Aplikasi Messenger Facebook Boleh Tonton Movie Ramai-Ramai, Ini Caranya

Share

Zaman teknologi canggih hari ini membolehkan kita melakukan pelbagai perkara bersama rakan-rakan mahu pun orang tersayang, tidak kira sama ada mereka berada dekat atau jauh dengan kita.

Selain daripada aplikasi yang boleh menghubungkan antara satu sama lain secara virtual, kini korang juga boleh menggunakan teknologi itu untuk menonton filem bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang berada jauh dari korang.

Mungkin ramai yang belum tahu, aplikasi Messenger di Facebook boleh digunakan sebagai platform menonton filem beramai-ramai.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Phillymyna Hussin

telah pun berkongsi cara-cara untuk melakukannya.

Jom kita lihat.

1. Buka video call

2. Klik ‘watch together’

3. Dah boleh tonton movie sama-sama dengan kawan yang lain

4. Boleh ‘add people’ kalau nak tengok ramai-ramai

Mudah sahaja kan? So, selepas ini kalau korang rasa malas nak keluar tapi nak ‘lepak’ dengan kawan-kawan, mungkin korang boleh guna cara ini untuk meluangkan masa bersama.

Selamat mencuba!

Sumber: (1)

IKLAN