
Perhatian kepada peminat setia telefon pintar iPhone, Apple baharu sahaja memperkenalkan sebuah lagi peranti terbaharu iaitu iPhone SE 2022. Sebelum ini, peminat gajet telah pun menjangkakan bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone SE 5G dan kini penantian mereka akhirnya terjawab.
BACA: Apple Dijangka Lancar iPhone SE 5G & iPad Air 5G Mac Depan

iPhone SE 2022 hadir dengan cip Apple 15 Bionic yang pastinya menawarkan prestasi pemprosesan lebih baik. Ia turut hadir dengan sistem Touch ID pada bahagian hadapan. Paling menarik, ia disertakan dengan sokongan rangkaian 5G, sekali gus menjadikan telefon pintar ini sebagai iPhone paling mampu milik.

iPhone SE 2022 ini juga mengunakan kamera 12 megapixel dan pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui harga telefon pintar ini kan?
Di Malaysia, Apple menawarkan iPhone SE 2022 pada harga bermula RM2099, peningkatan sebanyak RM100 berbanding harga permulaan iPhone SE sebelum ini.

Hadir dengan tiga variasi warna iaitu Midnight, Starlight dan Red, pra-tempahan untuk pembelian telefon pintar ini dibuka bermula 18 Mac 2022 pada pukul 9 pagi.
So guys, ada yang berminat dengan iPhone SE 2022 ni ke? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama memilikinya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Line Internet Tiba-Tiba Slow, Ini Cara Mudah Mengesan ‘Pencuri’ WiFi Rumah Korang

Zaman sekarang ini ramai manusia yang terlalu ‘bijak’ sehinggakan line WiFi jiran sebelah pun mereka boleh ‘hack’. Tambah pula, dalam waktu pandemik sejak dua tahun lalu di mana ramai yang melakukan kerja dan pembelajaran di rumah.
Bukan semua orang mampu untuk melanggan pakej internet yang laju, malah kebanyakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan internet jalur lebar mengenakan kontrak selama dua tahun bagi perkhidmatan mereka.

Namun, ia bukanlah alasan untuk membenarkan orang lain mencuri line WiFi rumah kita kan?
Sebenarnya, korang boleh mengesan individu yang ‘mencuri’ WiFi dengan mudah. Trik ini telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hafizi Zain, di mana dia menunjukkan cara-cara untuk mengesan pencuri WiFi di rumah.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Muat turun aplikasi Fing di App Store atau Play Store

2. Seterusnya, klik mengikut info yang dipaparkan

3. Kemudian klik ‘scan for device’

4.Korang akan lihat senarai peranti yang tengah connect dengan WiFi korang

5. Kalau ada device yang meragukan, klik ‘remove device’

Bila dah tahu caranya, selepas ini bolehlah korang sering menyemak jika ada peranti-peranti yang tidak berkenaan menceroboh WiFi di rumah korang.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Sebab Cool Yang Membuatkan Pelajar Nak Pilih Pelan Data redONE

Macam mana nak tahu sama ada syarikat telekomunikasi tersebut mampu memberikan perkhidmatan talian yang terbaik untuk kamu? Lihat je pada setiap pakej tawaran yang diberikan.
Pakej yang REMAJA nak reviu pada hari ini adalah pakej yang ditawarkan oleh redONE.
Semua masalah tipikal pelajar seperti sukar melayari internet, media sosial, memuat turun video atau membuat panggilan dengan kadar rendah dapat diselesaikan sebab pelan redONE Postpaid mempunyai segala kemudahan untuk memenuhi keperluan harian kamu.
Tak percaya? Nah, kami senaraikan 8 sebab cool kenapa pelan data redONE adalah pilihan terbaik.
01
Komitmen bulanan serendah RM8 sebulan
Rebut faedah menjadi pengguna Postpaid dengan hanya RM8 sebulan. Murah kan? Ini pelan paling basic daripada redONE. Kalau rasa nak data banyak sikit, langgan pelan Amazing38. Dapat 8GB data 4G LTE dengan panggilan percuma ke semua rangkaian.
Nak lebih lagi? Langgan Amazing68 dan dapatkan 30GB data. Call pun FREE je ke telco lain.
Berbaloi tau!

.
02
Rangkaian liputan terluas
redONE mempunyai rangkaian liputan terluas di Malaysia dengan kelajuan 4G LTE. Kamu boleh bergerak bebas ke mana sahaja tanpa perlu risau tentang masalah coverage telefon pintar. Dalam hutan pun dapat line tau.
.
03
Senarai hitam diterima
Individu yang disenarai hitam atau mempunyai masalah dengan syarikat telekomunikasi lain boleh mendaftar sebagai pengguna redONE Postpaid. Tak perlu lagi gunakan talian prepaid. Masih dapat nombor baru dan langgan pelan yang terbaik!

.
04
Panggilan percuma tanpa had antara pengguna redONE
Bila langgan pelan redONE postpaid, kamu automatically dapat buat panggilan percuma kepada semua pengguna redONE Postpaid yang lain. Lagi best kalau keluarga dan kawan-kawan kamu juga menggunakan talian redONE Postpaid sebab boleh call je pada bila-bila masa, tak perlu risau bil telefon tinggi!
.
05
Value-Added Services (VAS) Yang Best!
Kadang-kadang tu sebagai pelanggan, kita perlukan booster untuk jadikan pelan kita lebih baik. redONE ada lima Value-Added Service (VAS) atau Perkhidmatan Tambahan yang kamu boleh add-on pada bila-bila masa.
- Tambah redCALL untuk dapatkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Lepas ni dah tak perlu risau caj tambahan sebab call FREE je ke telco lain. Hanya RM10 sebulan.
- Tak boleh survive jika tiada media sosial? Jangan risau. Langgan redSOCIAL, hanya RM10 sebulan untuk dapat 10GB data 4G LTE. Boleh guna di platform Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat.
- Hidup sunyi tanpa muzik? Kasihan..add on lah redMUSIC. Hanya RM5 je sebulan. Murah gila! Nanti dapat data tanpa had untuk dengar lagu-lagu di saluran radio online.
- Kalau kamu jenis kaki tengok wayang dan drama Korea boleh langgan redVIDEO! RM10 je untuk 10GB data 4G LTE khas untuk strim video di saluran-saluran terpilih seperti YouTube, Neflix, iFlix dan banyak lagi.
- Yang masih old school dan suka hantar SMS tu bolehlah langgan redSMS. RM10 je pun sebulan untuk SMS tanpa had ke redONE Postpaid dan 100 SMS ke semua rangkaian lain
06
Satu kadar panggilan rata untuk semua!
Kalau kamu tak mahu langgan redCALL, jangan risau bil melambung sebab buat panggilan ke telco lain. Hanya 15 sen seminit je untuk buat panggilan ke rangkaian lain di Malaysia. Harga tak berubah-ubah sebab redONE tawarkan satu kadar rata dengan caj talian terendah untuk semua penggunanya.

.
07
Kadar IDD yang kompetitif
Panggilan dalam Malaysia murah je.
Kalau nak buat panggilan ke luar negara macam mana pula? Haa…Rindu nak borak dengan keluarga atau rakan-rakan yang tinggalkan kamu untuk pergi bercuti ke luar negara? Jangan risau. Kadar panggilan IDD redONE sangat berpatutan. Buat saja panggilan ke mana-mana negara luar dengan harga yang kompetitif.
.
08
Dapat mengawal perbelanjaan
Dengan menggunakan pelan ini, kamu tahu apa yang kamu bayar dan tiada bil yang mengejutkan bakal diterima oleh pengguna redONE Postpaid. Kamu cuma perlu bayar apa yang kamu guna tanpa caj-caj tersembunyi.

Kini, kamu tidak perlu lagi pening kepala untuk memilih pelan data mana yang sesuai bagi keperluan harian. Paling penting, harga yang ditawarkan juga berbaloi-baloi dengan setiap perkhidmatan yang diberikan. Kalau nak langgan sekarang, boleh lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my!
*
Sebagai Rakan Telekomunikasi rasmi pencarian Dewi Remaja 2019, redONE berharap agar kesemua finalis mampu memajukan diri dengan menggunakan teknologi yang ada, termasuklah dengan memiliki rangkaian internet pantas dan berbaloi seperti redONE.

Maklumlah, zaman kini semuanya di hujung jari. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Dengan memiliki pakej berbaloi daripada redONE, segala rutin harian finalis kini menjadi lebih mudah dan cepat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Ramai mengeluh bila storage handphone mula penuh, lebih-lebih lagi si kaki selfie yang gila bergambar.
Cukup potong ‘stim’ bila tengah syok bergambar atau buat video, tetiba dapat notification ‘Storage Almost Full’. Time tu la korang nak kena decide gambar mana yang perlu dibuang. Tapi, berat sungguh hati nak delete gambar-gambar yang ada dalam phone tu kan?
Jangan risau gaiss. Ada satu cara yang pengguna iPhone boleh buat tanpa memerlukan sebarang kos untuk tambah storage.
Macam mana nak buat? Ikut je step yang telah dikongsi oleh Rebonz Malaysia ini.
Step 1

Buka Setting, lepas tu pilih general dan kemudian, pergi ke iPhone storage
P/S: Korang boleh check storage yang tinggal dulu sebelum follow step 1 ini untuk bezakan berapa banyak storage yang korang ada sebelum dan selepas menggunakan cara ini.
Step 2

Scroll ke bawah dan pilih app mana yang paling banyak ‘makan’ storage korang. Lepas tu, tap saja di app tersebut.
P/S: Instagram antara app yang paling kuat makan storage.
Step 3

Delete app, kemudian download balik app tersebut.
P/S: Make sure korang ingat password IG sebab lepas install semula, kena log in macam biasa.
Step 4

Download google photo dekat app store. Korang boleh klik di sini untuk terus download, dan buka app tersebut.
Step 5

Kemudian, sign in Gmail dan pilih sama ada nak high quality (storage tanpa had) atau nak original (ada limit).
Lepas tu, pilih nak guna mobile data atau guna wifi je untuk upload gambar ke google photo ni. Cadangan kami, pilih je guna wifi sebab kalau gambar ada beribu dalam phone, boleh habis mobile data korang tu.
Kalau guna wifi, semua gambar dalam iPhone tu automatik terus backup dan upload ke google photo. Kalau wifi 100mbps, 200 gambar tak sampai dua minit pun dah settle.
Tip: Kalau korang nak cepat upload semua gambar, jangan keluar daripada app tu.
Step 6

Selepas dah selesai upload semua gambar, nanti korang akan nampak backup complete dan korang boleh tap dekat tiga line di atas tu
Step 7

Pilih free up space. Ini adalah untuk korang delete semua gambar dalam iPhone. So, kalau rasa nak selfie banyak-banyak, korang boleh kosongkan gambar yang ada dalam iPhone dan simpan dekat google photo ni.
Step 8

(Cara untuk download gambar yang dah delete ke dalam iPhone semula)
Kalau korang tiba-tiba nak balik gambar yang dah di delete tu, korang boleh pilih mana-mana gambar yang korang nak download dan tap dekat tiga titik sebelah kanan.
Step 9

Tekan download. Then, selesai.
P/S: Kalau gambar ni ada dalam iPhone (butang download tu takkan ada. So, make sure gambar yang korang nak download tu memang tak ada dalam iPhone korang)
Semoga perkongsian ini boleh membantu menyelesaikan masalah tak cukup storage iPhone korang ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


