Aktres jelita dan bekas naib juara Dewi Remaja 2023, Arabella Allen, mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon dalam naskhah bergenre seram.
Katanya, selain sifat semula jadinya yang penakut, faktor jadual penggambaran yang kebiasaannya dijalankan pada waktu malam turut menjadi sebab dia enggan terlibat dengan produksi sebegitu.
“Tak berani dan takut walaupun saya suka menonton cerita seram tapi tetap tutup mata bila ada babak mengejutkan.
Ads
Mungkin saya belum bersedia juga sebab diri sendiri yang nak berlakon, tambahan pula penggambaran cerita seram selalunya pada waktu malam sehingga pagi,” katanya kepada pemberita.
Walau bagaimanapun, Arabella tidak menolak kemungkinan untuk mencabar diri jika satu hari nanti ditawarkan watak dalam karya seram.
Ads
Ads
“Cerita seram macam seronok. Kalau satu hari nanti dapat tawaran, mungkin saya terima dan cuba.
“Mungkin saya boleh cabar diri daripada terlalu memikirkan tentang rasa takut termasuk tentang hal-hal mistik,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi popular dari Indonesia, Dadali Dyrga, tampil berkongsi perancangan terkininya untuk menghasilkan sebuah filem bergenre komedi bersama pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro.
Menurut Dyrga, perbincangan mengenai filem tersebut akan diteruskan pada bulan Mei yang akan datang, dengan skrip dan urusan permit akan diuruskan oleh Shahrol sendiri.
“Saya dah ada perancangan untuk menghasilkan filem dengan YB Shahrol Shiro iaitu bergenre komedi. Bulan lima akan datang kami akan berbincanh semula untuk skrip dan permit juga akan diuruskan oleh YB.
“Selain itu, Insya-Allah kami juga akan buat siri jejalah ke tiga negeri, moga semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, penyanyi lagu popular Disaat Aku Mencintaimu itu juga mendedahkan bahawa Shahrol telah menghubunginya melalui media sosial sebelum mereka bertemu di pentas separuh akhir program Gegar Vaganza.
“YB ‘approach’ saya melalui media sosial sebelum kami berjumpa di pentas separuh akhir Gegar Vaganza.
“Ini serius, bukan sekadar cakap kosong belaka. Ia kerana, saya dan YB Shahrol dah banyak berbincang mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.
Ini merupakan kali pertama Dyrga melibatkan diri dalam dunia lakonan. Meskipun begitu, Shahrol Shiro melihat potensi yang ada pada Dyrga untuk menjayakan karya tersebut.
“Ini pertama kali saya berlakon namun YB Shahrol nampak dalam diri saya ada potensi dalam menjayakan filem tersebut.
“Dia sangat mendorong saya untuk jayakan filem ini, jadi ini adalah kesempatan dan rezeki saya untuk berkarya pula di Malaysia,” jelasnya.
Dyrga turut berkongsi bahawa dia perlu lebih serius dalam bidang lakonan, sama seperti dunia nyanyian.
“Cuma harus lebih serius untuk melakukannya, sama juga seperti menyanyi. Penyanyi bukan hanya menyanyi, tetapi harus memahami makna isi cerita lagu tersebut,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan baru dari JYP Entertaiment ITZY, sudah rasmi mendapat tontonan tertinggi dengan lebih dari 10 juta tontonan untuk artis baru debut dalam tempoh 24 jam muzik video itu dimuat naik pada 10 Februari di laman YouTube!
Ini benar-benar luar biasa untuk artis baru kpop! Jika korang tonton muzik video Dalla Dalla, the next Wonder Girls ini mempunyai aura Blackpink dan 2NE1! Eh, itu dah macam YG Family. JYP kan terkenal dengan kpop comel-comel, manja-manja kan!
Itzy terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang berumur dalam lingkungan, 16 hingga 20 tahun. Yuna, Ryujin, Chaeryeong, Lia dan Yeji tampil dengan konsep seakan-akan Blackpink dengan adunan muzik seakan-akan Wonder Girls bekas girl group milik JYP itu.
Tidak dapat dinafikan, muzik video Dalla Dalla mempunyai identiti muzik kpop yang makin dikenali di mata dunia.
Korang rasa macam mana bila tengok MV ni? Ada vibe Blackpink tak? JYP cuba nak tiru YG ke tu? Tak kisah lah, Remaja berbangga dengan Itzy dan berharap yang terbaik untuk new family member of JYP Nation! Fighting!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, pepatah ini sesuai penulis ibaratkan terhadap kejayaan Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai kejayaannya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.
Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.
Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.
Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.
“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.
“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.
Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”
Tahniah REMAJA ucapkan!
Sumber foto: Instagram Dr Kartini Kamalul Ariffin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!