
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menurut Aliff, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang bapa yang kedekut. Dalam masa sama, dia mahu memastikan Ammar tampil bergaya dan menjaga reputasi sebagai anak kepada seorang ahli perniagaan.
“Kereta mewah supaya nampaklah mewah sikit anak saya. Tak naklah orang fikir anak selekeh, saya seorang sahaja yang ke depan.
“Dulu saya dah penat bising fasal fesyen, seluar dan rambut dia ‘kembang’, tapi bila dia makin besar saya nampak dia ada kemajuan. Sekarang ada gaya sikit. Saya juga nak orang tahu, bapa dia bukanlah seorang yang kedekut.
“Saya tak nak orang pandang ‘anak jutawan tapi dia menyedihkan’. Saya tak nak begitu,” katanya kepada pemberita.
Meskipun hadiah tersebut bernilai besar, Aliff menjelaskan pemberian itu bukan bermaksud dia sewenang-wenangnya memanjakan Ammar.
Sebaliknya, ia sebagai tanda penghargaan atas sokongan anaknya sepanjang perjalanan kerjayanya.
“Asalnya saya dan isteri nak belikan Ammar kereta Honda je. Paling maksimum pun kereta Mercedes lah. Fikir punya fikir, saya nak Ammar ‘enjoy’ zaman muda dia. Ammar punya impian nak beli kereta Perdana, Honda Accord atau Mercedes X-Class.
“Sebagai seorang bapa, saya memang nak nampakkan anak saya hebat. Ketika saya senang sekarang, saya nak anak rasa bersama. Waktu susah nanti, takut saya tak boleh bagi. Kalau mampu beli Axia, Axia sahajalah saya mampu tapi memandang ada kemampuan, saya nak dia seronok hidup sekarang.
“Apa yang saya buat sampai hari ini adalah untuk anak saya juga. Sejujurnya, saya gembira bila tengok dia (Ammar) gembira,” ujarnya lagi.
Kereta sport bernilai kira-kira RM350,000 itu akan digunakan Ammar sebagai kenderaan harian, termasuk untuk ke kolej.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.