
Tidak dinafikan iPhone SE antara yang menjadi pilihan ramai kerana harganya yang agak rendah dan mampu milik. Tidak seperti iPhone yang lain, keluaran SE ini boleh didapati dengan harga bawah RM2,000.
Terdahulu, iPhone SE 2020 antara yang paling terkini keluaran Apple namun tidak mempunyai rangkaian 5G. Kemudahan 5G hanya bermula dengan model iPhone 12 mini dan iPhone 12.

Namun begitu, Nikkei melaporkan Apple hanya akan menawarkan iPhone dengan sokongan rangkaian 5G sahaja bermula tahun 2022. Perkara ini akan dilakukan dengan kemaskini kepada iPhone SE yang bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G pada tahun hadapan.
Menurut laporan Amanz, Apple akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada pertengahan tahun 2022 dan hadir dijana berasaskan cip Apple A15. iPhone SE 5G tersebut akan menggunakan cip Qualcomm X60 untuk modem 5G pada peranti berkenaan.

iPhone SE 5G ini juga dijangka menawarkan rekaan lebih kurang seperti iPhone 8, dilengkapi dengan panel 4.7 inci LCD.
Wah, kalau macam tu besar jugalah saiz model terbaru iPhone SE itu nanti. Cuma harganya masih belum diketahui lagi. Adakah masih boleh didapati dengan harga bawah RM2,000? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telegram Bakal Perkenalkan Paparan Iklan & Features Berbayar Kepada Pengguna

Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Terbaru, khabarnya aplikasi Telegram ini bakal melancarkan perkhidmatan berbayar bermula tahun hadapan.
Menurut aplikasi tersebut, Pavel Durov menyatakan bahawa keputusan yang dibuat ini adalah kerana syarikat mereka memerlukan dana ratusan juta setiap tahun untuk mengekalkan perkhidmatannya kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan berbayar ini hanya merangkumi ciri khusus menggunakan kaedah paid features dan servis mesej masih lagi secara percuma. Mereka mungkin akan memperkenalkan kaedah penjanaan wang dan sistem iklan.
Dengan cara ini, pihak mereka dilihat mampu melancarkan pelbagai ciri lain dan mampu untuk menampung jumlah pengguna aplikasi lebih ramai.
Telegram kini mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif sejak ia dilancarkan tujuh tahun lalu dan hampir semua perbelanjaan untuk menampung kos operasi dibiayai dengan wang poketnya sendiri. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya mereka memerlukan kaedah baru untuk menjana pendapatan.
Aplikasi ini juga antara yang sangat popular digunakan oleh pengguna kerana ciri keselamatannya yang mengandungi mesej terkod dan mengelakkan pihak ketiga menceroboh atau membaca sebarang perbualan antara pengguna.
Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya tidak kisah jika perlu dicaj asalkan harganya tidak mahal dan berpatutan.




Apa-apa pun, caj berbayar ini adalah untuk paid features dan jika korang menggunakan aplikasi ini hanya untuk mesej saja, ia adalah secara percuma.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Fungsi Yang iOS 13 Tiada, Tapi Ada Pada Android

Sebelum ini kami ada menyenaraikan fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada iOS 13 seperti yang telah diperkatakan pada acara WWDC 2019 yang lepas.
Baca artikel: 16 Fungsi Menarik iOS 13 Yang Pengguna Apple Kena Tahu
Namun begitu, menurut portal amanz.my, selepas seminggu menggunakan iOS 13 Beta, mereka menyedari sistem operasi yang digunakan pada iPhone dan iPod ini masih mempunyai beberapa kekurangan berbanding Android.
Wah, biar betul?
Jom kita lihat perkongsian mereka tentang 13 fungsi yang pengguna mahukan tetapi tiada pada iOS 13 Beta.
1. Tiada sokong split-view
Sokongan ini telah melancarkan dua aplikasi serentak pada Android sejak diperkenalkan pada Samsung Galaxy Note 2 hampir 7 tahun yang lalu. Pada peranti iOS, hanya iPad menyokong multi window mode yang diberi nama split-view sejak iOS 11 lagi. Sokongan yang sama tidak ada secara natif pada iPhone. Dengan skrin iPhone XS Max sebesar 6.5″, fungsi ini sepatutnya disokong kerana ruang paparan yang besar.
Sebagai perbandingan Note 2 hanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan telah diperkenalkan hampir 7 tahun yang lalu. Setelah melihat betapa bergunanya Split-View pada iPadOS, kenapa ia tidak disokong pada iPhone milik peribadi?

2. Tiada Face ID pada kedudukan landskap
Kalau korang buat kerja atau menonton video menggunakan iPhone, peranti terkunci pada posisi landskap. Kalau nak unlock korang terpaksa mengembalikan iPhone XS ke posisi menegak bagi membolehkan Face ID mengimbas wajah. iOS 13 masih tiada sokongan Face ID secara landskap.
iPad Pro 11” dan 12.9” boleh melakukan unlock tanpa mengira orientasi peranti. Jadi kenapa iPhone X, XR, XS dan XS digunakan pada iPad Pro. Sistem imbasan wajah 3D pada Huawei Mate 20 Pro pun boleh di unlock tanpa mengira orientasi sejak hari pertama dilancarkan.

3. Tetapan kamera masih perlu diubah dari settings
Dengan menekan ikon Bluetooth dan WiFi, pengguna boleh terus mencari aksesori atau WiFi yang digunakan dengan pantas. Namun begitu, iOS masih belum mengubah proses melakukan tetapan kamera.
Contohnya untuk mengubah mod rakaman dari 1080P 60FPS ke 4K 60FPS, ia masih perlu dilakukan pada skrin Settings. Pengguna keluar dari aplikasi kamera terlebih dahulu. Walhal, jika Android nak mengubah tetapan kamera boleh dilakukan terus daripada aplikasi kamera.
4. Tambatan dua aksesori audio Bluetooth serentak
Galaxy S10 boleh menambat dua fon kepala kepadanya serentak dan dapat membezakan kualiti audio menerusi fungsi Dual Audio kerana fungsi Bluetooth 5.0 telah disokong sejak Galaxy S8.
iOS 13 memperkenalkan sokongan tambatan dua aksesori audio nirwayar tetapi hanya untuk Apple AirPods dan Powerbeats Pro yang dilengkapi cip Apple H1. Tambatan aksesori audio lain tanpa cip ini tidak disertakan pada iOS 13.
5. Tiada sokongan FLAC
Masih tiada sokongan untuk fail FLAC (Free Lossless Audio Codec) dan hanya menyokong format ALAC (Apple Lossless Audio Code) yang memerlukan filem FLAC diubahsuai menggunakan perisian lain terlebih dahulu.
Manakala Android pula, sokongan FLAC telah diberikan secara natif sejak Android 3.1 Honeycomb dilancarkan pada 2011.
6. Masih tiada tatapan aplikasi default
Agak mengejutkan apabila verso ke-13 sistem operasi ini masih tidak membenarkan pengguna menetapkan aplikasi pilihan untuk pelayar web.
Jika dilihat pada sistem Android pula, terdapat skrin khas untuk memilih pelancar, pelayar web, pembantu maya, dompet digital dan banyak lagi. Apple masih memaksa penggunaan aplikasi mereka sebagai default walaupun korang tidak mahu menggunakan Safari sebagai pelayar web.

7. Fungsi NFC masih terhad berbanding Android
Dengan iOS 13 Apple mula membuka sistem NFC yang boleh dibaca oleh peranti. iPhone boleh membaca kad pengenalan di Jepun dan Jerman. Di United Kingdom pula sistem ini boleh membaca passport. Malah, dibeberapa bandar tertentu, sistem NFC iPhone sudah boleh digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan dan ganti kepada kad matriks universiti.
Pengguna Andorid sudah terbiasa menambat fon telinga nirwayar atau kamera digital menerusi sentuhan NFC yang pantas. Jauh lebih pantas dan mudah berbanding perlu ke skrin tetapan Bluetooth pada iOS 13 sekarang.

8. Fail tidak boleh dipindahkan dari PC ke iPhone
Pemacu mudah alih dan pemacu cakera keras akhirnya boleh dibaca oleh iPhone menerusi iOS 13. Ini memudahkan proses pemindahan dokumen dan gambar di pejabat. Apple mendengar keluhan pengguna iPad Pro yang merungut sokongan storan luaran adalah terhad pada iOS 12.
Tetapi pada masa yang sama sokongan pemindahan data dengan mudah ini tidak disertakan pada pengguna PC. Apabila iPhone dipasang pada PC, pemindahan data dari PC ke iPhone masih tidak boleh dilakukan sama sekali. Satu lagi kekurangan iOS sejak edisi pertama tidak ditambah baik oleh Apple pada iOS 13.
9. Tiada sokongan pemindahan fail ke Android menggunakan Bluetooth
Sistem perkongsian AirDrop adalah yang terbaik boleh untuk pengguna iPhone. Ia turut boleh digunakan untuk menghantar fail ke iPad, iPod dan komputer Mac yang dimiliki. Namun begitu harus diakui majoriti pengguna tidak menggunakan peranti iOS dan sebaliknya menggunakan peranti Android.
Ketika hari raya proses menghantar gambar ke sanak saudara adalah sukar kerana mereka tidak menyokong AirDrop. Penghantaran menggunakan protokol bluetooth ke peranti Android masih tidak wujud pada iOS 13.
10. Tiada sokongan landskap untuk skrin Home iPhone XS Max
iOS 13, masih tiada sokongan mod landskap untuk skrin home untuk iPhone XS Max, XS, XR dan X. Sokongan ini ditarik pada kesemua iPhone dengan Face ID sejak iOS 11 lagi.
Menggunakan skrin home dalam kedudukan landskap amat berguna ketika menonton video atau peranti diletakkan pada pendakap di dalam kereta. Ketiadaan mod landskap untuk skrin home ini adalah memandangkan mod landskap disokong pada skrin Settings dan aplikasi Mail misalnya pada iOS 13 tanpa mengira model peranti.
So, korang pengguna iOS ke Android? Cer komen sikit!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
78% Rakyat Malaysia Habiskan Masa Streaming Atau Muat Turun Video Menurut Facebook

Semakin lama, semakin banyak aplikasi media sosial yang muncul dan dicuba oleh remaja seluruh dunia.
Bagaimanapun, menurut Facebook Malaysia, status mereka sebagai platform media sosial nombor satu di negara kita masih belum tercabar. Tahun ini saja, seramai 1.62 bilion penduduk dunia masih menggunakan Facebook pada setiap hari untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Cer lihat beberapa info baharu yang Facebook Malaysia kongsikan bersama REMAJA menerusi pengarah mereka, Nicole Tan pada hari ini.

01
88 rakyat Malaysia memiliki telefon pintar, negara pertama yang mencapai angka tersebut di dunia. Wow!
02
77.6% rakyat Malaysia menghabiskan masa untuk melayari video (streaming) atau memuat turun video secara online. Nampaknya pada tahun 2020, lebih banyak drama dan filem yang akan muncul di aplikasi online..

03
Sepanjang 2019, lebih ramai yang menggemari untuk memuat naik video di bahagian story dan tidak lagi 'obses' untuk memuat naik status. Mungkin ramai di antara kita yang selesa dengan idea video dan foto di bahagian story akan bertahan selama 24 jam saja.
04
Kita tahu yang ramai memulakan bisnes di platform Facebook. Tetapi, korang tahukah bahawa kita sebagai pelanggan dan pembeli sebenarnya lebih suka berkomunikasi dengan peniaga menggunakan Messenger.
Lebih 20 juta bisnes aktif dilakukan di Facebook Messenger, dan salah seorang daripadanya melibatkan korang!
*
Tahniah Facebook Malaysia! Dan terima kasih kerana menjemput kami ke majlis sambutan Tahun Baru Cina 2020.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

