
Aktres jelita dan bekas naib juara Dewi Remaja 2023, Arabella Allen, mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon dalam naskhah bergenre seram.
Katanya, selain sifat semula jadinya yang penakut, faktor jadual penggambaran yang kebiasaannya dijalankan pada waktu malam turut menjadi sebab dia enggan terlibat dengan produksi sebegitu.
“Tak berani dan takut walaupun saya suka menonton cerita seram tapi tetap tutup mata bila ada babak mengejutkan.
Mungkin saya belum bersedia juga sebab diri sendiri yang nak berlakon, tambahan pula penggambaran cerita seram selalunya pada waktu malam sehingga pagi,” katanya kepada pemberita.
Walau bagaimanapun, Arabella tidak menolak kemungkinan untuk mencabar diri jika satu hari nanti ditawarkan watak dalam karya seram.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.