Aplikasi MySejahtera Perkenal Fungsi Terbaru, Boleh Check-In Beberapa Orang Sekali Gus

Share

Sejak mengamalkan norma baharu selepas Perintah Pergerakan Kawalan dilakukan beberapa bulan lalu, masyarakat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan aplikasi MySejahtera.

Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, ini adalah antara usaha untuk merekod setiap data pelawat yang mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya berlaku sebarang kewujudan wabak pandemik COVID-19.

BACA: MySejahtera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Digunakan

Jika sebelum ini aplikasi MySejahtera hanya merekodkan data seorang indvidu sahaja, kini ia telah pun membolehkan korang check-in untuk beberapa orang sekali gus. Kalau korang keluar dengan mak, ayah atau adik-adik yang lain, senanglah dah boleh buat check-in sekali.

Bagaimana nak buat? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia ini.

1. Buka apps MySejahtera dan tekan close untuk turunkan muka check-in. Kemudian, klik more

2. Klik Manage Dependents

3. Masukkan maklumat ahli keluarga yang korang ingin masukkan

Akan Datang

4. Pilih individu mana yang korang bawa

5. Siap!

Nanti sekiranya nak check-in, korang akan ditanya sama ada ingin check-in bersama atau tidak. Mudah sahaja kan?

Selepas ini tak kalutlah kalau nak bawa mak dan ayah keluar sekali. Korang hanya perlu check-in kan mereka sahaja.

Selamat mencuba!

IKLAN