedahkan pakaian rasmi bagi Olimpik Paris 2024 yang direka oleh jenama sukan terkenal, Adidas.
Pakaian ini telah menampilkan rekaan simple tapi masih menunjukkan semangat patriotik dengan memaparkan lambang bendera Union Jacks di bahagian lengan.
So mana paling onz!
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

