
Screenshot
Sambutan 1 Syawal 1457 Hijrah atau Hari Raya Aidilfitri bakal disambut oleh rakyat Arab Saudi pada hari Jumaat, 20 Mac 2026.
Menerusi hantaran akaun Inside The Haramain, proses cerapan itu telah dilakukan pada petang 29 Ramadan sekitar jam 5.07 minit waktu tempatan, manakala keputusan penetapan 1 Syawal pula disahkan pada waktu Maghrib kelmarin.
Sehubungan itu, umat Islam di Arab Saudi pada tahun ini perlu melengkapkan ibadah puasa selama 30 hari.
“Bulan Ramadan akan genap 30 hari esok dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.”
Difahamkan juga, solat sunat Aidilfitri dijadual akan berlangsung 15 minit selepas matahari terbit pada Jumaat di Masjid Al Haram kira-kira jam 6.39 pagi waktu tempatan dan diimamkan oleh Sheikh Usaamah Khayat.
Selain Arab Saudi, dua buah negara di Asia Barat yang turut mengesahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat ialah UAE dan Qatar.
Sementara itu, umat Islam di Malaysia pula akan menyambut perayaan Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026 setelah proses cerapan hilal Syawal dilakukan di beberapa lokasi yang ditetapkan di seluruh negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.