Akinat baran, terpaksalah penyanyi yang seorang ini raikan ambang merdeka di dalam lokap.
Desas-desus seorang penyanyi remaja yang juga merupakan komposer berbakat direman polis mula kencang tersebar selepas kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis sendiri, lewat petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, artis berusia 21 tahun itu telah direman selama empat hari sehingga Ahad ini atas isu memaki dan menumbuk seorang pekerja stesen minyak di Ampang, semalam.
Kata beliau kepada rakan media di Sinar Harian, “Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.”
Tambah beliau lagi, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di mana penyanyi tersebut menghampiri seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang menyusun barang di kaunter.
Ads
“Semasa lalu di sebelah mangsa, suspek tiba-tiba bertindak menumbuk dada mangsa selain menarik baju serta memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh,” kata beliau.
Amboi, amboi.. Baran nampak.
Nasib penyanyi itu bagaimanapun kurang bernasib baik.
Ads
Kira-kira lima minit kemudian, kenderaan peronda polis tiba di lokasi kejadian dan meminta kad pengenalan suspek serta rakannya di dalam kereta.
Bagaimanapun, penyanyi itu enggan memberi kerjasama dan dengan nada marah mempertikaikan kuasa polis memeriksa dirinya serta meminta kad pengenalan.
Alamak, salah langkah lah. Mana tidaknya, susulan itu, dirinya telah ditahan dan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
Ads
*
Netizen mulai menjatuhkan spekulasi terhadap beberapa orang penyanyi lelaki remaja tanah air yang berusia 21 tahun.
Kasihan, akibat perbuatan seorang semua penyanyi berusia 21 tahun jadi kecaman.
Lain kali, amarah itu tengok tempat dulu. Janganlah buat sesuatu tanpa bersebab. *facepalm*
Sumber: SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Seorang lelaki Palestin yang pulang menyiram tanaman di khemah sementara di atas runtuhan rumah yang musnah di bandar Beit Lahia di utara Gaza pada 21 Julai 2024. (Foto oleh Mahmoud Zaki/Xinhua)
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Orang ramai cuba mendapatkan bantuan makanan di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, pada 18 Julai 2024. (Foto oleh Mahmoud Zaki/Xinhua)
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
Ahli keluarga Ahmed Shinbari mengambil air di bahagian utara Gaza, pada 17 Julai 2024. (Foto oleh Mahmoud Zaki/Xinhua)
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
Terbaik inisiatif dan usaha petani muda ini dalam membantu jiran dan masyarakat di Gaza untuk teruskan hidup. Moga dipermudakan saudara seIslam kita disana!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tiba musim perayaan di Malaysia, masyarakat kita pasti akan menantikan pelbagai jenis promosi daripada francais. Ada sahaja idea mereka untuk menaikkan semangat kita semua sepanjang sambutan tersebut.
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada 1 Februari ini, antara promosi yang wajib korang ketahui dan rebut adalah daripada McDonalds Malaysia.
Kongsi mereka di media sosial rasmi McDonalds, pelanggan di lorong pandu lalu akan ditawarkan beberapa jenis baucar untuk menu yang ada di sana. Tapi ada syarat-syaratnya tau.
Promosi ini adalah khas untuk pemilik nombor plat kenderaan yang mempunyai nombor berikut pada bahagian belakang; termasuklah nombor 22, 38, 50, 62, 74, 86, 98, 10. Sebagai contoh, jika nombor plat kenderaan korang adalah VGJ 1722 di mana ia berakhir dengan angka 22; itu bermaksud korang layak untuk merebut promosi McDonalds ini!
Terus saja ke kawasan pandu lalu di cawangan berdekatan dengan lokasi korang dari 29 Januari hingga 2 Februari 2022 dan jeritkan ekspresi ‘ROAR!’ bak harimau kepada penjaga pandu lalu tersebut.
Mudah kan untuk dapatkan item percuma dari McDonalds ini? Tapi pastikan korang cepat ya. Ini kerana promosi ini terhad kepada 100 buah kenderaan saja pada setiap hari di setiap cawangan. Jadi jangan terkejut jika pagi-pagi lagi sudah penuh kawasan pandu lalu selama 5 hari ini, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, apa yang paling dikuatirkan orang ramai selain keputusan bekalan makanan, tiada topeng muka, sanitizer mudah terbakar (lol) adalah bil elektrik rumah yang semestinya akan lebih mahal dari bulan – bulan sebelumnya.
Yelah dah terkurung dalam rumah 24 jam, sudah tentu semua peralatan rumah yang mengunakan elektrik juga akan berfungsi selama 24 jam. Adui pening la nak bayar bil elektrik nanti kan. . Tetapi anda tidak perlu risau, dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, korang boleh menarik nafas lega sebabnya boleh mendapatkan diskaun untuk bil bulanan anda.
DISKAUN BIL ELEKTRIK JUGA TERSENARAI DALAM PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI
Korang boleh dapatkan potongan diskaun untuk bil elektrik bulanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah umumkan bahawa diskaun bil elelektrik termasuk dibawah pakej itu. Lebih baik lagi, diskaun yang ditawarkan sehingga 50%. Tetapi ada syarat yang anda kena tahu. Semua perlu berusaha untuk hadkan penggunaan elektrik dirumah ini kerana lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun yang korang dapat.
Kadar diskaun itu sendiri dikira berdasarkan jumlah penggunaan elektrik di rumah anda sendiri. Untuk tahu kadar diskaun yang akan diperoleh oleh pengguna domestik atau kediaman anda, boleh baca di jadual bawah yang telah ditetapkan TNB.
PENGGUNA DOMESTIK TIDAK PERLU MEMOHON
Berdasarkan kenyataan TNB sendiri, Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk diskaun ini kerana ianya diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB ataupun mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 3 September.
Kaedah pengiraan diskaun boleh dilihat didalam paparan yang disediakan berdasarkan laman web TNB.
Alhamdulillah, bersyukurlah kita yang duduk di Malaysia ni kan. Banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dalam masa kritikal akibat Covid-19 ini.