Apple Bakal Lancar Keluaran Kereta Pertama Pada Tahun 2024

Share

Beberapa tahun lepas timbul khabar angin Apple akan mengeluarkan kereta ciptaan mereka sendiri, namun pada 2016, mereka telah memperkecilkan skop berkenaan dan sebaliknya lebih memberi fokus kepada pembangunan teknologi swapandu dan mungkin melesenkan ia kepada pengeluar kenderaan sedia ada.

Walau bagaimanapun, menurut Reuters, Apple kini sedang membangunkan kenderaan penumpang mereka sendiri dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024. Apple dijangka akan menggunakan sistem swapandu pada kenderaan tersebut, serta dilengkapi dengan teknologi bateri yang serba baru.

Kredit foto: appleinsider.com

Khabarnya, teknologi bateri ini akan membolehkan kenderaan itu dipandu untuk jarak yang lebih jauh berbanding apa yang ditawarkan pada hari ini.

Namun begitu, Apple mungkin menunda untuk memperkenalkan keluaran kereta ini pada sekitar 2025 sekiranya kelewatan akibat penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada pengeluaran.

Kredit foto: wired.com

Hm, tak sabar rasanya nak lihat bagaimana agaknya rupa kereta keluaran Apple ini nanti. Tapi, paling tak sabar kami nak tahu berapa pula harganya. Hiks!

Sumber: amanz.my

IKLAN