
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, kembali menjadi perhatian netizen apabila satu video lama di TikTok tular semula, memaparkan kisah sebenar di sebalik tanggapan masyarakat terhadap dirinya.
Dalam perkongsian tersebut, Ardell mengakui bahawa sejak dahulu lagi dia sering berdepan pelbagai tuduhan, termasuk dakwaan kononnya dia seorang pengkid atau lesbian.
Menurutnya, sama ada ketika dia berambut panjang mahupun pendek, pandangan segelintir masyarakat terhadap dirinya tetap tidak berubah.
Meskipun kini sudah berhijab, Ardell berkata masih ada pihak yang menuduh perubahan dirinya itu hanya untuk menutup kisah lama.
“Masih sama, orang anggap saya pakai tudung sebab nak cover daripada isu yang lepas, isu saya suka sesama perempuan,” jelasnya lagi.
Namun begitu, Ardell menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab bukanlah disebabkan oleh persepsi negatif orang lain, sebaliknya lahir daripada keinsafan dan kesedaran dalam dirinya sendiri.
“Sebenarnya saya pakai tudung sebab hati saya sendiri yang nak,” katanya jujur.
Selepas video itu tular, ramai warganet menitipkan doa dan kata-kata semangat agar pemilik nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini terus istiqamah dalam penghijrahannya.
Sekadar info, Ardell Aryana mula berhijab sepenuhnya beberapa tahun lalu dan kini aktif dalam aktiviti kemanusiaan bersama suaminya, pelakon
Nadzmi Adhwa.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.