Konsert Noah Live in KL yang melabuhkan tirainya pada Ahad lalu masih menjadi topik perbualan ramai peminat setia kumpulan Peterpan dan Noah yang menanti-nantikan kemunculan mereka di ibu negara.
Ramai juga kelibat selebriti tempatan dilihat menghadiri konsert yang dilangsungkan di Zepp KL itu demi menyaksikan Noah mendendangkan 16 buah lagu termasuklah beberapa lagu popular yang dibawakan oleh Peterpan.
Ini termasuklah bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Zeera Azizi yang menghadiri konsert tersebut bersama adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Neera Azizi.
Cuma apa yang membezakan mereka berdua ini dengan selebriti serta penonton lain adalah mereka berjaya mendapatkan tiket percuma daripada vokalis Noah sendiri, Ariel!
Menerusi hantaran yang kini tular di akaun TikTok Zeera, dia yang kini kembali bergelar pramugari di sebuah syarikat penerbangan komersil telah berkongsi paparan tangkap layar mesej daripada Ariel yang menyerahkan tiga tiket konsert kepadanya.
“Hi Zeera, got your 3 tickets. Nanti ketemu sama dia di venue sekitar pukul 7.30 malam,” tulis Ariel menerusi DM di Instagram.
Peluang tersebut tidak dilepaskan oleh Zeera sekaligus dapat bertemu Ariel dan ahli kumpulan Noah lain di belakang pentas dengan menggunakan pas ‘GUEST’.
“Alhamdulillah, rezeki. Harap dapat jumpa Noah lagi pada tahun hadapan.
Ads
“Saya simpan sini untuk kenangan terindah,” catat si tinggi lampai ini.
Biasalah, bila ramai yang tidak mendapat peluang yang sama untuk menonton Noah secara langsung; ruangan komen pada hantaran tersebut dihujani dengan komen berbaur cemburu.
Malah ada yang merasakan pemberian tiket secara percuma ini tidak adil. Eh, begitu pula.
“Arghh tak fairrrr.”
“But how can?!! Urghhhh bestnya famous. I hardcore fans boriel kot haihzzz.”
Ads
“Hmm thanks buat i jeles.”
“Share ayat macam mana nak dapat tix free.”
“Ok next konsert XPDX aku nak DM Mael buat sama.”
Ada juga secara berseloroh mengatakan ingin menghantar mesej ke DM penyanyi jelita dari Indonesia, Mahalini Raharja yang juga merupakan kekasih Rizky Febian. Ia dibalas semula oleh Zeera dengan ucapan ‘goodluck!’.
Tidak kurang juga yang gembira di atas rezeki yang diterima oleh Zeera dan dua lagi jemputan yang menerima tiket percuma itu.
Terdahulu, Zeera pernah tular setelah dapat menyaksikan pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo secara ‘live’ di stadium Old Trafford pada Mac lalu.
P.S: Ariel dan ahli kumpulan Noah memang tak tua-tua ya wajahnya. Kekal je awet muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Populariti yang dimiliki oleh francais filem Marvel pada waktu ini membuatkan ramai pelakon terkenal antarabangsa yang ingin sekali melibatkan diri sebagai salah satu karakter baharu yang akan muncul dalam filem akan datangnya.
Nampaknya, selebriti paling ‘latest’ yang disahkan akan menyertai keluarga besar Marvel Cinematic Universe selepas ini ialah penyanyi dan pelakon Dunkirk, Harry Styles!
Mengikut laporan New York Post, karakter Harry rupa-rupanya telah diperkenalkan dalam babak ‘post credit’ filem Marvel yang baru saja memulakan tayangan perdana di New York iaitu The Eternals.
Khabar angin itu bertambah kencang apabila wartawan Variety, Matt Donnelly yang sempat menghadiri tayangan perdana The Eternals mengesahkannya menerusi ciapan berbunyi, “Pendedahan besar daripada tayangan perdana #TheEternals – – Harry Styles telah menyertai MCU sebagai Eros, adik kepada Thanos.”
Big reveal from #TheEternals premiere — Harry Styles has joined the MCU as Eros, brother of Thanos.
Thanos digambarkan sebagai musuh terhebat The Avengers setelah dia melenyapkan separuh daripada populasi penduduk dunia dalam filem Avengers: Endgame termasuklah beberapa watak penting MCU seperti Iron Man, Black Widow, Vision dan – well – dirinya sendiri.
Jadi, pengenalan Eros ini akan menjadikan jalan cerita MCU selepas ini lebih menarik untuk ditonton.
Ramai yang tertarik untuk melihat sama ada Harry perlu memakai peralatan teknologi khas seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Thanos, Josh Brolin dahulu.
Mungkin sekali tidak memandangkan watak Eros sebenarnya kelihatan lebih mirip sebagai manusia berbanding adik-beradiknya (walaupun hakikatnya dia bukan manusia).
Dan berbeza denganThanos, Eros ialah watak protagonis dan pernah satu ketika dulu menjadi ahli Avengers.
Sekiranya khabar angin ini benar, ia bakal menjadi filem lakonan Harry kedua setelah dia muncul dalam filem peperangan, Dunkirk pada tahun 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan hanya berbaki satu episod sahaja lagi, drama ‘berhantu’ The Penthouse bakal melabuhkan tirainya pada malam ini di siaran waktu Korea Selatan.
Namun begitu, ada desas-desus yang mengatakan drama bersiri ini bakal disambung pada musim keempat nanti. Biar betul?
Rasanya ramai yang sudah cukup ‘sengsara’ menantikan pengakhiran musim ketiga ini, tup tup dengarnya ada musim empat pula.
Nah, kita tunggu sahaja nanti sama ada khabar angin ini benar atau tidak.
Walaupun di dalam drama ini kebanyakan watak yang dimainkan berseteru di antara satu sama lain, namun disebalik tabir pembikinan k-drama ini, mereka sangat akrab dan menjalinkan hubungan baik sesama pelakon.
Sempena episod akhir The Penthouse 3, banyak foto disebalik tabir (BTS) yang sempat dirakamkan untuk kenangan buat penonton setia siri ini.
Jom kita lihat antara momen-momen disebalik tabir sepanjang penggambaran The Penthouse 3 dijalankan.
Episod terakhir The Penthouse bakal bersiaran pada pukul 10.10 malam ini waktu Korea Selatan dan untuk siaran di Malaysia pula, pada pukul 9.35 malam esok di saluran Astro ONE HD.
Tak sabar rasanya nak menonton kesudahan drama ini. Jangan ada yang mati hidup balik sudahlah ya. Hiks!
Hari ini, heboh di media Indonesia bila mana seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Zakaria, warga desa Keputon Blado, Batang, Jawa Tengah ditemui meninggal dunia di rumahnya dalam keadaan tergantung.
Apa yang sangat mencetuskan misteri, saat mayatnya ditemui sesuatu yang sangat mengejutkan, Zakaria mengenakan kebaya lengkap berwarna putih selain memakai tudung, lagak seperti seorang wanita Muslimah sedangkan dirinya adalah lelaki.
Kejadian menggemparkan ini membuatkan cerita ini heboh dan cepat merebak. Berusia 18 tahun dan merupakan siswa kelas 3 SMK Bandar, remaja ini mengakhiri hidupnya dengan penuh tragis. Merupakan anak kepada pasangan Musafk dan Tarumi ini sejak kecil tinggal bersama datuk dan neneknya.
Tindakan arwah Zakaria mengenakan kebaya putih saat menggantung diri menjadi tanda tanya mengapa arwah berbuat demikianJenazahnya sudah selamat dikebumikan siang tadi
Malah dikatakan dirinya amat ramah menegur jiran tetapi agak pendiam. Malah semalam, dia sempat mengikuti kelas pengajian di kampungnya. Motif dirinya membunuh diri masih tidak diketahui, begitu juga misteri dirinya mengenakan kebaya sambil menggantung diri.
Jenazahnya selamat dikebumikan di kampungnya. Namun misteri mengapa arwah berkebaya kekal menjadi pertanyaan bagi penduduk setempat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.