
Kepetahan dan bakat semula jadi Ara Aziz, anak kepada pengarah terkenal Aziz M Osman, memang sejak dahulu lagi mencuri perhatian ramai.
Dari kecil lagi, gadis berusia 14 tahun ini sudah dikenali dengan kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris di hadapan kamera. Kini, dia membesar sebagai seorang remaja yang semakin matang dengan potensi besar dalam bidang seni.
Namun begitu, keputusan Ara baru-baru ini sedikit mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan menarik diri daripada rancangan
Talk To Manager demi memberikan sepenuh fokus kepada pelajarannya.Difahamkan, Ara kini sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Dalam satu temu bual bersama media, anak ketujuh daripada sembilan beradik ini menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat kerana mahu memberi peluang kepada peserta lain serta menyedari kesukaran untuk membahagikan fokus antara pelajaran dan program.
Keputusan Ara ini menerima banyak sokongan daripada warganet yang rata-ratanya memuji tindakannya kerana mengutamakan pelajaran di usia muda.
Sebelum ini, Ara juga pernah berkongsi minatnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di peringkat universiti.
Bidang itu katanya amat dekat di hati kerana sejak kecil dia tertarik dengan bagaimana otak manusia berfungsi yang penuh dengan misteri.
Sebagai info, Ara ialah anak hasil perkahwinan ketiga Aziz M Osman bersama bekas isteri, Puteri Lily Lokman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.